Berlatih kuda di TER Endurance


Assalamualaikum ...

Jumaat lepas...(tu dia baru nak up cite...) kali ke-2 teman adik bongsu, Yusry Amir pergi berlatih kuda di Terengganu Equestrian Resort (TER) ... pergi dengan Wafiq dengan mr.tmfs... Dalam keluarga kami tak ada yang terlibat dengan sukan berkuda..agaknya minat dia menurun dari Sultan Negeri Terengganu , Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ..detail gitu...ahaha..

Di Kuala Terengganu sukan berkuda bukan lagi sukan untuk orang kelas atasan tau...bersepah dah rakyat jelata yakni penduduk kampung mempunyai kuda sendiri..jalan depan rumah Yaya tu petang-petang akan ada kuda lalu..beriadah ambil angin sambil naik kuda gitu..macam korang berbasikal..tapi dorang naik kuda..


ok..sambung cerita di TER ..

kuda nie kaki  agak pendek, yaya agak nie kuda poni..kuda nie baru lepas di berus-berus badan dia..bulu-bulu bersepah berguguran, harap tak kena leukemia..hihi..Wafiq tu tak berani sangat pergi dekat..penakut.mengata Wafiq..yaya pun sama..geli lah i nak pegang bulu kuda..kucing pun i seriau ni kan pulak kuda..sekali kaki kuda terangkat macam Misha Omar tak ke naya?

kuda nie tak ada sangat bulu kat badan..macam kulit lembu..tapi yaya tetap tak berani nak sentuh walaupun secoet...tak silap baka thoroughbred ...nampak gagah perkasa kan ?

Kuda putih  diberi nama Amazing Saga..kelas nama! baka pony+arabian..

nie baru nak start berlatih..dalam gelanggang sebesar nie cuma mereka berempat je termasuk jurulatih...gelanggang sebelah pulak ramai budak-budak duk main polo kuda.. bulan depan dorang ada competition di Pulau Pinang.. yaya tengok dorang berlatih pusing-pusing gelanggang je..tak de halangan tak ada apa pun..sekejap kuda jalan slow,sekejap melompat rendah..rupa-rupanya pertandingan tu macam nak tengok kuda mana jalan cantik, buat trop cantik..macam tu lah..

 sementara paksu berehat 'rotan' untuk kuda beralih tangan..

hah! kantoi Wafiq skodeng tot kuda. dengar Wafiq sebut..'tengok tu..kuda tu nak berak..' padahal kuda tu angkat ekor je...hehe

tak banyak gambar yaya dapat ambil..sebabnya pagar tu melebihi kepala yaya..hehe...yaya suruh mr,tms naik kuda kat situ..sebab boleh sewa jam..tapi rupa-rupanya dia pun penakut!





.



6 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Wafiq nak jadi penunggang kuda, ya? :)

    ReplyDelete
  2. ekekek...comel je wafiq duk skodeng tu...

    ReplyDelete
  3. ye la kuda pun dah mcm lembu kt trg ni kan?

    ReplyDelete
  4. hi nk tnya mcm mana nk join kelas TER jugak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti, try contact TER. Sebab dulu adik sis join melalui kelab di sekolah.

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post