Simbolik Cinta

Assalamualaikum ...

Tengah-tengah malam nie nak berbicara pasal cinta sikit..hhihi.. apa simbolik cinta korang ? punya lambang atau tidak? teringat yaya akan satu buku Dr. Hm Tuah Iskandar, tak ingat dah tajuk apa sebab yaya ada banyak sangat buku hasil tulisan beliau. Kata Dr. HM Tuah CINTA SEJATI TAK PERLUKAN LAMBANG.

Sape yang tak pernah tengok sebaris ayat cam kat atas tu ? orang yg tahu membaca semua tahu ape ke benda kah itu.hikhik.tipu la kalau cakap tak pernah tengok..budak sekolah rendah pun dah pandai karang surat cinta...

KENAPA PERLU ADA LAMBANG HATI untuk menyatakan perasaan sayang dan cinta kita kepada seseorang?

mungkin kerana cinta itu dari hati .. maka diciptakan bentuk hati sebegitu rupa.. masa kecik-kecik dulu yaya kompius apa itu hati dan apa itu jantung.. padahal sama jer...hihi...



bentuk hati teramat rapuh... pantang diuji ..mudah hancur berderai..pic tu baru yaya letak pic hati terbelah dua,belum letak pic hati yang ada anak panah menikam kat tengah-tengah tu..yang tu lagi parah...haha..

sebab tu lah CINTA SEJATI TAK PERLUKAN LAMBANG ...

apa yang penting...

nekadkan perasaan, cinta bukan sekadar untuk dicuba, tak cukup piawai katanya, tak lepas sirim ^_^..bercinta bagai nak rak, ke hulu ke hilir bersama dan itu pula alasannya...bercinta tak memilih, main sapu saja..tapi bila nak jadikan pasangan baru nak fikir panjang...jangan mainkan perasaan dan bagi harapan ye adik2 semua....^_^

pendek kata kalau dah cintakan seseorang bulatkan hati kita.BULAT..itu lah simbol sepatutnya seandainya inginkan lambang. BULAT. Lambang kesungguhan, kebenaran dan berkekalan...Kepada yang bercinta, bulatkan lambang cinta korang. Kebulatan hati membuatkan segala hal menjadi mudah....




2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post