FB

Thursday, November 29, 2012

Kalau anak mengamuk apa anda buat ?

Assalamualaikum ..


kalau anak berusia 2 - 4 tahun ..macam Wafiq...alahai budak-budak kalau mengamuk..mereka tak sedar apa dah..bertempik meraung suara mengalahkan guruh. Kadang-kadang disebabkan benda kecil je pun..bila kita mengatur dia buang air kecil, ajak ke tandas..dia ikutkan je. tapi bila selesai semua tu..kebetulan cerita kegemaran dia yang dia tengok sebelum tu dah habis..maka start la mengamuk ... dulu memang yaya kurang sikit sabarnya..mengamuk tak ketahuan hala sape tak hangin.nasib baik mr.tmfs bila berdepan dengan anak meragam dia jauh lebih baik dari yaya...yaya pun dah 2 3 kali kena nasihat dengan mr.tmfs..ekeke...sekarang saya sudah insaf..sudah jadi ibu penyabar...^_^

anak meragam atau mengamuk nie sebenarnya mereka nak lepaskan geram, adakalanya nak kan sesuatu ataupun perhatian, mungkin juga mereka letih atau lapar..kita kena kenal pasti la anak kita meragam sebab apa..

Wafiq sudah emo bila air yang dipesan lambat sampai .. akhirnya Wafiq bangun dari kerusi menuju ke dapur restoran. 'Wafiq nak pergi mana tu' ..'nak tanya kakak tu mana air teh o peng Wafiq' ..


jangan ditenangkan anak yang mengamuk, makin anda cuba tenangkan makin kuat suara anak sebab anak fikir boleh mengambil kesempatan ke atas anda dengan cara mengamuk..

Wafiq mengamuk kami biarkan saja..nie sebenarnya ubat paling mujarab..hihi..biar dia penat berteriak sorang-sorang..hihi..jangan ingat kamu mengamuk macam nak runtuh rumah akan ada yg bertanya 'nak apa', kenapa' ..baik tak payah tanya la..kadang-kadang mereka tak ada jawapan pun..tapi kalau anak jenis hantuk kepala ke dinding ke jangan pula korang biarkan..

Yaya suka psiko Wafiq..dulu wafiq ada tengok satu cerita nie kat TV..tak ingat dah cerita apa..tapi ibu angkat yang jahat dan ada ilmu hitam nie terbakar dan terus hilang bersama asap ..anak-anak diamenangis memanggil ibu.. Yaya perasan Wafiq bergenang dah mata dia..terus datang peluk yaya.. lepas tu kalau dia mengamuk tak tentu pasal yaya akan cakap .. ' Wafiq nie dah tak sayang ibu ke?..kalau tak sayang biar je la asap ambil ibu..' automatiknya hentakan kaki dan tangan yg duk pap pap akan berhenti..mesti dia datang peluk punya sambil cakap..'ibu jangan lah cakap macam tu ...' alahai..sweetnya time tu..hihi

Pura-pura menangis.. buat-buat emo jugak..nie pun mujarab jugak nie..lakonan mesti terbaik...anak akan pelik bila tengok ibu menangis..amukan dia puan akan slow down ..dia akan datang kat korang.. tanya kenapa ibu menangis...time nie la korang kena reka cipta skrip yang mantop! 'sedihnya ibu..anak ibu yang baik mengamuk macam nie..' ...dan dan la Wafiq peluk yaya... ada sekali tu yaya cakap.. 'nape la anak ibu nie mussang (bekeng) sangat?..sedih ibu...' tapi dia boleh jawab 'musang duk atas pokok la ibu...' hmmm

Wafiq rasanya jarang benar mengamuk kalau nak kan barangan..dia memang makan pujuk..lagi pun Wafiq jenis macam tak berkehendak mana dengan mainan..ada kanak-kanak mengamuk nak kan mainan..nasihat yaya masa dia mengamuk dalam kedai mainan jangan belikan..jangan turutkan kehendak anak..sekali beli jadi anak akan buat kesimpulan 'kalau aku menangis mesti ibu akan belikan' .. 

suka yaya ambil contoh rakan sepejabat yaya (lelaki), dia tak kan belikan apa-apa untuk anak-anak kalau keluar bersama..kali pertama memang anak-anak menangis..memang mak ayah akan malu anak menangis di tempat awam. tapi dia akan keluar tanpa anak-anak dan akan belikan sesuatu untuk anak..(barangan yang sama ataupun berlainan) ... jadi lepas tu anak-anak tak kan menangis lagi nak kan sesuatu. mereka faham nanti ayah atau mak akan bagi juga..bagus juga cara nie kan?







5 comments:

  1. kak..kalau isteri mengamuk suami nak buat ape pulak?up n3 ni kak..hehe

    waiz kalau mengamuk..wida biarkan je.tp kalau mengamuknya teruk sgt, kita kena tenangkan dia.takut jadi habit pulak..kalau jadi panas baran susah pulak kan?

    x pasti wida baca kat mane..maybe kat buku or majalah, kalau anak mengamuk..ibu/bapa kena peluk kuat2 anak tu.usap2 dia..tenangkan dia. kalau lagi teruk..usap dengan air, selawat dan ajar dia istighfar.

    try kt wafiq ye:)

    ReplyDelete
  2. samalah dengan saya..kalo anak menangis, biarkan je ..malas nak layan sbb dia akn stop sndri n ikut ckp kita..kalo bab nak membeli plak, saya pon tak ikutkan sangat kehendak dia..berdiplomasi sikit n guna psikologi..insyaALLAH ank2 akn paham..

    ReplyDelete
  3. Mama kena telan asap tu yg buat takut mama hilang ye Wafiq hihi...

    Mungkin anak kakak semua perempuan mudah sikit Yaya. Kakak pula dari kecik kalau anak menangis cepat-cepat nak pujuk tak bolehlah nak biarkan. Hati kakak mudah luntur tak sampai hati. Tapi alhamdulillah mungkin budak perempuan jarang mengamuk..

    Setiap ibu past ada cara masing-masing kan..

    ReplyDelete
  4. tu lah...setiap mak mak ada cara memasing nak tenang kan anak..
    anak dayah bukan jenis meragam sangat...

    :)

    sesekali dia meragam tu..mmg kena byk sabar la..

    oh..lupa..salam perkenalan..!

    ReplyDelete
  5. salam..

    hoho...sy ni pun tak penyabar jugak orangnya, kalau anak sedara sendiri memang boleh lempang je, tapi kalau anak sedara belah suami, nak ringan tangan pun tak boleh anak orang ...hahaha...

    tapi tips diatas tu memang berkesan, budak-budak ni kalau dilayan memang makin menjadi. sebab tu ken biar diaorang diam sendiri je..hehe

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...