Gajah

Assalamualaikum ...

Nama haiwan yg pertama disebut oleh Wafiq ialah GAJAH. Mungkin kebanyakan baju ada motif gajah , kat Pet Pet pun ada gajah, botol susu masa dia baby dulu pun ada gambar gajah. So, agakanya itu yang dia ingat sangat akan gajah..badan gajah yang besar, belalai yang panjang, walaupun diterjemah dalam pelbagai ilustrasi Wafiq tetap cam bahawasanya itu adalah gajah...^_^

flash card yang pertama pun ibu letak gajah.. tu hah..kat no.9 .. elok lagi flash card nie..boleh guna untuk adik Wafiq nanti..


sabtu lepas  ....

excited kemain lagi dapat buat gajah dari pinggan kertas...bola melibatkan cat air lagi la suka budak tu. Memang kegemaran dia gam, gunting, kertas dam buku cerita. Wajib ada dalam beg dia.. Buka beg kubang semua pastu yang mengemasnya daku jugak..dia tak bagi kemas katanya nak main lagi tapi tak nak tengok berlonggok kat situ...

Antara kartun kegemaran ...


Pocoyo !

pun ada gajah..pink lagi u..nama gajah tu Ele .. ke Elly ..ntah la... tapi kartun pocoyo nie bg pendapat yaya agak bagus..belajar sambil bergelak ketawa...


sekian sahaja kisah gajah... ^_^





2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post