FB

Tuesday, October 23, 2012

Clubfoot


Assalamualaikum ...


Apakah itu "clubfoot"?
Clubfoot atau dalam bahasa perubatan "talipes equinovarus", adalah sejenis kecacatan lahir yang boleh dirawat. Ia dihadapi oleh lebih kurang 150,000 ke 200,000 bayi dalam setahun. Clubfoot akan menyebabkan kaki kanak-kanak ini berpusing ke bawah dan ke dalam. Kejadian ini berlaku ketika proses pembentukan di dalam rahim lagi. Pakar perubatan mendapati janin ini bermula dengan kaki yang normal kemudian kaki itu akan berpusing ke dalam ketika berumur 3 bulan. Kebanyakan bayi ini tidak kehilangan sebarang tulang, otot mahupun tisu penyambung. Ia adalah satu kejadian lahiriah, bermakna ia akan terjadi ketika bayi lahir. Ia juga adalah satu keadaan kacacatan lahiriah yang biasa berlaku. Ia mungkin akan berlaku pada satu atau kedua-dua kaki bayi di mana kaki tersebut mungkin keadaannya fleksibel hingga ke keadaan yang tegang dan keras. Keadaan ini tidak menyakitkan bagi bayi clubfoot yang baru lahir, namun ketika kanak-kanak ini sampai ke peringkat mahu berjalan keadaan clubfoot ini akan menyebabkan kesakitan dan kesusahan jika ia mampu melakukannya.



Bilakah anda akan tahu?
Ibubapa akan menyedari keadaan clubfoot ini biasanya pada waktu kelahiran. Beberapa kes dapat dikesan ketika ibubapa membuat 'ultrasound' ketika bayi masih didalam perut. Jika anda tertanya-tanya adakah anak anda mempunyai clubfoot, sila hubungi pakar perubatan yang berpengalaman mengesan keadaan ini (tidak semua pakar perubatan mampu mengesan "clubfoot").

Moga lebih ramai yang mendapat info tentang clubfoot... mulanya ingatkan kecacatan kekal..tapi baru yaya tahu clubfoot ni disebabkan cara kebiasaan bayi  membengkokkaan kaki ke dalam sejak dari dalam kandungan lagi..dan kebiasaan ini lah apabila bayi dilahirkan kaki tetap membengkok ke dalam..

Antara rawatan untuk memulihkan kaki bayi adalah dengan memakai kasut khas dari hospital..ada yang yaya baca selain pakai kasut kaki bayi juga boleh disimen..ibu bapa juga boleh mengurut kaki bayi..tapi pastikan kita tau cara mengurut yang betul..biasa pihak hospital akan ajar...Insya Allah kaki bayi akan kembali normal....









9 comments:

  1. kalau x boleh baiki dr baby, mesti dah besar nnti susah nk jalan kan. sebab teringat dulu senior wida ada sorang yang kaki cam ni.kiranya dia tu oku lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...kesian tengok budak2 yg clubfoot nie..siap kena ejek capek lg..rupanya boleh dipulihkan selepas lahir..

      Delete
  2. ramai lagi ibu bapa yg tak tahu club foot ni boleh dipulihkan atau diperbaiki..kesian kan..

    ReplyDelete
  3. Memang ada rawatan utk clubfoot ni, tapi memang betul, kena rawat sejak awal lagi...

    ReplyDelete
  4. Kesian jugalah sebab kalau nak berjalan pun susah. Tapi itulah kalau tindakan segera boleh pulih masih ok lagi..

    ReplyDelete
  5. blogwalking baca entry sambil follow cni..baru tau pasal clubfoot ni..huhu..

    ReplyDelete
  6. tak pernah tahu sebelum ni..baru tahu wujud kes macam ni...

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...