Monday, March 5, 2012

Puding Roti

Assalamualaikum....

Dah lama tak buat puding roti..kebetulan wafiq nak mkn roti spread dgn sekaya...balance roti putih boleh buat puding roti.kali nie ikut cara chef hanieliza dari buku 1 hari 1 resepi.



jom semak resepi!

Bahan A:

2 cawan susu segar
8 kpg roti putih

Bahan B:

4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam
1 susdu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

Bahan C:

2 sudu makan kismis hitam

Cara membuat:

1. Hancurkan atau koyak roti dan rendam dlm susu selama 30 minit.
2. Kacau dan gaul rata bahan B
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.


Yaya rendam roti tu lama jugak..dekat sejam!gara-gara mencari kismis.kedai kat rumah nie tak de kismis.biasa yaya tengok banyak je kismis minda kat kaunter tu.time kita nk beli tak de pulak.mujur mr.tmfs rajin turutkan permintaan bini dia.dicarinya kismis sampai ke sabasun.Adapulak kismis yg kaler kuning .. jd tak meriah mana puding roti ahkak..

Untuk bahan B tu pulak semua yaya campak masuk blender.keje mudah..kihkih..time membakar macam biasa la..dekat sejam jugak..almaklum ler...oven antik....

puding roti nie sedap kalau makan dengan aiskrim..walaha rasa dia mmg ngam! Kalau rajin boleh makan dgn sos kastard. Tp yaya tak buat la...bkn sebab malas tp sayang stok susu cair ada setin je lagi..hihi...ingat nk buat puding pulak lain hari.demi korang yaya taip jugak cara nak buat sos kastard.tak susah pun nak membuatnya...

Bahan-bahan untuk buat sos kastard:

1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula

Caranya:

Gaulkan semua bahan dan masakkan di atas api sederhana kecil.masakkan seketika dan siap!

Selamat mencuba ^_^

5 comments:

  1. feveret akak ni, tapi dah lama tak buat

    ReplyDelete
  2. kalau waiz tgk ni..mesti dimkn kismisnya jer..hiks.

    ReplyDelete
  3. wah bestnye.kejap lagi nk wt la. hehe

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Pernah buat, pertama kali, okay, kali kedua..cair sangat.. huhu.

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...