FB

Tuesday, November 27, 2012

Dah nak kena

Assalamualaikum ...


Wafiq memang obses dengan bola..kalau boleh tak nak berpisah dengan 3 biji bola dia tu .. nak angkut semua kalau balik rumah nenek..tp, dia dengar kata.. dapat bawa balik sebiji ok dah...wafiq nie macam budak lelaki lain jugak.tak reti nak penat..daku yang menengok dia main bola nie dah rasa penat sangat dah..tak ada geng ok..Wafiq main sorang-sorang..haha..sorang-sorang pun boleh main bola..tok ma cakap rumah dia dah tak berseni, dah rupa surau, lapang je..sofa kerusi semua rapat ke dinding..disepaknya bola sampai ke siling..mujur tak pecah..bergoyang lampu..nasib panjang umur je lampu-lampu tu..

minggu lepas, rabu.. orang kata nak gerah macam mana, tapi lagi sedap di sebut takdir Allah..macam biasa main bola sorang-sorang..yaya baru je balik keje..pagi tu hantar Wafiq rumah nenek sebab tok ma tak sihat..
entah macam mana..dia terpijak bola..tersungkur jatuh , kena pulak frame pintu bilik..senyap sekejap Wafiq..tak meraung ..strong boy!



daku kuat semangat sikit kalau benda-benda macam nie..tapi mr.tmfs dah pucat...dia punya terkejut membawa ke malam..banyak jugak darah..tapi cepat-cepat letak minyak gamat..kuasa Allah tak ada dah darah keluar..gambar atas tu sebelum ke klinik..

kebetulan makcik yaya ada kat rumah..dia matron kat HSNZ..dia cakap bawak pergi hospital la..sebab dampak besar jugak terbelah tu..wafiq dengar terus menyampuk .. 

'tak payah la hospital..kita pergi klinik je'..hehe..kelakar jugak dengar dia cakap macam tu..

tapi kalau ke hospital lama pula menunggu..kami ke Pusat Perubatan Intan je..makcik yaya dah pesan kalau doktor nak jahit kalau boleh tak nak jahit..minta doktor gam je..lepas tu tutup dengan sticker tape..jangan letak tape yg kuat-kuat,.takut nanti bila nak buka, terbuka pula belahan..

dalam kereta dah pesan kat wafiq..

'kalau doktor letak ubat Wafiq jangan menangis ye..Wafiq kan hero macam Boboiboy'

'Wafiq Boboiboy kuasa 4!..cite Boboiboy kuasa 3 je'..

'nanti sampai klinik Wafiq boleh tengok TV dulu tak ibu...?'

kompius juga bila dia sebut tengok tv..tapi bila Wafiq sambing cakap ..'sebelum masuk bilik doktor boleh tengok TV..'

eh..ye la kan..kat klinik kan sementara menunggu ada TV boleh tengok.


tapi Alhamdulillah..doktor cakap sikit je..tak perlu jahit..tak perlu gam..kena cuci luka jer sikit..seolah dia ingat pesan ibu, bila nurse cuci luka..Wafiq cuma ketap gigi kuat-kuat..langsung tak menangis ke apa..memang dia menahan la rasa pedih dan rasa takut dia tu..

lega sangat bila doktor cakap tak ada apa-apa..sekarang kena ikhtiar hilangkan parut..terpampang kat dahi tu..kalau boleh tak nak la sampai jelas sangat parit tu..hilang terus pun bagus..haha..yaya nak.sapu vitamin E shaklee la .. nak campurkan ESP Shaklee dalam susu dia..ke ada petua lain ?







6 comments:

  1. erk...seram pulak tgk luka wafiq tu.
    cam ni lah kalau ada anak hero kak..ish ish.

    ReplyDelete
  2. aduss serung tengok....gitula kan budak2...

    ReplyDelete
  3. aduhai kesian wafiq..
    tapi kuat smangat juga wafiq ya..kalo budak lain nanges tk henti lah .. semoga cepat2 sembuh ya..:)

    ReplyDelete
  4. ami pun camtu, main bola ptg hari terakhir sekolah. ntah macam mana dia tahan bola. retak tgn sebelah kiri. baru je sembuh, tu pun dah tak boleh nak lasak2. semoga wafiq cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. besar jugak tu lukanya...Ibu kena rajin2 buh ubat ye :)
    Tempoh hari gi klinik nak cuci telinga pesan kat aqil jgn nanges. Nanti dah siap cuci kita pergi playground. Siap dia teruja nak masuk bilik cuci cepat2. Dah masuk dia ok siap nak baring2 lagi kat katil tu. Tetiba plak.. MA yg nak cuci telinga dia pi sergah dia "Ha!!!! nampak tak ni nak cuci telinga dia" dengan suara yg kuat (lelaki)... Hampessss terus je aqil ketakutan... tak jadi cuci telinga! gerammmmm sgt!

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...