Jodi Jomblo

Assalamualaikum ....

Silap yaya..suka sangat dengar Wali Band..tapi tak ada yang tak kena pun dengan group dari seberang itu..tengok saja la sambutan lagu Tobat Maksiat dan Cari Jodoh...hangat! masa tu yaya minta mr.tmfs download full album..nak dengar masa dalam kereta. dahulu sempat la dengar dua tiga kali..tapi mr.tmfs tak boleh dengar lagu Indon..allergic betul dia..dan dan mengantuk!*mengada*..yaya pulak tersangat la allergic bila mr.tmfs pasang cd rock dia..dia mata segar, yaya pening kepala..*pun mengada*..nak buat macam mana..kami bab irama lagu semasa mmg selalu clash. Pasang zikir..dua-dua tak berani nak komen..sebab itu lah yg terbaik kan..

tak pe la..cukup la dapat layan 2 3 kali album Tobat Maksiat tu..hihi..beralah saja la dengan mr.tmfs..lagi pun dia yang drive..kalau dia ngantuk dengar lagu Indon kegemaran daku sape susah..haha..kami bertiga jugak..^_^


Wafiq - 15 Syaaban 1433 H



Wafiq pun dah nak masuk 3 tahun..sekarang nie buat perangai nak dengar lagu Wali Band.masuk je kereta 'ayah,nak dengar lagu Wali Band!' ..hehe..ibu suka ayah geram!

heran juga yaya mana Wafiq tau Wali Band nie..eh..teringat yaya...dulu-dulu..masa yaya sempat dengar 2 3 kali lagu Wali Band tu..yaya ada gunakan bantuan dari Wafiq... 'wafiq,nanti cakap dengan ayah Wafiq nak dengar lagu Wali Band..ok?' dan anak itu memang menurut perintah..hihi..hmmm patutla..

sekarang Wafiq pulak baru kena hinggap virus Tobat Maksiat dan segala lagu dalam album tu..seolah memory remains..cewah..tak perlu berkomplot dengan yaya..dia pandai mintak pasang lagu Wali Band..siap ikut menyanyi lagi..ermm.salah siapa..ahkak jugak..nak layan sinar fm pun dah tak merasa...

ok fine.tak ada yang tak kena dengan Wali Band.tak apa je budak-budak dengar (ini ayat penyedap hati)..tapi ada bahasa indon yang yaya sendiri tak tahu maksud itu gi mana ya?(hah..kan dah kuar indon...)ada sekali tu Wafiq tanya..'ibu...polisi tu apa?' (lirik pada lagu Suka Atau Tidak .. kamu bkan polisi,kamu bukan tentera..bla bla) ..sabar jer la..bagus anak ibu belajar banyak bahasa.haha!

tu mujur Wafiq tanya 'polisi' ... boleh la terang seringkasnya..'kita orang Malaysia sebut polis..orang Indonesia macam dalam cerita Anugerah tu sebut polisi'...^_^

lagu Jodi tu..apa ke benda Jodi ? (yang pasti bukan sejenis kuih..)..setakat nie Wafiq tak tanya lagi apa itu Jodi.. kalau dia tanya agaknya nak kelentong apa ye..

Aku Jodi jomblo ditinggal mati
Jadi pacarku tak rugi
Aku Jodi jomblo ditinggal mati
Pokoknya buy one get one free
Aku Jodi jomblo ditinggal mati
Yang pasti ku setia sampai mati


Itu korus lagu Jodi..tengok bait kata pun memang tak dapat nak menangkap maksud Jodi tu ...tak pe..kita tanya orang Indonesia...jangan pening kepala ^_^.. bila tengok member yaya online kat YM terus yaya tanya dia..apa itu JODI..apa itu JOMBLO

JODI = Jomblo ditinggal mati 
JOMBLO = A person who never have a boy/girlfriend
JODI =  A person who become single because her/his girl/boyfriend has been dead


owhhhh...itu ke maksudnya..tq my only indonesian friend..Mr.Yoki Kuncoro.(dengan harapan seandainya empunya diri search nama sendiri tersinggah lah beliau ke blog ini..hahaha)

jadi..tak ada maksud yg pelik-pelik..boleh aje la bg Wafiq dengar.. tp si Yoki macam terkezutt pulak bila tau Yaya bg Wafiq dengar lagu serupa gitu..aduhh..tak sesuai katanya..dia sendiri membesarkan anak dengan cukup berhati-hati..di Indonesia masalah keruntuhan moral sangat teruk..(kat tempat kita pun...)

hmmm...pulak...bukan senang nak basmi virus Wali Band Si Wafiq tu..ibu boleh lah beralah dengan ayah. Anak kecil nak mengalah ? tunggu kita pengsan 2 3 kali kut baru dorang mengalah.. tak pe la..bukan ada yang tak kena pun dengan lagu tu..kan ? ... dari dengar anak menangis meraung dalam kereta..layan kan saja la.. lagi pun cuma dengar dalam kereta...perlahan-lahan kami tukar minat muzik dia..tidak mengikut ibu, juga tidak mengikut ayah..pilih yang sebaiknya..



P/S : Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal - saifulislam.com semasa beliau datang memberi motivasi di pejabat beberapa tahun lepas...'siapa yang tak dapat mencari kebahagiaan dalam kereta,sememangnya di luar kereta pun susah nak merasa bahagia' ..

dalam kereta..tekanan dirasai bila jalan sesak..yg baran mula la sumpah seranah,itu baru dugaan kecil..tapi sabarnya ke mana...dah tak boleh nak handle...kalau dibandingkan dengan segala cabaran dan dugaan di luar kereta..hmmm..macam mana hidup nak bahagia..




5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. hahhaa.. mesti cute masa dia minta nak dgr lagu wali band tuh :P

    ReplyDelete
  2. comel je wafiq....hihi

    org indon suka gabung perkataan kan?

    ReplyDelete
  3. hihi asalnya komplot tapi wafiq pn dah jatuh ati dgr lagu wali band gamaknye...bahasa diaorg maksudnya lain,kita lain...kdg2 kt negara kita maksudnya jd tak elok tp x kat negara diaorg...

    ReplyDelete
  4. Yaya tengok cerita anugerah petang tu ye?
    Kakak ingatkan jodi tu judi
    Kabahagiaan boleh dirasai berbagai cara kan..

    ReplyDelete
  5. Agree, akak pun suka Wali Band.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post