Thursday, May 31, 2012

Bil elektrik naik mendadak

Assalamualaikum...

hmmm...nie status Fb seorang kawan yg duk KL..

- bil standard rm80-110, tiba2 mai yg latest bil rm300++, padahal penggunaan malam ke pagi sahaja utk 1 org.. Alasan TNB, musim kemarau, tu yg bil naik.. Diorang ingat kalau musim kemarau aku duk rumah tak pegi keje ke..?


nie pulak berita dalam Sinar Harian hari nie...

 


KOTA BHARU - Penduduk di sekitar Kubang Kerian merungut apabila caj bil elektrik mereka naik mendadak walaupun tidak mempunyai bil tertunggak.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Maimunah, 50-an berkata, masalah terbabit berlarutan sejak dua bulan lepas sehingga menyebabkan dia kebingungan.

“Bulan lepas saya bayar bil semasa mencecah sehingga RM200 lebih dan bulan ini caj bil semasa naik sehingga RM400 sebulan. Ini amat membebankan kerana saya terpaksa menggunakan duit pencen arwah suami untuk menyelesaikan bayaran bil ini, jika tidak mungkin rumah saya akan bergelap,” katanya.

Menurutnya, perkara terbabit pernah diajukan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) namun pihak terbabit tidak dapat memberi penjelasan tepat mengenai masalah itu.

“Saya hanya ingin penjelasan segera, kerana sebagai pengguna saya merasa tertindas disebabkan masalah ini. Walaupun ia nampak remeh namun agak membebankan memandangkan saya juga merupakan ibu tunggal dan turut tinggal bersama anak dan cucu di rumah,” katanya lagi.

Maimunah harap masalah mereka mendapat penjelasan daripada pihak terbabit bagi mengurangkan beban penduduk di kawasan itu.



nota : ape kes ni? ada seseiapa lagi bil elektrik naik mandadak.. bil TNB  yaya yg latest naik seringgit je ..hehe

8 comments:

  1. AYAH AKU PUN KENA.. DIA DIRECT KE TNB BWK BIL LAMA DAN BARU.. PASTU TERUS ORANG TU KATA AKAN SEMAK.. TAK LAMA PASTU ORG TNB DTG..RUPA2NYA, ORG YG BACA METER TU SALAH BACA DAAA

    ReplyDelete
  2. aduii..mmg terkejutlah kalau tetiba bil naik mendadak kan.
    kalau ada sakit jantung..terus out, hehe

    ReplyDelete
  3. singgit jer... ahaks..untunglahhhh.

    bab letrik ni susah jugak nak kata..mungkin terguna lebih..atau tukar meter baru ker??
    kalau air mungkin alasan bocor ke apa..

    ReplyDelete
  4. kalau TNB bagi alasan sebab kemarau, org panas, dan banyak guna ekon, ok jugak alasan tu..ahahaha..

    Hmmm..bil TNB saya so far takde masalah..

    ReplyDelete
  5. aik? boleh ke suka2 hati naik rating sampai jadi macam tu.. kalau kemarau panjang beribu gamaknya bil letrik..hish..

    ReplyDelete
  6. Menakutkan aje. Rumah kakak baru minggu lepas kena tukar meter. Satu taman tau... bill bulan ini belum dapat lagi...

    ReplyDelete
  7. nak thu lebih lanjut untuk jimat lektrik???
    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.454949501210977.101055.100000877940022&type=1 \

    sms sy 012576030

    ReplyDelete
  8. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.454949501210977.101055.100000877940022&type=1

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...