FB

Sunday, June 17, 2012

Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum ....





Percubaan pertama  ...resepi Yaya ambil dari blog kak nor..semua bahan-nahan dah ada..kecuali  daun Rosemary..kali pertama tengok daun rosemary kering depan mata..haha..semata-mata nak mecuba resepi ini..lepas nie kena google lagi resepi lain yg menggunakan daun rosemary ni..

suami kata sedap..tp masalahnya oven butterfly ku itu..oven lama..hihi..memanggang pun lama..lepas sejam tengok ayam putih lagi..lepas tu tambah lagi setengah jam..kena bakar dua kali sebab tak muat tray..

Kali pertama panggang ayam jadi sedikit garing..hehe..kali kedua panggang yaya bungkus dengan aluminium foil untuk sejam pertama...bila tambah lagi setengah jam tu baru buka aluminium foil tu dan panggang lagi..baru ok..

Akak-akak sekalian..ada cadangan tak kalau nak beli oven baru oven apa yang ok..boleh panggang seekor ayam..tak perlu potong-potong..cukup masa sure masak...^_^

jom semak resepi :


AYAM PANGGANG ROSEMARY
sumber : Wana & Ibundo
sumber : K.Nor

Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik
6 biji baby carot
sedikit mentega
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah
Cara penyediaan:

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.







.

3 comments:

  1. Assalam sweetie,

    Sedapnyer.. Tq kongsi resipi..

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/06/mengenang-isra-dan-mikraj-banyak-nya.html

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya.....saya panggang ayam pun xpnh.hehee selalu beli je...daun rosemary 1st time dgr ni..

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...