Monday, June 4, 2012

Kek Batik Agar-Agar Berpolka Dot

Assalamualaikum....



sampai hajat juga nak buat versi kek batik versi agar-agar ni..tapi kali nie tak guna biskut merry, ganti dengan biskut jejari.. tu yang bila potong nampak berdot-dot tu...

potong kek pun tak sama size..itu kerja mak yaya..seharian duk dengan loyang dalam peti ais dia..sakit mata agaknya dia tengok..terus dia potong kecik-kecik letak dalam tupperware..hehe..selamat..tak pe..lagi senang nak makan..bukak tupperware terus ngap!

lapisan atas sampai nampak biskut jejari..itu bukan seni ya..hehe..tapi tak adunan tak cukup..

lapisan bawah tu.. alas dengan biskut meri perisa coklat..lama betul duk dalam fridge..bukan banyak pun, balance buat kek lapis cheese persona ari tu..balance yang tak sampai 10 keping tu lah org dalam rumah nie tak nak makan dan perabihkan.


kalau nak tengok kek batik agar-agar yg menawan..(cantik je rupanya tau....) korang kena jenguk blog Izah ..  memang menyelerakan dan superb!


KEK COKLAT BATIK BERAGAR-AGAR
olahan: izah
Idea :nOORHSA
Sumber : Hasue

Bahan-bahan

2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara-cara

Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.


Edited:
Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal..

8 comments:

  1. wah.. menarik nih!! nak coba!! =D

    ReplyDelete
  2. huhuhuh nanti nak wat gk la.. biskut marie tak jalan la kt umah.. kalo wt kek batik br jalan

    ReplyDelete
  3. eh comel la ada polka dot gitu..lama tak makan kek batik!

    ReplyDelete
  4. menarik , first time tgk nie, boleh cuba...

    ReplyDelete
  5. Macam sedap je. Teringing TT__TT

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/judge-by-its-cover.html

    ReplyDelete
  6. nampak sha tunjuk hr tu..tp yaya ganti ngan biskut apa dia bulat2 ek?

    ReplyDelete
  7. kek pon ada kek polka dot yer..hehe, macam2

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.