Tuesday, March 6, 2012

Puding Jagung Lapis Biskut

Assalamualaikum ....

Puding nie buat hari ahad baru nie ..cuti kan sempena pertabalan sultan terengganu..setiap kali weekend or cuti mesti rasa nak buat minum petang. Rasa tu sentiasa ada tp ikut kerajinan jugak la...kiki..bila 'malas' duk depan sekali maka selamatlah semuanya ....haha.

Resepi nie pun refer buku chef hanieliza..1 hari  1 resepi..bagi penggemar manis sukatan gula tu dah ok kut..tp kalau yaya buat lagi next time kena kurangkan sikit gula tu...



Bahan A :

1 1/2 cawan jagung krim
1 tin susu cair 400 ml
1 cawan air
1 cawan gula
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan marjerin

*jagung yaya guna setin sebab tak nak simpan baki.nanti tak tau la bila lagi nak guna..hihi
*susu cair 400 ml tu sama je dgn tin yg 400 gm

Bahan B :

Biskut keju tawar secukupnya
Buah-buahan koktel dalam tin


Cara Membuat :


1. Masukkan semua bahan A ke dlm periuk dan kacau rata.
2. Masak sehingga kelihatan pekat.
3. Masukkan marjerin dan kacau hingga berkilat
4. Susun biskut keju tawar ke dalam loyang.
5. Senduk puding ke atas biskut keju tawar. Ulang hingga adunan habis.
6. Sejukkan dan hias dgn buah-buahan koktel.
7. Sedia dihidang.


Selamat Mencuba ^_^






3 comments:

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...