FB

Sunday, June 17, 2012

Asal bagi walaupun sedikit ...

Assalamualaikum ...

Yaya buat entri nie sebab td baca entri Aisyah dari blog Arisyah Jahirah ... kak Yaya pun sebelum nie ada masalah yg sama Aisyah ...simpati jd sakit hati..

Office yaya nie jauh sekali nak panggil pejabat kebajikan..tapi dah serupa itu la tanggapan bg mereka yg memerlukan..musim nak bukak sekolah, musim nak masuk U, bulan puasa, dekat nak raya ..masa-masa sebegini mmg ramai yg datang minta bantuan. tambahan pulak tak lama lagi dah nak puasa..sekarang nie pun hampir setiap hari akan ada yg datang minta bantuan kewangan.bulan puasa nanti lagi meriah..sampai akak yg duk front office tu tak dapat buat keje lain..keje menyoal siasat latar mereka saje..itu pengalaman tahun sebelum nie..tahun nie pun sudah pasti begitu..dah kalih..

dan yaya bekerja di bahagian kewangan ... walaupun rasa tak selesa macam mana pun, walaupun orang yang meminta orang yang sama, setiap bulan datang,  walaupun cakap mereka seolah tak boleh dipercayai..walaupun wajah mereka tiada sinar..seolah penagih dadah..tapi semua tu 'seolah' cuma...kita tak mengenali mereka..(kalau dah confirm ada main benda tak elok mmg tak bagi..) sebelum nie  perasaan yaya  selalu duk berfikir nak bg ke tak, nak bg ke tak ..tapi bila dengar tazkirah dari bigboss beberapa tahun lepas yaya cuma pegang kata-kata dia saje.. 

'rezeki mereka walaupun sedikit, walaupun sangsi dengan mereka..mana tahu betul-betul mereka susah..jangan kita kena takwil diakhirat kelak sebabnya tak membantu walaupun berupaya..'

jadinya..yaya tetap hulur walaupun sikit ..duit syarikat kan..tak ada hak pun utk kita berkira atau rasa geram walaupun zahirnya kita yg berdepan dengan mereka..

cuba bayangkan..mereka nie seolah saling berhubungan..belah pagi dah dtg 3 orang..tak sampai sejam datang lagi 4 orang .. lepas tua akan ada yg datang lgi..semua dtg serbu pada hari yg sama..cakap pulak macam tak serupa bikin..sebelum nie datang bg tahu lain..dtg kali nie cakap lain pulak..yaya tahu dia perlukan bantuan, cerita direka agar kita lebih bersimpati..tapi tak perlu sampai menipu...

ada pulak tu siap saling menyalahkan..'ni la kalau dtg ramai ramai..dapat sikit je..kalau tak mesti dah dapat beras..' rasa macam tak beradab pulak mereka..itu kan rezeki..sedikit mana pun orang bg tp tetap rezeki mereka kan..seolah tak bersyukur...



*sayu hati bila yang datang itu membawa bersama anak kecil yg tak terurus, berkudis, baju kotor...








4 comments:

  1. hm, sye pun kesian, bg je....

    ReplyDelete
  2. apa nak buatkan, bagi salah.. tak bagi lagi salah, urmmm...

    ReplyDelete
  3. niat berkongsi tu yg penting, betul ke x tu antara diaorang dengan tuhan lakan....mungkin kita patut pandang dari sudut yg positif...mungkin saya menilai dari sudut yg negatif selama ni...terima kasih dengan perkongsiaan ni,dapat melihat dr sudut yg lain....;)

    ReplyDelete
  4. makneng follow kamu
    jom follow makneng

    (dlm usaha mencontohi sikap husband yg sgt pemurah nak derma bl npk org susah)

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...