Pakaian Menutup Aurat Dengan Sempurna Tetapi Bersolek Dan Berhias

Pakaian menutup aurat dengan sempurna tetapi bersolek dan berhias | Assalamualaikum. Apa hukumnya jika seseorang wanita berpakaian menutup aurat dengan sempurna tetapi bersolek dan berhias serta gambar diambil oleh juruganbar bukan mahram ?

Contohnya photoshoot untuk wedding. Sebelum ni tak pernah terfikir pun pasal ni. Ye la cuma fikir nak bergambar nak buat kenangan, nak abadikan dalam album. Pakaian pun dah sopan, apa salahnya kan ?

Yaya terbaca satu artikel dalam sebuah majalah berkenaan perkara ni. Yaya kongsikan di sini. Semoga huraiannya betul-betul membantu.

Hukum menutup aurat tetapi bersolek dan berhias


Menutup aurat tetapi bersolek dan berhias

Hukumnya adalah dibenarkan dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar dan gambar dibenarkan untuk disebar kepada rakan taulan secara berpatutan, untuk memaklumkan perkahwinan telah dilangsungkan.

Namun, jika timbul perasaan riak, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa yang dilakukan oleh pasangan. Hal itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar adalah haram. Ia dianggap haram li ghairih jika berlaku.

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu daripada kalangan orang awam yang melihat, sebaik-baiknya gambar diminimumkan daripada disiar untuk hebahan bagi menjaga hati sendiri dan orang lain.




5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. skrg ni mcm2 lah sis..outdoor lah, pre-weeding punya gambar lah.
    zaman sy dulu..amik kat pelamin n bilik jer..hihi

    ReplyDelete
  2. bila dah terbiasa, kat tv pulak dah byk tunjuk, majalah suma..tp ulama', ustaz2 tak tegur, tak kata apa..ya Allah..bantulah kami dalam mencari redhaMu..

    ReplyDelete
  3. dunia akhir zaman kan...

    moga kita semua dilindungi dari sifat lalai..

    ReplyDelete
  4. kalaulah dapat menaik nafsu syahwat org yg melihatnye berdosa kn.. :)

    ReplyDelete
  5. thanks for the info kak :)

    btw, kalau la iqa ni yg nk kawen, nk baju simple2 je. sbb skang tgk trend baju kawen over bebenor. :P lagipun simple tu lg comel :)

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post