Saturday, December 31, 2011

Entri Terakhir



Assalamualaikum....


Esok sudah tahun baru..sudah di tahun 2012.. sekejap je masa berlalu..nie entri terakhir...terakhir untuk tahun 2011. Kebanyakan bercakap tentang azam..wishlist di tahun baru...tak salah pun, cuma biarla semangat tu sampai ke akhir tahun...


Yaya sendiri pun ada azam..ada perancangan....bukan azam baru pun cuma mahu ianya lebih terurus...sekarang dah terurus cuma mahu lebih baik..perancangan utk diri sendiri dan juga keluarga..kalau bukan diri sendiri yg berusaha siapa lg..rezeki atau segala kebaikan  tak kan dtg bergolek..perlu berusaha...sekurang-kurangnya azam itu pembakar semangat...


Tapi ....


Dalam pada rasa semangat nk memulakan kehidupan ditahun baru...yaya terlintas sesuatu.........


KIAMAT 2012 !


(Takut akan hari kiamat..tapi jgn lupa ajal juga bakal menjemput kita... Mungkin sejam lagi...mungkin esok, mungkin lusa...)


Bukan untuk mematahkan semangat korang or diri sendiri... Sana sini bercakap tentang kiamat 2012.. entahla...sudah banyak tanda-tanda dunia akhir zaman...dlm rasa teruja menyambut tahun baru rasa takut tu tetap ada..terasa diri ini begitu banyak kekurangan....terasa masih rapuh iman di dada...masih nipis pahala...bersedia itu perlu...bila mengingat kematian dan hari kiamat terasa diri ini tersangat kerdil..


Kata orang ( seringkali dijadikan motivasi ) ; hidup bukan susah sangat kalau kita dapat melihat semuanya sebagai membahagiakan...


Memang ada betulnya...cuma biarlah pemikiran positif itu berlandaskan hidup kita sebagai orang islam...walaupun sentiasa berfikir tentang kebahagiaan...adakalanya....kita perlu ingat kita cuma khalifah di destinasi sementara...kematian dan hari kiamat akan tiba jua....apa yg penting, persiapkan diri.....semoga kita sentiasa di jalan Nya.....




Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, December 28, 2011

Masjid Akhir Zaman ... Dunia Hampir Kiamat

Assalamualaikum ...

Salah satu contoh masjid akhir zaman........ Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
 
 
video


 

Bermegah-megah dengan Masjid

Ertinya:

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
H.R Abu Daud

Keterangan :
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
 
 
 
 
 
 

Tuesday, December 27, 2011

Kalau korang sayang kat suami/isteri mesti kena buat nie

Assalamualaikum.....



TIPS-TIPS ROMANTIK YANG PERLU DIAMALKAN OLEH SUAMI DAN ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!




Psst......mr.tmfs cakap yaya kena fokus yg point no.9 tu....yg lain dia tak komen pulak..hikhik...tp masalahnya dia dh putarkan fakta no.9 tu..dia bukan ajak teman menonton rancangan kegemaran sebab dia tak layan tv....tp......sanggup ke daku nk meneman suami terchenta main game tembak menembak ? Adohaiiii.....

Monday, December 26, 2011

This Weekend ...

Assalamualaikum ...

3 hari bercuti..blog pun ikut sama bercuti..bestnya dapat rehat kat rumah..3 hari bercuti mmg relax.rasanya dalam 2 bulan nie setiap weekend ade je benda nak kena buat...mmg tak pernah dapat duk diam kat rumah..tp diri ini kalau tak de hal pun mana mampu berkurung kat rumah..haha..mesti ajak mr.tmfs kuar jalan..paling koman oergi ziarah giant..tak pun mydin mall...haha...

3 hari nie pulak..jumaat pergi tengok kawan dgn baby sulungnya..hujung tahun nie ada 6 baby baru lahir kena pergi tengok..5 baby boy dan sorang baby girl..musim baby boy nampaknya..hihi..ada 3 lagi baby nak pergi tengok..bila la pulak nak pegi nie..untung korang sebab bulan Disember bulan bonus melimpah ruah ..(alhamdulillah...) senang sikit nak  mencari hadiah sbb ada bajet lebih sikit..rezeki baby orang..hihi..

hari sabtu pulak just attend wedding officemate..lepas tu relax je kat rumah..ahad pulak..saja menyibuk dengan aktiviti kt kampung nie...ada majlis potong rambut beramai-ramai..kan sekolah dah nak bukak...jimat duit mak bapak diorang..hihi...

 abang-abang kacak sibuk potong rambut adik-adik hensem..ramai jugak ambik bahagian..budak sekolah rendah rasanya dekat 50 org jugak..yg sekolah menengah nampak ramai jugak yg tunggu turn..suka tengok gelagat budak-budak nie..macam macam kerenah...


 budak kecik nie bulan budak sekolah rendah..nama tak de dalam list..tapi saje nak ngetest tengok ada berani tak dia nak potong rambut..ternyata Wafiq meraung tak mo..haha..wafiq..wafiq...dulu dah ok pergi kedai gunting tapi sekrang dah tak nak..rambut dia tu potong sikit-sikit time dia tidur je..


 bukan setakat majlis potong rambut...sempat masak bubur asyura...yaya tolong tengok je..lepas tengok snap gambar..hihi..tak sempat nak menolong..tolong kejar wafiq je..tapi tak pe la kan..ambil fee semangat kejiranan pun cukup la kan..kihkih...


eh..tersesat ayam masak halia..haha..semalam lunch punya la simple..nie saje yg ku masak..makan dengan nasi putih..nasib baik mr.tmfs xde masalah bab makan yakni tak memilih makan..sonang den..nak jadi ke cerita..beras dah habis..ingat next weekend baru nak shopping barang dapur..so mak yaya pergi la kedai sebelah rumah beli beras..mana tahu dia beli beras cap lain..yaya time nak masak nasi tak perasaan pun rupa beras dalam tong tu...(ajaib kalau daku boleh perasan...xde masa nak tilik...) sudahnya...habis satu periuk nasi jadi lembik..kalau air terlebih sikit lagi rasa dah boleh buat nasi himpit..tapi..makan saje la..kasi sejuk sikit nasi tu..baru keras sikit..alahai...

untuk dinner tak masak dah..semua ke Giant bantai pizza..al-kisah makan-makan sempena meraikan adik bongsu sebab cemerlang dalam PMR baru nie...

entri kali nie tak reti pulak nak buat ending...so..berakhir macam nie aje la yer..hhahha!.....


Bila Mata Keras...

Assalamualaikum ...

Bila mata keras...atau..keras mata nie..tak rasa mengantuk ....

melayan perasaan sambil dengar lagu Bee Gees...W O R D S ...



Smile an ever lasting smile
A smile can bring you near to me
Don't ever let me find you gone
'Cause that would bring a tear to me

This world has lost its glory

Let's start a brand new story
Now my love
You think that I don't even mean
A single word I say

It's only words

And words are all I have

To take your heart away


Talk in ever lasting words

And dedicate them all to me
And I will give you all my life
I'm here if you should call to me

You think that I don't even mean

A single word I say

It's only words

And words are all I have
To take your heart away

It's only words

And words are all I have
To take your heart away

Da da da da da da da

Da da da da da da da da da da
Da da da da da da da
Da da da da da da da da da da

This world has lost its glory

Let's start a brand new story
Now my love
You think that I don't even mean

A single word I say


It's only words

And words are all I have
To take your heart away

It's only words

And words are all I have
To take your heart away

It's only words

And words are all I have
To take your heart away



 

Thursday, December 22, 2011

8A juga buat Yusry Amir

Assalamualaikum ....

Alhamdulillah...syukur....akhirnya hilang jugak debaran..bukan setakat tuan punya badan..dengan akak dia nie sekali tumpang rasa berdebar..akhirnya..alhamdulillah...tahniah buat kamu adik...


 bersama dengan Wafiq....



dgn Wafiq lagi ... wafiq memang akak rapat den Poksu dia  nie..org lain marah Wafiq boleh buat tak tau je..tapi kalau Poksu yang marah terus bergenang airmata...haha....


masa UPSR dulu mmg dia dapat 5A..time tu percaya la dia dapat 5A sebab nampak dia study..tapi kali nie masa nak exam PMR tak tahu masa mana dia study..memang terserlah kemalasan..hihi..sory yer dik..sampai kakak kamu nie potong line internet kat rumah sebab bimbang kamu asyik mengadap pc layan facebook..suka edit gambar...berjam-jam dihabiskan masa depan pc...tu tak cerita lagi bab layan basikal fixie..huhu...

tapi mmg tak sangka boleh dapat 8A..trial dapat 5A 3B je....kadang2 budak lelaki nie tak perlu pun study hard macam kita perempuan nie..dorang cepat tangkap apa cikgu ajar..konsentrasi dalam kelas dah cukup rasanya..

td lepas balik dari sekolah ambik result..masa sampai rumah tu boleh lagi dia berlakon..lakonan kamu sentiasa berjaya dik..haha..dia minta maaf dgn mak yaya..dia kata dia dah kecewakan mak...dia target lepas jawab exam ritu maybe dapat 6A 2B tapi sekarang terbalik..dapat 2A 6B...hebat ko berlakon sampai emak terpedaya..haha..harus mak membebel sebab kamu tak study hard...kamu study gitu2 aje..kehkeh...perangai mak kalau anak-anak dia dah berusaha tapi tak dapat dia tak kan marah..dia cuma akan cakap..'nak buat macam mana, bukan kamu tak usaha'.. itu lah mak yaya...

tapi dik..selama mana kamu nak sorok kegembiraan dalam hati kamu kan..tak lama lepas tu terus tunjuk slip result....'bertuah ko amir...8A rupanya'....haha..

nie baru PMR...SPM belum tempuh lagi...harap SPM nanti kamu buat yg terbaik.... kak ya harap cita-cita kamu nak jadi arkitek akan tercapai...aminnn....









Wednesday, December 21, 2011

Maksud Nama Baik Tapi Tak Elok

Assalamualaikum ....

Baik tapi tak elok..susah jugak nie...nak bg nama anak mesti kita nak cari nama-nama yg sememangnya ada maksud yang baik...tapi terkejut jugak yaya bila adik yaya bg tahu bila dia tengok rancangan Tanyalah Ustaz..gigih dia salin...yaya memang tak tengok sebab on the way ke Kuantan...

Katanya..ada lebih 70 nama yg tak digalakkan...(banyak tuu...)

Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin...walaupun maknanya bagus tetapi nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri.....Kebanyakan pesakit yang datang kepada beliau menggunakan nama-nama tersebut...


Kat bawah nie antara nama sekarang yg cukup glemer..tanpa kita sedar akan membawa musibah..wallahualam...


1. Balqis

2. Qistina/Kistina

3. Najwa

4. Zakuan/Zaquan

5. Batrisya

6. Erisya

7. Mazda (kalau tak silap...^^)


Jadi janganlah sesekali mengambil nama-nama diatas untuk nama anak-anak kita... PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain...



Wallahualam ....


 W A F I Q




EDIT :

Jawapan Uztaz Zaharuddin berkenaan isu di atas :

klik image untuk lagi jelas ye ...





Klik LIKE untuk berkongsi info ini...TQ..

Tuesday, December 20, 2011

Nasib bukan kepunyaan suami...

Assalamualaikum...

Hari nie yaya cuti..cuti 2 hari..semalam dan hari nie..semalam ke Kuantan..macam tak percaya boleh duk dalam East Cost Mall sampai 5 jam...haha...rambang mata tengok sale...mmg semua murah- murah..yaya tak berani nk shopping lebih2..akhir bulan lepas dah shopping sakan kat Sogo...mmg agakpenat semalam sebab gi balik hari je..so hari nie lepak kat rumah je..

Hari nie courier service mai hantar barang kat rumah..alahai...ape lagi mr.tmfs shopping nie....dia beli keyboard and mouse..Satu beli online dan satu lagi beli kat kedai area bandar nie...kat rumah nie dah ada keyboard and mouse wireless..tak kan beli lagi...sekali tengok bil terbeliak mata..






Gila ape menghabiskan duit untuk mouse n keyboard sampai sebegitu rupa...daku semalam sampai telan liur nengok sling bag carlo rino..kalau belanja bini dia beli bag semalam lagi bagus...tp dia dah bayar separuh untuk purse carlo rino last month..hihi..

Mr tmfs mmg sanggup perhabiskan duit untuk pc dia..nk pakai yg canggih manggih...katanya baru syok main game..buat keje tak tersekat sekat..biar laju..biar pantas..ape2 je la dia tu...tapi dgn pc tu jugak la dia cari duit tambahan utk kami anak beranak..tu yg yaya tak kisah mana...

Tapi beli keyboard and mouse kali nie mmg kena kisah..sebab keyboard and mouse sedia ada tu elok lagi...rasa macam baru lagi beli..tapi kalau rosak pun agak melampau rasanya kalau nak ganti baru sampaimahal sebigu rupa...

Tapi...nasib baekkk...mr.tmfs tolong beli untuk kawan dia...hihi...bukan dia puny...tapi kan....isteri kawan dia tu tak amuk ke laki dia beli mouse keyboard mahal?....dia mampu..biaq pi la kan...

Saturday, December 17, 2011

Cinta Hati

Assalamualaikum....


http://www.facebook.com/photo.php?pid=994335&id=100000394403017


Yang besar bekerja..yg kecik sedang bersuka ria....


Ya Allah...lindungilah keluarga kami..semoga kegembiraan sentiasa milik kami...aminn...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, December 15, 2011

Malam Jumaat

Assalamualaikum...

Kebosanan..nk menonton tv tiada apa yg menarik..alih alih cerita seram...seperti kebiasaan malam jumaat malam untuk menjadi nomad..sekejap lagi 'akan berpindah' ke rumah mak yaya..hujung minggu time berkampung di sana.. tak jauh mana pun dari rumah mentua..dlm 1o - 12 minit sampai la..


Jom tengok gelagat wafiq malam nie...nk ambik pic dia pun dia nk ajak spongebob join sekali....





60 Usia Bersara Swasta

Assalamualaikum ...



60 usia bersara swasta
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2011/12/15

Kementerian Sumber Manusia, MTUC, MEF setuju seragam dengan sektor awam

KUALA LUMPUR: Umur persaraan pekerja sektor swasta akan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun mulai tahun depan selepas mendapat sokongan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

LINK



nota : kuat lagi ke bekerja ?

Tuesday, December 13, 2011

Penangan Cinta Elysa

Assalamualaikum...


Td berkira- kira nak makan mee sedaap goreng perisa asli..buat sampai 2 bungkus..bukan mkn sorang tapi bersediap sedia andai mr.tmfs tumpang sekaki. Tp bila siap masak tak mkn pula sbbnya terliur tengok bawah saji ada ikan keli goreng dgn sambal belacan. Korang mkn tak ikan keli? Mkn dgn nasi putih..walaupun tak de kuah tapi tetap berselera.apa nasib mee sedaap goreng? Nanti2 la mkn sambal tengok Cinta Elysa...last episode mlm nie...


Pg td...mak mentua ajak ajak tengok anak saudara dia baru dapat baby..sempat lagi mak mentua berseloroh..'kita gi malam esok..malam nie dok leh..cinta elysa dah ngelast...' .. haha...


Jd plan la nk gi cari hadiah untuk baby..mr.tmfs ajak pergi beli mlm tapi yaya pun tak sanggup jugak...haha..nak tengok cinta elysa kan...lepas balik keje cepat2 gi beli...


Ptg td masa duk mengadap mkn malam berlaukkan ikan keli goreng mr tmfs ajak pulak ke mydin mall.. nk cari screen prorector untuk my new tablet.. minta dia tunggu jumaat ni gi cari pun tak nak..takut i pakai ganazz katanya.. hihi..akhirnya lepas solat maghrib cepat2 gi mydin mall...penangan cinta elysa...^_^


Horey...sekarang dah sampai rumah... Nak main dgn wafiq pulak...


Kepada peminat Cinta Elysa....selamat menonton.....^_^


Published with Blogger-droid v2.0.1

Selamat Pagi Semua

Assalamualaikum ...

Hujung2 tahun kebiasaan keje agak sibuk..tapi tahun nie rasa macam xde apa pulak nak buat...hihi..sebabnya keje-keje akaun tahun nie agak teratur..every 2 weeks mesti update...update yg atas meja la..tak nak tangguh2...biar meja clear..bila semua key in and masuk fail baru sedap mata memandang...sekarang tinggal keje behind the screen sahaja..cuma perlu check kalau2 ada transaction tertinggal or silap key in..

kalau keje bidang lain bila siap semua keje dah settle and dah submit kira agak lega la kan...tapi kalau akaun nie benda yang ko buat hari ni lagi 10 tahun kedepan pun orang tanya..haha...memori kena kuat...sebab tu yaya mmg tak kan miss berdoa lepas solat agar dikuatkan ingatan...hihi..bukan apa....8 tahun buat keje-keje akaun nie dah biasa kena tanya soalan yang memerlukan jawapan on the spot dan semestinya kena betul....benda lama2 pun orang akan tanya...

ok la...nak sambung buat keje..hari nie nak check general ledger antara inter company..takut ada yg tertinggal..kalu dah banyak company mesti ada yang terlepas pandang..company A ko creditkan ke company B..dalam company B ko lupa nak debitkan..hihi..tu baru A dan B ..belum lagi C D E F G H ..pi mai pi mai tang tu..tapi dah nama akaun..nak tak nak semua transaksi kena buat...


selamat bekerja semua.....




pssttt : tak mampu berpisah dengan kalkulator...haha!






Monday, December 12, 2011

Selamat Malam

Assalamualaikum...

Cepat benar rasa mengantuk malam nie..kena tidur awal malam nie..semoga hari esok lebih baik dari hari nie..dan untuk hari ini maaf sekiranya ada salah dan silap..manusia xlari dari kesalahn kan..antara sedar atau tidak sahaja...

Eh..korang suka tak dgn lagu Dadali? Yaya suka sangat..wafiq pun sama..teringat kelmarin yaya tanya dia ..'wafiq suka lagu apa? ibu nak nyanyi nie...' boleh dia jawab lagu cinta muka buku dengan dadali ... Haha..lawak la anak ibu...

Ok la..tidur dulu la...selamat malam semua...


Published with Blogger-droid v2.0.1

ShoutMix aka Kotak Jerit Dikenakan Bayaran Mulai 01.01.2012

Assalamualaikum ...


nampak tak kat arrow tu ... ada important notice... sekali bila klik keluar nie ....


Free service has to stop



Thanks for using ShoutMix for all these year. I have been providing free shoutboxes on the World Wide Web for over 7 years now. It wasn't long before I realized being 100% free is not sustainable. Just before ShoutMix's first birthday, it almost had to be closed.

ShoutMix has tried to work with the freemium business model ever since. Conversion rates were low with the first version. With the second version, things improved and I have had more paying customers. Fortunately people liked the service and started paying for more features.

With that in mind, the new third version was developed to make things better for free and paid users alike. It was developed with lots of feedback from users over the course of several years. Meanwhile my biggest goal remained: to improve conversion rate to keep things sustainable and profitable, all while making ShoutMix a really high quality product for everyone.

One of the most mentioned feedback was that the old free version was too restrictive. Others are less trivial, just make it better, more premium features, more powerful stuff, avatar support, real time push update, really good spam protection, support for really high traffic situations, etc.

Finally, in November 2011, the new version 3 was completed. It was launched successfully and very smoothly. It was a great moment.

During the first month since launch, the reception went really well. New sign ups are in the thousands daily. Just within a month, almost 50,000 users have signed up! Hundreds of thousands of messages posted. Over 10,000 users from Facebook. Generally, users loved the new version. The growth are massive.

So, what went bad?

The conversion rate did not go up. In fact it fell lower. Our stats show 99.93% of users either have no intention to upgrade or are just happy with our free service. Worst of all, some customers have actually stopped paying and switched to our free service! It may seems to be good news for everyone right now, but it is really bad news for all of us.

By offering too much with our free plan, we cannibalized our paid plans. Happy users did not make more paying customers. The projections are bad. Only 0.07% users are customers. These are the people who keep ShoutMix sustainable as a business. Business is the part making ShoutMix exists for everyone. If it keeps on going this way, ShoutMix will not be sustainable any more and will need to close down in the near future.

The freemium model is broken for us.

Some argued that ShoutMix can easily monetize its free service with ads. It has been tried, but the rates were terrible. Beautiful, unobstructive ads do not pay well for ShoutMix. We can probably do better with flashy popup ads, but no thank you. Our competitors do it with popup ads. But there is no way ShoutMix is going to commit such ugly sin.

ShoutMix is becoming more of a premium product. In fact it already has. ShoutMix is designed to be the best in the industry. With passion plus personal investments of time, money and labor of over 7 years, ShoutMix has outgrown the freemium model.

So where do we go from here?

I have two choices. One, allow ShoutMix to become unsustainable. This is bad news for everyone. The other choice is to stop our free service. It is becoming obvious that this is where ShoutMix should go. And so, ShoutMix is not going to be free any more.

Existing users will be able to continue using their accounts at no cost right now. The transition will begin within a few weeks. Eventually, users with free accounts will need to switch to a paying plan or stop using the service. The date is set at January 1, 2012. After this date, free accounts will stop working unless upgraded to a paid plan.

The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month.

Existing customers are unaffected by all these changes. In fact, ShoutMix is going to be really awesome for our current and future customers. Our focus will be to make paying customers extremely happy and they will get 100% of our resources. If you are one of our customers, things are just going to get a lot better for you.

ShoutMix has always been a product with great passion. It is just unfortunate that it did not work out as a free product. We all have to move on. And ShoutMix will continue to be the most affordable, high quality and premium live chat software that everyone can use and love.

Snecx Tan
December 2011


LINK


psst : huhu...suka benda free..kalau bab kena bayar fikir banyak kali..hahaha..nampak gayanya tahun depan tak de la kotak jerit kat blog nie...so korang kalau singgah nampak gayanya kena drop komen la untuk dibalas jejak...







klik LIKE untuk share entri ...^^

Bolasepak vs Badminton

Assalamualaikum ...


Yaya minat bola..tapi xla sampai ke stadium..tengok kat tv je...tak suka sesak-sesak..tengok depan tv nie feelnya tenang sikit...biji bola pun nampak jelas...lain org lain ragam kan...dulu agak heran kenapa mr.tmfs tak main bola..petang2 tak ke padang mcm adik2 yaya..balik je keje terus tukar baju ke padang..dah macam satu aktiviti wajib..tapi sekarang dah boleh terima..kami berdua setakat minat..tak pandai main...hihi...kira kalau ada game kat tv still tengok lagi...

mr tmfs cuma main bola dlm rumah..haha..jd peneman wafiq..wafiq xde geng..balik keje terus kena ajak dengan anak bujang main bola..menurut saja si ayah..

mr. tmfs minat main badminton...dulu pernah terdetik..bagus la mr tmfs tak main bola..balik keje boleh terus balik rumah..lambat sampai pun xpe..siap boleh ajak shopping lagi..sampai rumah santai2 dengan anak..bagus jugak bila suami tak main bola...hihi...

tapi antara bola sepak dengan baminton...which one is better? kalau korang la..korang nak suami korang main sukan ape? ke tak payah main ape sukan pun ? haha..

sekarang fikiran yaya dah lain sikit..berputar ke sudut lain ^__^ football is better nak bandingkan dgn baminton..ye la..main bola cuma di siang hari..waktu petang sekejap je mainnya..lain la kalau professional player..malam2 pun main...main bola hujan ribut pun berhenti main...tapi kalau main badminton...bila-bila masa je boleh main..asal ada court kosong bedal la main sampai pukul 3 pagi..hujan ribut still boleh main...huhu...


tapi tak kira la kan sukan apa pun..at least dia bersukan...^__^ tak macam isteri dia..this year tak berjogging walaupun untuk 10 minit...bisi bebenor .. kihkih..tak pe la..i lari-lari kejar wafiq je pun dah melimpah ruah peluh nie..haha.



psttt : waiting for mr tmfs...dia gi main badminton ....

Sunday, December 11, 2011

8 Rahsia Lelaki

Assalamualaikum...

 cinta hati ibu ... time nie genap 3 bulan ..(16.10.09)

kita sering merasakan lelaki tak memahami kita...lain kita cakap lain pulak yang dorang paham...susah nak memahami perasaan kit anie..sampai ada ketikanya boleh buat kita terasa hati..jauh hati..macam2 la..

tp sebenarnya lelaki pun macam tu...dorang pun kita susah nak faham jugak..hihi..jangan marah yer kaun Adam...^__^


8 Rahsia Lelaki

1.Lelaki Tidak Detail Dalam Percakapan

Contoh kes: Kakaknya baru saja putus cinta.Bila cik awek tanya.. ‘macam mana boleh putus awak…?’
cik abg akan jawab… ‘..dah nak putus nak buat macam mana…’

Alasan : Tak usah bimbang sebab secara genetikl elaki tidak dibentuk untuk petah bercakap mcm perempuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per
hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan ntara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki Tahan Berjaga Sepanjang Malam Demi Hobi

Contoh Kes : Cik awek sering tak menemui jawapan kenapa cik abg sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti (dari mengadap dirinya..kahkahkah)..lepas tengok piala Malaysia,tgk badminton All England plak..pastu, sambung tgk EPL pulak kan…sampai jam 3 pagi..

Alasan : sebelah kanan otak lelaki mempunyai,bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti untuk mengukur sudut pandang (angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman dulu dimana lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.
3.Lelaki Rela Menghabiskan Banyak Wang Untuk Peralatan Elektronik Atau Aksesori Kereta

Contoh Kes : Cik abg rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kereta…tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tengok cik awek bershopping??
Alasan : Alat2 elektronik atau aksesori kereta bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi ni terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dengan demikian mereka secara tidak sedar dgn happy2 jer buang duit utk benda2 tu.

4.Lelaki Jarang Muncul Dengan Jambangan Bunga.

Contoh kes : Dekat filem2 drama2,sering kita lihat hero/cik abg muncul tiba2 di rumah cik aweknya dgn sejambak bunga.Kenyataannye?..huh hampeh!!

Alasan : Dari awal lagi,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.Kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran…itu tanggapan org lelaki laa kan..baik belanja makan!kenyang perot…

5.Lelaki Tidak Bergosip

Contoh Kes : Bila cik awek bace gosip kat magazine sambil ckp: ‘eh betul ke ni..?’cik abg dgn pantas memotong ‘pegi makan jom!dah lapar nie…’

Alasan : Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik2 awek
bergosip dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Dankalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Contoh kes: Lelaki jarang mengkritik ibu mereka,apatah lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata pada cik awek, ‘eleh ayang,macam tu pun tak reti buat ke?mak i pejam mata pun boleh buat tau…’

Alasan : Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik,cd,jeans, jam tangan,jersey dan apa2 saja!

Contoh kes : ‘Borinngg..!’katanya si cik awek…. sekejap sekejap cik abg ajak g petaling street,kemudian kedai komik lps tu carik lens kamera… semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan : Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada dan beranggapan bakal diadili oleh lelaki lain,sehingga tidak hanya mengumpul kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka,punyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang Melihat Wanita Memakai Skirt Pendek(mini skirt)- Asalkan Bukan Kekasihnya.

Contoh kes : Cik abg memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau cik aweknya yg pakai,komennya pula… ‘I tak suka ahh!! tukar lain…macam penyapu lidi je..kalo u pakai baju kurung bertudung litup, laaaaggiiiii i sukeee..’ Bengang kan cik2 awek sume…?

Alasan : Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian2 yang lain pada yang bukan sepatutnya..mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain.

p/s : pasni harap kaum2 hawa faham la lelaki ini mcm mana..








Jangan lupa klik like kat bawah dan share kepada
kawan-kawan lain

Friday, December 9, 2011

Cara Jawab Panggilan Telefon Dengan Gaya Paling Stylo

Assalamualaikum...

CaRa-CaRa AnGkAt TePoN dEnGaN BeTul..

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kita amalkan adelah salah...dankebanyakannya sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cuba untuk
menukarkan jawapannya (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?

Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?

Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau
sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak
awak?

Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye
saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor
323?

Jawapan: maap cik,nombor tak boleh
disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?

Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal
rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?

Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?

Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu
memberikan perkhidmatannya... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya
nak bercakap dengannye.

Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......

Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda
ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...

Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?

Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih
menjawab betul le tu.

12.Soalan:assalammualaikum..

Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak
tepon.salam kite wajib jawab)

Dont Try This At Home but in the Highway Ok ! :))


Sent from Samsung Mobile

Thursday, December 8, 2011

Merah ... Meningkatkan Nafsu Makan

Assalamualaikum ....

Tengok logo-logo restoran fast food kat bawah nie...












Semua logo ada warna merah...cuma A&W tu je kearah warna oren meran...

dikatakan warna merah mampu membangkitkan selera makan anda...

kesimpulannya...

elakkan diri anda dari masuk ke restoran2 yg ada logo warna merah..kalau tak nescaya anda akan makan dengan banyaknya...^^



nota : entri ringan selepas lunch....




klik 'LIKE' kalau suka entri nie..

Wednesday, December 7, 2011

Tak Rugi Menonton Ombak Rindu..Memang Best!


Assalamualaikum ....

Sampai juga hajatku nak tengok Ombak Rindu..novelnya saja berkali2 khatam..kesinambungannya - Cinta Tiada Akhirnya - mmg menyentuh perasaan...berbekas ke hati nie..cewah..haha...sebelum beli sendiri pinjam dgn room mate..lepas tu rasa sewajibnya buat koleksi yaya beli sendiri dua2 novel tu..bila dalan simpanan sendiri 2 3 kali baca...sampaikan mr.tmfs (masa nie belum kawen lagi..tunang pun belum..) yaya paksa dia baca..haha..kejam! untuk membuktikan dia baca ke tidak sampai ku suruh dia cerita balik apa dia baca..ternyata dia baca..hahaha..bukan apa.. just nk bg dia tersentap perasaan sikit...dapat jadi romantik macam Hariz pun dah ok..^^

tiket kami..beli kat kaunter setelah TGV online ada masalah..tapi dapat jugak seat pujaan hati...^^



 pics sebelum movie mula ..


pop corn mest ada..tapi..bila dah Ombak Rindu melepas badai terus tak lalu nak makan...air pulak langsung tak minum...selera mati..haha...^^


jalan cerita mmg best..tapi agak ringkas kalau nak bandingkan dengan novel..ye la namanya adaptasi..gila nak buat 100% sama..harap ada drama bersiri nanti..

awal2 cerita yaya tahan lagi airmata nie..tapi bila dah abang kacak Aaron Aziz dah start nangis dgn daku sekali naik sebak...daku lap dgn hujung tudung air mata nie..segan nak ambik tisu dlm handbag sebab handbag dah letak atas floor..nanti kalau ambik tisu kantoi la dgn mr.tmfs yg bini dia nangis..malu....hhahaha..

bg yaya watak Aaron perfect..bila baca novel mmg sah kita akan imagine badan Hariz tegap dan sasa..memang kena dgn Aaron..watak Izzah pulak selaku gadis kampung pun kena dgn Maya Karin..tak sangka dia boleh bawak watak nie..dia kan moden..cuma ada certain part cara Izzah bercakap terover baku..pelik pulak mendengarnya...macam loghat indon pulak rasanya...maya yang cantik tu dalam nie semua nampak biasa2 je...mekap dia mmg mekap kampung la..hihi..bila part last masa atas kapal tu baru nampak cantik..dah the end kan..hati happy..duk santai atas kapal pulak tu...


ada la beberapa part yang spoil..masa Izzah kutip kucing dia yg diberi nama Comel tu..masa ambik kat bus stop kucing tu kecik lagi..bila dh sampai rumah nampak cam besar la pulak..hihi..pastu masa Hariz call Izzah guna telefon rumah..nape naik no handset berserta nama kat handphone izzah..masa Mila bercakap dgn Izzah kat bendang tu ternampak alat bantuan (utk pendengaran ek?) kat pinggang izzah..baju kurung izzah agak nipis..boleh nampak alat bantuan tu...


tapi tu semua tak men'spoil'kan cerita...cerita tu dah terbaikkk! kalau ada part Hariz tengok result SPM Izzah yg power tu, part Izzah masuk universiti lagi best!.. masa baca novel Ombak Rindu cukup tersentuh bila Izzah cakap Izzah tak ada sape2 dalam hidup dia kecuali Comel...masa nie Hariz dah sentap..sebab dia dah mula sukakan Izzah..tp tak de la pulak dialog nie...hihi...

kalau dalam novel..bab berkata-kata dalam hati tu yang makan dalam..kalau boleh nak semua tu ada dalam filem..tapi mustahil sangat tu..2 jam mana cukup...

setiap kali keluar lagu tema mesti bergenang mata..hihi..sedih betul lagu tu..kena dgn cerita..lokasi pun cantik..biarpun sekejap di Cameron sekejap di Langkawi..ada peduli? hahha..

Watak Mila dipegang oleh Lisa Surihani..biasa kalau korang tengok dia berlakon lemah lembut tapi dlm Ombak Rindu nie Mila seorang yang panas baran..tak dapat nak kawal emosi marah dia tu tapi dlm masa yg sama tetap baik hati...kesudahan Mila sama mcm dlm novel..bercerai dgn Hariz.(gila tak bercerai..kang ramai pulak tak puas hati...haha)...dia sangka org merampas hak dia tapi rupanya dia yg jadi bini no.2...



Watak Wafi (Julia Ziegler..betul tak eja gini?) dan watak Mail (Bront Palare) pun ok..Cuma pakaian si Wafi tu ketat sangat..nampak benjol2 kat perut..hihi...time audience gelak rasanya ada dua kali...1st masa part Mail mintak Izzah letak nama kat Wau..2nd nama kat wau tu dah ada nama org lain....haha..yg lain semua part sendu..tapi macam agak pantas..mr.tmfs pun cakap part izzah kena tortured dgn Hariz pendek sangat..dia kan baca novel..hihi..


kat barisan depan kami tu sederet semua budak lelaki..macam sekolah lagi..masa mula2 masuk panggung tersangatlah gumbira mereka semua..tapi bila movie habis..bila semua org dah bangun..mereka sederet tu terkaku lagi kat seat..diam je..haha...tu la cinta org dewasa dik oii..rumit..akak kat sebelah yaya tu masih lap2 hidung dgn tisu..memang semua hidung merah...

tapi mr.tmfs langsung tak menangis..mmg jiwa hard metal la laki daku  nie..adoyai...ku paksa dia mengaku bahawasanya paling kurang mata dia bergenang..tapi dia cakap tak..cuma katanya cerita tu memang sedih...ala tak pe..tak nak ngaku sudah.....^^




psstt..tunggu Aaron dalam Datin Ghairah pulak..



Klik LIKE untuk share etry..

Tuesday, December 6, 2011

Soundtrack Ombak Rindu ..



Assalamualaikum ...


video


Ombak Rindu – Hafiz & Adira (OSTOmbak Rindu)

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…

uuu…uuu..



psssttt : next entry nak review movie Ombak Rindu .. ^^








Monday, December 5, 2011

Alahai TGV Online

Assalamualaikum ...


Semalam nak beli tiket wayang ..of course la nak menonton movie paling diperkatakan saat dan tika ini yakni Ombak Rindu..

1st tu dah senyum dah bila tengok dapat harga early birds..sehari sebelum tu dah tengok harga untuk esok RM10..tapi bila dah dapat eraly birds nie jd la RM8..tapi ada booking fee la pulak RM1..

sebelum nie dah pernah sekali beli online..masa beli tiket Kungfu Panda..rasa macam takde booking fee..ntahla..ke i yang hilang ingatan..tapi probnya sekarang nie bila klik proceed to payment dan masukkan detail bagai lepas confirm tu hang pulak dah..summary utk purchase online tak keluar pun..alahai...

jadi masalah la pulak..berbalas feedback pulak dengan TGV..sempat 2 kali hantar emel untuk comfirm..1st emel hantar 8 mlm sistem diorang reply 11 mlm..dah tdo pun..pg td 6.30 baru perasaan dorang dah reply emel minta detail..terus hantar emel lagi sekali...pastu pukul 10 td baru dapat emel lagi sekali.. diorang sahkan pembelian tu tak jadi..hoho..ok la tak jadi takut burn je duit tu tapi bank pun xde call utk confirm purchase online...selamat...

tak mo dah try purhase online lagi sekali..buat masa sekarang nie nampak macam tak berapa stabil je sistem online TGV..beli kat kaunter saje la..tak dapat early birds pun tak pe la..tapi harap2 dapat duduk seat F9 dan 10 ... seat pujaan hati..center gitu...2 seats only..wafiq duk rumah..ibu ayah nak berdating..haha!

hari nie mr.tmfs ke SK Cheneh Baru @ Kemaman kalau tak silap...so kirim kat dia je beli tiket kat Mesra Mall..harap ada tiket Ombak Rindu pagi esok...teringin sangat nak tengok....









IndoCafe + Biskut Jagung

Assalamualaikum ...


alhamdulillah...

cicah biskut jagung cap ping pong dengan indocafe..best..tapi lagi best kalau regu dengan teh 'o' ...breakfast nie jam 9.30 td kat ofis nie.. menyesal ambil indocafe kat pantry ..biasa mmg ambik teh 'o'..td xtau la teringin nak minum indocafe..ternyata memang tak boleh minum..haha..pekat teramat pekat...bisa migrain minum air kafein pekat2 nie..sudahnya buat cicah dengan biskut saje..bakinya ku tuang masuk sinki....tu pun dah memulas-mulas dah perut nie...hihi...

sape pernah cuba cicah biskut dengan air sirap..fuhh..yg nie lagi best!...tak caye cuba try...^^



pssttt : nie breakfast kali kedua untuk hari nie..pg td dah mkn mee hoon goreng 5 sudu...^^




4BE Sedang Running

Assalamualaikum ..


Tajuk bahasa rojak...jangan marah saya...hihi...  

dah lama tak check nuffnang..hari khamis lepas buka nuff tengok2 ade 4BE sedang running... terima kasih nuffnang...kempen grapevine pun ada...rasanya semua dah tahu pasal iklan grapevine nie..hasil berganda katanya..kalau korang ternampak iklan grapevine menari-nari kat blog nie jgn segan-segan copy code tu dan paste kat FB ke..ape ke..setiap klik ada masyuknya..kira keuntungan dua hala.u dapat i dapat...hihi..rezeki kena berkongsi..tak gitu...

harapnya lama la BE nie berjalan..jgn cepat sangat jadi ME ye...^^




Sunday, December 4, 2011

Ada apa masalah dgn bloglist nie? sungguh tak faham....

Assalamualaikum ...

sesudah refresh 32juta kali pun tetap sama..tetap xde entry baru yg naik duk atas..tak kan dorang tak update? mentang2 la hujung minggu...hihi..malas yer update..

tapi nie bukan masalh malas update..sedang syok terjah blog ujang .. terpandang kat sidebar dia..nampak comel kat situ entri Bentang Tikar dari Rumah LM - Hidup Itu Indah duk bahagian atas sekali...sedikit terpana di situ..ada rasa tak puas hati..tadi masa view blog sendiri dah banyak kali refresh...mmg perasaan entri LM yang ada kat blog Yaya cuma entri Jangan Gopoh Dalam Menurunkan Berat..

Ku tekan lagi button F5 23juta kali..tetap sama..entri bentang tikar dari LM tu tak naik pun...padahal dah jenguk rumah LM bahawasanya entri paling terkini adalah entri bentang tikar tu...

Pelik kan??? mmg pelik ???


Sungguh tak faham kenapa ini terjadi....baru mode nak ziarah rumah kawan-kawan...dah la blog follow kat dashboard tu selalu tak muncul...adoyai...huhu..

Jagalah Turutan Cinta Ini

Assalamualaikum ...





Turutan cinta seorang wanita bernama isteri :

Nombor 1, cintai lah  Allah
Nombor 2, cintai lah Rasulullah
Nombor 3, cintai lah suami



Turutan cinta seorang lelaki bernama suami :

Nombor 1, cintai lah  Allah
Nombor 2, cintai lah Rasulullah
Nombor 3, cintai lah ibu
Nombor 4, cintai lah bapa
Nombor 5, cintai lah isteri


Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini...

Insya-Allah...




share kalau suka entri nie..^^

Kembali Kesana Jua Akhirnya

Assalamualaikum ...




Wahai manusia..!

Engkau berlari-lari di atasku, tempat kembalimu adalah di dalam perutku.

Engkau melakukan maksiat di atasku, engkau akan
diseksa di dalam perutku.

Engkau ketawa di atasku, engkau akan
menangis di dalam perutku.

Engkau bergembira di atasku, engkau akan
bersedih di dalam perutku.

Engkau mengumpulkan harta di atasku, engkau akan
menyesal di dalam perutku

Engkau memakan yang haram di atasku,engkau akan
dimakan ulat-ulat di dalam perutku.

Engkau sombong di atasku, engkau akan
menjadi hina di dalam perutku.

Engkau berjalan dalam keadaan sukacita di atasku, engkau akan jatuh di dalam
perutku dalam keadaan dukacita.

Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atasku, engkau akan jatuh ke tempat
yang gelap di dalam perutku.

Engkau berjalan di khalayak ramai di atasku, engkau akan menjadi
sendirian di dalam perutku.

(Anas bin Malik)

Oh Hafiz Hashim

Hafiz gagal mara ke final Terbuka Macau

HARAPAN menyaksikan Hafiz Hashim menjulang kejuaraan pertama sejak bergelar pemain profesional di bawah naungan Kuala Lumpur Racket Club (KLRC) tidak kesampaian apabila dia tunduk kepada pemain Korea Selatan, Lee Hyun-Il pada perlawanan separuh akhir Terbuka Macau, semalam.

Selepas enam tahun tidak bertemu, juara Seluruh England 2003 itu sekali lagi tumpas kepada pemain ranking ke-15 dunia itu, 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.
Ketika kali terakhir bertemu di Kejohanan Dunia 2005, Hafiz sebelum ini merekodkan empat kekalahan kepada pemain veteran Korea Selatan itu dalam lima pertemuan sesama mereka.
Sejak bergelar pemain profesional bersama KLRC Januari lalu, Hafiz yang sedang mencari tempat untuk disenaraikan dalam skuad Piala Thomas 2012, hanya mara sekali ke separuh akhir iaitu di Cabaran Antarabangsa New Zealand, April lalu.

Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Macau hari ini, Hyun-Il bakal bertemu pemain China, Du Pengyu yang menyingkirkan pemain Indonesia, Simon Santoso, 21-17, 21-17 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.



Sumber : LINK

Thursday, December 1, 2011

Ubi Setela


Assalamualaikum ...

Ubi setela..[org ganu read as : ubi setele ] nama samaran lain ubi setela ialah ubi jawa, ubi ketela, ubi rambat (gigih cari info kat wiki ..haha) .. tapi semua nama tu tak berapa komersial..cuba sebut ubi keledek..hah! tau pun korang..haha...musim hujan nie best makan ubi rebus plus kopi panas..fuh..semestinya makan sampai tak sedar diri..duk suap je dalam mulut sampai tak terbilang berapa ketul dah masuk mulut..ubi kayu rebus pun best jugak tapi banyak pantang larang la pulak..jadi racun kalau salah makan..ce cuba try test (maknanya cuma satu iatu CUBA..^^) makan ubi kayu dengan panadol ke..ubat spital ke..tengok apa jadi...hihi...

tapi nie nak cite pasal ubi setela..semalam mr.tmfs kena keje luar..rasanya dalam 2 3 minggu nie memang keje luar..round2 satu Terengganu nie..habis semua Pusat Kegiatan Guru dia terjah..hihi..semalam ke Jerteh..yaya awal2 lagi dah pesan beli ubi setela..musim sejuk nie memang mengidam makan benda2 cenggini..(lempeng nyiur pun best nih..adoyai..haha)...

kat kuala nie bukannya tak de ubi setela nie..area jalan ke Manir tu ade je org jual ubi tepi jalan..tapi dengarnya mahal..musim hujan makin laris..permintaan menggunung tu yg memanjat harga agaknya..haha...


nie la rupa ubi setela yg mr.tmfs beli..ce teke ce teke brape RM ubi banyak gini? tak yah meneka la sebab sure ramai salah teka..kihkih..2 plastik besar ubi setela nie ongkosnya cuma RM6! murah kan ?

cuma ada pic ubi fresh..projek merebus belum jalan..esok jumaat adalah weekend..jd esok saje la makan ubi rebus...^^



pssstt : tak teringin makan ubi rebus ke ? ^^




Main Komputer Time Gini ?


Assalamualaikum ...

time orang berdengkur tak hengat dunia nie la si kecik Wafiq tu nak bangun tido..katanya badannya panas..nak demam..jadi dia kena main komputer aka main game..erk..ada kaitan ke statement ko tu nak oiii...

tapi bila sentuh2 dahi, kepala dan badan dia tak pulak rasa panasnya..ada saje dia nie..kes terjaga dan tak boleh tidur balik la nie..boleh dia terfikir nak main game...ayahnya pulak baru bangun dari kerusi komputer tu..dah tidur nyenyak pun..anaknya pulak yang sambung main..ibunya pulak segar bugar mata nie tak mengantuk..adoyaiii...janganlah ko merana esok hari wahai mata..esok nak keje dengan jayanya...chaiyok!

ape saje la Wafiq..tekan la apa patut kat komputer tu..jangan sampai rosak sudah...sementara tunggu Wafiq main game sekejap (sekejap la harapnya..) sempat lagi si ibu post barang satu entri di awal pagi..sambil menyelam minum air..tak elok bazir masa..(yer iyo ler tu)


Sekarang Wafiq main game sambil sound ditutup..dia suruh yaya bukak..dan seperti biasa yaya kena buat bodo tak tahu hape..sebab kalau tunjuk pandai next time dia dia akan minta tolong lagi..kalau tak tolong karang mengamuk budak tu..sebab dia tau kita pandai tapi tak nak tolong..just cakap 'sound rosak tu...esok ayah baiki'..kihkih..ada baiknya dari awal2 dulu buat perangai bodo gini..tak sia-sia..sekali yaya cakap tak pandai dia percaya saje..^^...dan buat masa nie agaknya Wafiq merasakan dia lagi hebat berdepan dengan PC berbanding ibunya....haha...


eh..dengar sound game angry bird la pulak..hadushhh...bertuah anak...ok la..nak menjenguk Wafiq kat bilik sebelah...






Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...