Hantu Raya

Assalamualaikum ....


Pernah dengar cerita tentang hantu raya ? orang kata orang dulu2 ada yg membela hantu raya...orang kata laa...yaya pun tak de kenal sape-sape yg bela hantu raya nie nak korek rahsia..(erkk..tak kenal pun tak pe..) andaikata tuan dia tu keje nelayan..turun ke laut..tapi kita masih nampak tuan dia tu ada di rumah...hantu raya la tu...jaga rumah katanya...hihi...

kiranya hantu raya nie menyerupai rupa tuan dia...tapi kalau tuan dia meniggal dunia hantu raya tu kiranya berkeliaran la ye ? ke macam mana ? ada sesiapa tau ? hantu raya tu still menyerupai tuan dia atau boleh ikut muka sape-sape yang hantu tu suka ?..kihkih...

al-kisahnya....

ada sepasang suami isteri nie...menyewa sebuah rumah...tapi si suami nie asyik kena kacau dengan hantu dipercayai hantu raya(tuan dia dah meninggal)...diceritakan hantu raya nie berkenan dengan bini dia...(erkk..)...jadi si suami nie kerap kena ganggu..meracau-racau..dek kerana tak tahan kena ganggu dorang pindah menyewa kat tempat lain...tapi kat rumah baru pun gangguan tu tetap ada...hantu raya tu ikut bini dia...


Hmmm...


dengar macam parah jugak kan...hantu raya tu menjelma macam muka suami dia..sampai isteri confuse mana hantu mana suami...suami kena ganggu, isteri ketakutan...



Info mengenai hantu raya


Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya 

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya. 

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya. 

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. 

sumber : Wiki 




 

5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. ish..takutnya.
    tapi org dulu2 mmg ada membela hantu raya ni kan..
    skrg ni x de dah kot.

    ReplyDelete
  2. Dulu ingat, hantu raya keluar waktu raya je.

    ReplyDelete
  3. erm..memang banyak cite pasal antu raya nih..memang seram

    ReplyDelete
  4. hopefully skrg ni tak de dah org bela hantu raya kan.

    ReplyDelete
  5. kalo ikut definasi hantu raya tu macam akak ada kenal je orang yang bela hantu raya ni..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post