FB

Sunday, April 29, 2012

Istilah sains dalam produk yang mengandungi unsur KHINZIR - kena tau!

Assalamualaikum....
 
Hati-hati semua ye..nak makan sila tengok betul-betul ingredients..contoh kalau beli sandwich..sandwich kat tak de ingredients kat pembalut...cuma ada nama..contoh.. 'Ham Sandwich' .. sebab tak tahu maksud main beli jer dan bantai makan...cari lah makanan yg halalan toyyiban..jangan sampai merosak hati.. so hati-hati..
 
 
Umumnya kita ketahui produk Khinzir dikenali sebagai pork... Sebenarnya ada lagi nama lain bagi khinzir ni jarang kita ketahui...jadi sebelum makan awasi kandungan makanan anda.

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar ber...hati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Khinzir..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada khinzir. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin khinzir.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur khinzir.

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging khinzir di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis khinzir.

3. Hog:Istilah untuk khinzir dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:khinzir liar.

5. Lard:Lemak khinzir yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk khinzir.

7. Ham:Daging pada bahagian paha khinzir

8. Sow:Istilah untuk khinzir betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu khinzir

10.Pig:Istilah umum untuk seekor khinzir atau sebenarnya bermaksud khinzir muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada khinzir. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada khinzir.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment:

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...