FB

Wednesday, July 11, 2012

Mengapa wanita hamil perlu makan kurma ?

Assalamualaikum ...

Entri lain berkaitan kurma:

Kebaikan Tamar/Kurma Kering


Kurma ada pelbagai kategori :

- Ketika MUDA dipanggil  BALAH
- Ketika MEKAR dipanggil RUTHOB
- Ketika MASAK dipanggil TAMAR
- Kurma kering yang keras pula dipanggil LABANAH

Apa pun setiap jenis kurma ada kelebihannya tersendiri.


* Kurma yang kita makan sokmo tu especially waktu berbuka tu sepatutnya dipanggil tamar la kan? tp kita dah biasa sebut kurma....^_^


Wanita hamil digalakkan makan kurma. Bukan sahaja sepanjang tempoh kehamilan tetapi kurma juga amat baik dimakan selepas kehamilan.


kurma muda - arkib google


Kurma mekar  - arkib google




Wanita hamil sering mabuk dan muntah :
Jika masalah ini berpanjangan, ia dipercayai berpunca daripada kekurangan potasium. Potasium di dalam tamar/kurma amat tinggi. Potasium penting untuk melancarkan imbangan air di dalam tubuh.


Mengantikan asid folik :
Asid folid adalah salah satu vitamin B dan sering denrikan oleh doktor kepada wanita hamil. Buah kurma amat kaya dengan asid folik.Justeru amat disyorkan wanita hamil memakannya. Asid folik memaikan peranan penting dala pembahagian sel dan pembentukan struktur genetik sel.


Memudahkan proses kelahiran :
Para doktor menyarankan wanita hamil mengambil makanan mengandungi gula daripada buah pada hari dijangkakan bersalin. Dan semestinya buah yang terbaik adalah kurma.


Risiko kehilangan banyak darah :
Risiko kehilanga banyak darah sewaktu bersalin akan merendahkan paras gula, maka kurma mampu menghalangnya.


Memberi tenaga dan merangsang hormon susu :
Kurma mampu memberi tenaga dan mencergaskan tubuh ibu yang semakin lemah, dan pada waktu yang sama meransang hormon susu serta meningkatkan paras susu ibu yang perlu untuk bayi yang baru lahir.









.

13 comments:

  1. betol tu..riny mmg selalu mkn kurma dg kismis...dan sampai hampir masuk 4 bulan ni..riny x penah mabuk lagi....alhmdlh la...tp mslh hb rendah je laaa.....hehehe

    ReplyDelete
  2. kurma bkn sje utk bln ramadan, tp jugak bkhasiat utk wanita hamil ea...hehe

    ReplyDelete
  3. memang banyak betul kelebihan buah kurma ni..

    ReplyDelete
  4. Owh baru tau kategori kurma tu...
    2nd prgnt baru la shima terkial2 nk mkn kurma sepanjang prgnt.. itu diikuti keinginan masa tu jgk, mmg suka mkn hihi.. Alhamdulillah 3 yg terakhir tu mmg shima alami utk hamil yg ke2 thn lepas :)

    ReplyDelete
  5. baru tahu nama panggilan kurma lain2...

    ReplyDelete
  6. satu info yg bagus..dulu masa preggy selalu jgak mkn kurma..hehe

    ReplyDelete
  7. kurma mmg byk khasiat dia..tapi saya mkn kurma time puasa je, bulan lain mcm tak reti pulak nak mkn...haha...

    ReplyDelete
  8. Kakak sejak mengandung anak pertama sampai sekarang boleh katakan hari-hari makan kurma sebab masa tu kakak susah buang air lalu doktor saran makan prune atau kurma. Lama-lama dah jadi kebiasaan... (kat office pun kakak simpan satu bekas).

    ReplyDelete
  9. Ros cuba untuk makan tapi..... Huhuhu :(

    ReplyDelete
  10. jeles tgk prg makan kurma :/
    iqa try makan tapi tak boleh nak terima. sedih rasenye :( nak2 time buka puasa, tgk je org makan kurma.

    ReplyDelete
  11. ye setuju seperti yang dikatakan ;)
    kurma mmg sedap;)

    ReplyDelete
  12. Singgah sini. Cari info kurma. Hihi

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...