FB

Monday, March 5, 2012

Mengenal Kaktus Di Fitra Flora

Assalamualaikum ...

Pagi jumaat lepas sengaja bawak Wafiq ke nursery pokok kat Jalan Panji Alam tu..biasa memang kena tinggal la budak tu kat rumah..minta nenek dia bawak pergi jalan-jalan pusing rumah sekejap pastu kami laki bini cepat2 la pergi beli apa patut..

Bila hari jumaat je mesti rasa nak bercucuk tanam..hihi..pergi nersery, pilih anak pokok, pilih pasu, beli tanah, beli baja. tp masa jumaat baru nie kelakar betul la mamat bangla yg keje kat nursery tu..yaya tanya anak pokok puding brape RM ? dia jawab RM 12 .. pastu yaya tanya pulak pokok puding yang besar..daun pun banyak..mamat bangla tu cakap RM 16 ...  dahi  yaya dah berkerut dah.. murah la kalau nak banding dengan anak pokok.. yaya pun bg tau la 'Kalau RM 16 saya nak pokok nie 2 pasu..' lepas tu mamat bangla tu cakap 'sorry..ini RM60.00..' hukhuk... ngko punya Bahasa Melayu kena upgrade lg la...kiki...ade ke 60 sebut 16.

Wafiq pulak macam jd aneh je dia dikelilingi pokok-pokok bunga ...tp bagus jugak bawak dia kali nie..sebabnya baru daku tau anak daku nie tak kenal dengan kaktus!

terkejut ahkak bila dengan confidentnya Wafiq cakap 'ibu..ada buah nenas!' ayoyo... kaktus la Wafiq..lepas tu sepatah keluar daru mulut dia 'kaktus' ... tapi 'sessi pembelajaran' tak habis kat situ .. pokok kaktus yg ada bunga tu boleh pulak Wafiq dengan ragu-ragunya cakap 'eh ibu..ada aiskrim?' .. haha...

bajet comel ler teww....


jakun!









2 comments:

  1. hehee nenas....kaktus ni pun banyak jenisnye...xcted la dia tengok...:)

    ReplyDelete
  2. tak tercucuk pokok kaktus ke wafiq...hihi.

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...