Tuesday, May 31, 2011

Merancang Jantina Anak

ini adalah jadual dari Beijing ... yaya terbaca kat blog IntanBerlian ... rasa teruja pulak nak tengok jadual nie..ye ladah ada anak lelaki seorang..kalai di izinkan Allah yang ke-dua nanti biarlah perempuan .. hihi.. tapi nie adalah setakat jadual ye ..ciptaan manusia ... Allah yang maha berkuasa ..


Jadual merancang jantina anak yang diambil oleh ilmuan dari makam kerajaan dekat Beijing, RRC. Naskah asli terkubur selama 700 tahun dan kini disimpan oleh Institut Pengetahuan Beijing.. Ketetapan jadual ni dibuktikan pada ribuan orang dan dikatakan 99% adalah tepat..




nota  : jadual nie tak tepat berdasarkan kehamilan yaya yang pertama..start hamil Nov'2008 pada usia 26 ...yaya sorang je kut yang telah men'spoil'kan jadual tu..hikhik ^____^

Kementerian Kesihatan Ban ANMUM ???

Assalamualaikum ...

pening-pening...kemunculan formula susu tanpa gula tambahan memang buat yaya pening..walaupun yaya dari awal dah menggunakan jenama susu tu sebelum dorang war-warkan formula tanpa gula tambahan tu ...

bila yaya buat entri pasal  'Gula Tambahan Dalam Susu Anak - Pendapat Di Perlukan' - thanks bg yg komen..thanks pada Julie yg bg link kat bawah nie ...*profile Julie tak ada link blog la...*

nie copy paste dari sini : http://www.marketing-interactive.com/news/26444 - kali nie pun pendapat diperlukan jugak .. sebab yaya bg anak anmum..jd perlu ke yaya bertukar susu ?

Fonterra's TVC goes off-air amidst complaints

By: Deborah Joy, Malaysia
Published: May 23, 2011

Malaysia - Fonterra Brands has temporarily pulled down the latest campaign for its milk powder brand Anmum, following allegations of having violated advertising regulations, with the Ministry of Health (MOH) stepping in.

The campaign in question, themed "Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan" (No Sugar Added) rolled out in March, this year.  

Fonterra's messaging for Anmum claimed that consuming all other brands is equivalent to consuming 13 spoonfuls of sugar. 

When contacted by A+M, a Food Safety & Quality Division spokesperson said it's a case of violation of Section 17 of the Food Act 1983. The particular Act stipulates food advertising must not be false, inaccurate or deceive a purchaser via misleading messages executed anywhere in the country. 

"The Ministry has had a discussion with the company recently with regards to the requirements of the law pertaining to the issue at hand," Fatimah Sulong, principal assistant director, Food Safety & Quality Division, told A+M

Fonterra Brands confirmed the development adding it is waiting for its cue from the government department. "We are engaged in a formal process with the MOH to work through these concerns in partnership."

"We continue to stand by the facts and overall message of our campaign. The use of added sugars in many growing up milk powders in Malaysia is excessive and unnecessary. We will continue to raise this important issue in our ongoing communications campaigns," the statement added. 


Yaya pun ada mencelah kat discussions di Wardina Safiyah Official Page kat facebook dibawah topik 'Susu Anmum' ..nie antara pendapat..yaya tak print screen la ye..copy paste je ..

*edit - bawah nie adalah pendapat ibu-ibu  ... bukan dari wardina ...

still prefer natural sugar from the real things such as papaya,pumpkin,sweet potato,corn.....not gabungan bahan2 yg sy x biasa dengar dan baca,,sure namanya sukrosa ,corn syrup begitu..still it's not the real thing... it's sound chemical to me...we can give sugar from the ORIGINAL sugar..not something made up in a LABORATORY...that's how i think... kenapa zaman nenek kita tak ada susu pun,berkhasiat juga pemakanan bayi..they used real things to feed their children...saya berkeras juga dengan gula asli dari tumbuhan asli juga.. 

khasiat lemak susu lebih penting untuk anak berbanding gula tambahan..gula tambahan lebih baik diperolehi dari buah-buahan... nanti masalah obesiti pulak if extra gula dari susu...if me lah..better natural sugar

susu anmum..baru sy tukar...dulu enfagrow but too sweet..so i switch lah.. 
susu anmum really taste like susu not vanilla flavouring or honey..


nota : FENINN ...

Monday, May 30, 2011

Derma Bukan Tontonan

Asssalamualaikum ....

tak ada angin tak ada ribut ... tiba-tiba je encik suami suruh search 'derma bukan tontonan' ... ingatkan berita kat surat khabar .. tapi rupa-rupanya nie hah...


Tangan kanan memberi
Sorokkan tangan kiri
Derma bukan tontonan
Lakukan dalam sepi
Sematkanlah keikhlasan
Huraikanlah kebuntuan

Kerana sesuatu
Suratan kehidupan
Mengharap dan dipinta bantuan

Harta bukan milikmu
Untukmu hanya rezeki
Terkurang himpun lagi
Terlebih memberilah
Begitu lebih kurangnya
Sedikit tulisan janji


laa..lagu Herman Tino rupanya .. mr.tmfs kata lagu best..dalam maksudnya.. sekarang nie kalau kita tengok kalau nak bg sumbangan siap buat press conference ... time nak hulur cek bukan main lama salam..takut wartawan tak sempat snap gambar..biar terpampang daalam surat khabar..biar semua orang tahu yg dia dah bg sumbangan..


*teringat cerita Keranamu Laila *


nota kaki : yang penting niat ....





Jawapan Teka Teki

pagi td yaya berteka teki kat entry  nie.. thanks pada yang sudi bg komen ...


yaya mintak bg tau nama bunga nie..ramai jugak yg tak tahu kan ... hihi..terer betul CIK DAH dgn SUNAH ... yess! jawapannya adalah KEMUNTING CINA.

sedikit info tentang kemunting cina or perwinkle nie :

juga dikenali dgn nama Pokok Bunga Tapak Dara atau Pokok Rumput Jalang, Pokok Kembang Sari Cina atau Pokok Ros Pantai. *banyak pulak nama pokok nie..

Periwinkle, Cape Periwinkel, Madagascar Periwinkle, Pose Periwinkle
Botanical Name : Catharanthus roseus L.
Family : Apocynaceae

Berasal dari Madagascar dan mula dikenali di Eropah pada pertengahan kurun ke-18. tergolong sbg tumbuhan renek dan ditanam sebagai pokok hiasan. mempunyai ketiggian sehingga 60 cm dan daun berwarna hijau tua berukuran 2 - 4 cm dan berbulu disisi. daunnya juga tersusun secara bertentangan. Kemunting cina boleh dijumapai dalam warna putih, biru, merah jambu dan juga ungu.

Di Eropah : tumbuhan nie dijadikah teh untuk merawat diabetes dan tekanan darah tinggi
Di India : Latex dari daun digunakan sebagai ubat jika disengat tebuan
Di Hawai : tumbuhan ini direbus untuk dan kemudia dijadikan pendemah untuk menghentikan pendarahan
Di China : digunakan sebagai astrigen (ubat utk mengecutkan tisu kulit) , diuretik  dan penawar kepada batuk
Di Central and South America : dijadikan penawar tradisional dlm merawat batuk dan sesak nafas, bengkak atau radang dan luka dalam kerongkong
Di Caribbean : Ekstrak dari bunga dijadikan losyen mata untuk merawat iritasi dan sakit mata

1950-an, penyelidik dari barat menemui alkaloid  - 70 in all at last count (alkaloid - sejenis sebation organik yg mengandungi oksigen) pada teh kementing cina di Jamaica. Ianya boleh digunakan utk rawat diabetes, tekanan darah rendah, menghentikan pendarahan dan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan boleh bertindak sebagai 'powerful tranquilizers' (maaf..x reti nak translate ..kiki..)

Waalau bagaimanapun...penggunaan alkaloid dlm tumbuhan ini boleh memberikan kesan sampingan yg teruk seperti rasa loya atau mual dan juga masalah rambut gugur..kesan keracunan yang lain adalah neuropati,kehilangan refleks tendon, berhalusinasi, koma, sawan dan kematian... jadi mestilah digunakan di bawah pengawasan dotor ... * bahaya la pulak....huhu...


 
sekian.....



nota : bersungguh-sungguh translate dari Healing Herbs of Malaysia ....






 

Bunga Apa Nie ? Jom Teka

jom main teka - teki .. sebab yaya sendiri pun tak tau nama apa bunga nie ... tapi tu td la..sekarang dah tau dah..tanya kat makcik aka tealady kat office nie ...

cuba teka apa nama bunga nie ???



cantik kan...bunga nie yaya snap kat laman ofis ..laman ofis dah macam laman rumah..macam-macam bunga ada...kenanga, orkid,melur,mawar,ros,tikam seladang, water lily dan macam-macam lagi la .. pokok misai kucing, anggur, mangga, nangka pun ada .. kalau makcik tealady tu nak buat cekodok masak kat pantry just petik je daun kucai or daun bawang kat laman ..

tapi yaya nak ajak korang teka nama bunga kat atas tu ... tak de hadiah ye..just suka-suka je ....^____^





Sunday, May 29, 2011

Gula Tambahan Dalam Susu Anak - Pendapat Di Perlukan

Assalamualaikum ...

pening betul la .. mengenai gula tambahan dlm susu tepung anak...jenama X cakap macam nie.. jenama Y dakwa macam tu .. jenama Z kata dia yang terbaik ..kita sebagai ibu nie kalau boleh nak bg yang terbaik untuk anak ..

terbuka website Dutch lady .. tu pun keyword mencari 'iklan dutch lady 2011'..sebab anak yaya suka sangat tengok iklan tu ... pantang nampak perkataan Dutch Lady , pasti akan nyanyi MA MA MA ... hihi ...

nie yaya nak share ape yang yaya jumpa kat website dutch lady ...



Saya bimbang tentang tahap gula dalam Susu Untuk Membesar anak saya


1. Saya tidak tahu bahawa Susu Untuk Membesar perlu memiliki gula. Mengapa?

Pertama sekali, kita perlu memahami bahawa kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan sumber tenaga untuk membantu mereka membesar. Sumber utama tenaga adalah karbohidrat dan lemak. Karbohidrat sangat penting, kerana ia merupakan sumber utama tenaga yang diperlukan untuk pertumbuhan yang baik dan perkembangan tubuh dan otak, terutama untuk pertumbuhan kanak-kanak.

Gula adalah jenis karbohidrat. Susu yang merupakan produk alami dengan sendirinya mengandungi gula yang dikenali sebagai laktosa. Gula (laktosa) inilah dalam susu yang membantu anak anda untuk membesar. Oleh itu, semua Susu Untuk Membesar akan mengandungi beberapa bentuk gula .



2. Beritahu saya tentang gula dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady.

Di Dutch Lady Malaysia, kami telah membangunkan formula seimbang yang optimum untuk pertumbuhan kanak-kanak di Malaysia. Semua produk susu Susu Untuk Membesar Dutch Lady mematuhi sepenuhnya piawaian dalam deraf Susu Tepung Diformulasi untuk Kanak-kanak Malaysia, Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 2005 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2003 yang disyorkan.

Ada dua jenis gula yang paling sering ditemui dalam tepung Susu Untuk Membesar pertama, gula alami dalam susu yang disebut laktosa. Kedua, gula tambahan dari gula tumbuhan semulajadi.


Susu Untuk Membesar Dutch Lady mengandungi kombinasi laktosa dan tambahan gula tumbuh-tumbuhan. Ini kerana, di Dutch Lady Malaysia kami selalu berusaha untuk membangunkan produk-produk Susu Untuk Membesar yang dapat membantu menyambung jurang nutrisi kanak-kanak. Dengan memberikan Susu Untuk Membesar yang optimum dan berkhasiat seimbang digabungkan dengan makanan sehari-hari yang sihat, ini akan membantu anak anda untuk mencapai diet nutrisi seimbang yang penting untuk mereka membesar


3. Jadi, mengapa Dutch Lady perlu memiliki 'gula tambahan' dalam tepung Susu Untuk Membesar ?

Susu Untuk Membesar Dutch Lady adalah direka secara nutrisi menggunakan kombinasi gula alami dalam susu iaitu laktosa dan juga ditambah gula tumbuhan alami supaya nisbah semulajadi laktosa dalam susu dapat dikekalkan. Berdasarkan kajian bertahun-tahun, kami dapati bahawa adalah penting untuk Susu Untuk Membesar kami dirumuskan secara optimum. Penyelidikan kami mendedahkan bahawa produk-produk yang tidak dirumuskan secara optimum, contohnya dengan laktosa tinggi tidak dapat diterima oleh kanak-kanak Malaysia. Sebilangan kanak-kanak yang mengambil susu laktosa tinggi boleh mendapat komplikasi seperti cirit-birit, kembung (kerana terlalu banyak angin/gas) kesan dari ketidakmampuan tubuh mereka untuk memetabolikkan laktosa berlebihan.


4. Saya prihatin tentang kadar pengambilan gula anak saya dari tepung Susu Untuk Membesar. Bagaimana kadar gula dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady berbanding dengan jenama lain yang mendakwa 'tiada gula’tambahan?

Susu Untuk Membesar Dutch Lady mempunyai antara 15% hingga 32% kurang jumlah gula (pada setiap 100g susu tepung) berbanding jenama yang mendakwa 'tiada gula tambahan’. Bahkan, kadar gula dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady adalah mengikut Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 2005, serta dalam Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2003 yang disyorkan.

Lactosa dan ‘gula tambahan’ dalam bentuk alami dari gula tumbuh-tumbuhan, semuanya adalah gula.

Jumlah gula dalam produk Susu Untuk Membesar Dutch Lady adalah lebihkurang 15% hingga 32% kurang (tiap 100gm susu tepung) dari jenama lain yang mengakui bahawa mereka ‘tiada gula tambahan’.



5. Saya membaca bahawa beberapa jenama yang mendakwa bahawa mereka 'tidak mempunyai ‘gula tambahan’ mengatakan bahawa jenama lain seperti Dutch Lady mempunyai banyak ' gula tambahan ' di dalam Susu Untuk Membesar mereka dan ini tidak sihat untuk anak saya. Adakah ini benar?

Jenama Susu Untuk Membesar yang mengaku bahawa “tidak ada gula tambahan” hanya berbicara tentang ‘gula tambahan’ (yang kami jelaskan ianya adalah gula tumbuh-tumbuhan). Namun, mereka tidak berbicara tentang kadar jumlah gula keseluruhan dalam susu mereka. Ibubapa harus melihat pada kadar jumlah gula dalam Susu Untuk Membesar anak mereka.

Jumlah gula merangkumi kedua-duanya, gula alami dalam susu iaitu laktosa dan gula tumbuhan alami yang ditambah. Walaupun produk Susu Untuk Membesar Dutch Lady telah menambah gula tumbuhan alami di dalam Susu Untuk Membesar kami, tepung Susu Untuk Membesar kami memiliki jumlah kadar gula yang jauh lebih rendah berbanding dengan jenama yang mendakwa bahawa mereka 'tidak menambah.


6. Adakah anak saya mendapat terlalu banyak gula dari Susu Untuk Membesar Dutch Lady?

Yakinlah bahawa anak anda tidak mendapat terlalu banyak gula dari Susu Untuk Membesar Dutch Lady kerana semua produk Susu Untuk Membesar kami dibuat mematuhi sepenuhnya piawaian dalam deraf Susu Tepung Formula untuk kanak-kanak, Malaysia RNI 2005 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO ) 2003 yang disyorkan.


7. Dalam hal pengambilan gula, apa yang saya harus benar-benar prihatin?

Kami memahami bahawa ibu bapa bimbang tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan dalam diet anak anda yang boleh menyebabkan kerosakan gigi, obesiti dan diabetes.

Jika anda bimbang tentang hal ini, selain memastikan bahawa anak anda meminimumkan pengambilan makanan tinggi kadar gula atau makanan ringan seperti coklat yang sesekali diambil, anda juga akan perlu melihat tahap jumlah gula pada Susu Untuk Membesar anak anda dan tidak tahap gula tambahan.

Tidak ada perbezaan dalam nilai kalori antara laktosa dan gula alami tambahan lain.


8. Saya temui di laman sesawang di Malaysia yang menyediakan model untuk mengira gula dengan melihat pada kadar Karbohidrat dari Susu Untuk Membesar dalam maklumat nutrisi. Ketika saya memasukkan kandungan karbohidrat dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady, produk anda mempunyai 7 hingga 10 sudu teh gula tambahan. Tolong jelaskan.

Kami tidak bebas/boleh menjelaskan bagaimana laman sesawang tersebut membuat kiraan mereka. Kami percaya bahawa secara fakta mungkin kaedah pengiraan tersebut mengelirukan pihak pengguna.

Cuma yang kami ingin jelaskan di sini bahawa dari segi kadar jumlah gula, Susu Untuk Membesar Dutch Lady memiliki antara 15% hingga 32% kurang jumlah gula (pada 100g serbuk susu) berbanding jenama yang mendakwa 'tiada gula tambahan’.


9. Adakah Dutch Lady merancang untuk mengurangkan gula tambahan dalam produk Susu Untuk Membesar?

Kami yakin bahawa gula tambahan semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dalam Susu Untuk Membesar kami diperlukan untuk memastikan formulasi seimbang yang optimum supaya ia memberikan karbohidrat secukupnya (sumber tenaga) untuk anak yang sedang membesar. Tahap jumlah gula dalam Susu Untuk Membesar kami tidak berlebihan. Ianya juga dalam Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 2005 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2003 disyorkan.
 


Nota : Wafiq sekarang guna Anmum ... ada cadangan susu apa yg baik ???









Saturday, May 28, 2011

Agaknya Korang Nak Ambil Tak Dia Kerja ?

Assalamualaikum ...

macam-macam hal .. entah sengaja entah tidak .. rasa macam tak sengaja .. sebab kalau sengaja sah-sah orang tak akan ambil dia kerja  .. tak kan la dia nak buat kerja bodoh macam tu kan ? ... masa depan dia tu ...



tengok betul-betul pic atas tu ...korang perasan tak apa yang tak kena ...

hantar resume tapi tak de setem ! bukan sekali kena macam nie..tapi dah banyak kali .. penerima pulak yang kena bayar denda .. denda adalah seganda dari harga setem..macam atas tu kenda denda RM 1.60 ... kita org ingatkan surat penting ke apa..kalau tak ambil surat tu ka lain pulak ceritanya ...

tapi memang lansung tak de kesan lekat setem ...office mate yaya pun call la kat org yang hantar resume tu .. cakap baik-baik ngan dia..tanya nape hantar resume tak letak setem..dia cakap dah letak dah...entah la..mungkin tertanggal ....


moral : kena lekat setem guna gam UHU... jangan pakai air liur ...kihkih ...^____^







Giveaway: Siapa nak ole-ole dari Sabah dan Labuan


Assalamuaalaikum ...

Yaya di tag oleh Norwidadi untuk join GA Zahidah Wahid

Yaya nak tag : 

umie mia
mummy rozie
umie eryna


Wafiq Suka Dapat Buaian

Assalamualaikum ... 

sebelum nie yaya ade terpikir nak beli buaian nak letak kat laman rumah .. tapi sampai ke sudah tak terbeli ... ye la tengok harga pun boleh tahan ..tu yg asyik duk berfikir je tu ..haha  ..Wafiq pulak dah pandai cakap nak main buai ..ada satu hari tu dia tarik tangan yaya sampai pintu depan..yaya tanya nak pergi mana ..Wafiq jawab ..

'bu..jom..buai kok kek'...

bila ditanya nak main kat mana .. boleh pulak Wafiq jawab ...

'pata' ( pantai )

eh..korang tau tak buai kok kek tu ape..ala..buaian kat taman permainan tu .. kok kek tu pulak bahasa terengganu ..maksudnya yaya tak tau..haha..sebab perkataan nie ada dalam lagu tradisonal kanak-kanak trg..masa Wafiq kecik yaya selalu nyayikan lagu tu utk dia..tu yg melekat perkataan tu dalam otak dia ..lagu asal macam nie ..

ayun buai kok kek
kok kek hulu golok
hok dia lokek
hok Wafiq dia nok

*hok (kepunyaan) , lokek (kedekut)

al-kisahnya .... dengan yaya yang berfikir nak beli buaian sampai ke sudah .. Aki Wafiq dah siapkan satu buaian tradisional untuk Wafiq.. mula-mula tu Aki nak letak kat dahan pokok mempelam..tp tak jd..banyak pulak kerengga ..last-last gantung kat bawah rumah ...

 rasmi buaian pada pagi khamis...bangun tidur terus main...

Wafiq suka sangat nie ...

nampak macho .... ^___^

berdua dgn tok ma atas buai ...



nota : tak yah beli la kan buaian moden ... jimat duit ....^_____^














Minuman Rasmi Taman Tamadun Islam Haram ???

Assalamualaikum ...

Yaya pun tak pasti BIR ARAB ape yang dimaksudkan..bila dah dicheck baru tahu beralkohol ...kalau betul BIR BERJENAMA ISTAK.. itu adalah minuman rasmi kat taman tamadun islam terengganu nie..tapi alhamdulillah sebab selama nie yaya tak pernah terbeli air tu ..yang dalam botol kecik tu pun dah dekat RM5.. suami yaya cakap kalau air yang tak de alkohol harga nya standard..macam haga air 100+ , revive..kan harga minuman tu lebih kurang je..size botol pun lebih kurang ..tapi yg nie mahal kemain..suami cakap mesti ada alkohol..kalau tak air tu tak jadi mahal..

adakah betul BIR ARAB ini yang dikatakan beralkohol ???






JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.


sumber : harian metro 

Wafiq Sangat Alert Dengan Perkataan DUTCH LADY

Assalamualaikum ...


tengok TV tak?? ..ntah ape2 je soalan..hihi..kalau tengok TV mesti tau iklan Dutch Lady yg sebut MA MA MA tu..alaaa..yang budak kecik tu muka macam Baim Wong tu ..



kalau gi pasar raya n Wafiq ternampak susu-susu yang kat atas tu mula lah dia start nyanyi MA MA MA ... tak payah tunggu yang dalam plastik cam iklan kat TV tu.. padahal dia tak pernah minum pun susu Dutch Lady nie ...

ade billboard tepek iklan Dutch Lady ..setiap kali lalu jalan tu apa lagi suka kemain dia menyanyi .. kalau tengok iklan tu kat TV lagi la..jangan dipanggil la...tak de nye dia nak menyahut.. macam kena gam kaki tu .. habis iklan baru bergerak .. haha ..


video


cuba tengok iklan tu betu-betul ... budak tu ada iras Baim Wong tak ? tak kan tak kenal Baim Wong ..hero dalam cerita Soleha tu..ade 2 3 iklan jugak ade muka budak tu ..tapi tak ingat la iklan ape ...


nota : kuatkan pengaruh iklan ... huhu ..


Thursday, May 26, 2011

Mat Rempit Terengganu Patut Sahut Cabaran


Asssalamualaikum ...

Mat Rempit aka Samseng Jalanan *diluluskan tak istilah nie?* kalau hujung minggu memang dasyat situasi kat bandar Kuala Terengganu nie..lebih 300 buah motor berkonvoi ntah ape-ape .. nie keadaan siang hari...dekat waktu maghrib...malam hari tak tau la...jalan raya dorang yang punya .. yaya rasa sah-sah dorang semua nie kena sumpah seranah dgn orang ramai.. mana taknya... jalan jd jem teruk ... laluan trafik dorang yang control ..*mana polis??* paling hebat kalau diperhatikan dorang hp sentiasa dalam genggaman.. agaknya dorang sentiasa SMS bg info antara satu sama lain..mungkin info tentang lokasi polis ....

*ehsan google ...


nie Yaya nak share surat pembaca dlm Berita Harian pasal mat rempit nie ...

Di Terengganu mat rempit diminta mendaftar sebagai pelumba motosikal secara profesional. Kerajaan negeri akan membiayai yuran pendaftaran, kos latihan, pakaian, peralatan, lesen perlumbaan dan insuran.

Ini sudah cukup bagus, semuanya akan ditanggung. Justeru, mat rempit perlu menyahut cabaran ini. Buktikan kehebatan berlumba motosikal secara sah dan bukan secara haram.
Tawaran menjadi pelumba profesional ini mungkin didorong semangat mahu melihat kegiatan lumba haram dapat dikurangkan selepas pelbagai usaha termasuk kempen dan operasi dilaksanakan tidak menampakkan keberkesanan.

Cuma yang belum dilaksanakan ialah undang-undang memperuntukkan hukuman lebih berat agar wujud rasa gerun dan insaf. Dalam operasi selama ini pelumba haram yang ditahan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Perlukah kita menggubal undang-undang antilumba haram yang memperuntukkan hukuman lebih keras seperti denda yang tinggi, penjara, merampas motosikal dan menahan lesen memandu?

Cadangan ini mungkin kurang disenangi pihak tertentu khususnya yang memperjuangkan hak asasi dan kebebasan individu. Ada pihak mengatakan undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

Persoalannya pendekatan pendidikan dan kempen kesedaran yang bagaimanakah lagi perlu dilakukan untuk membentuk kesedaran?

Adakah kita hanya meneruskan kempen dan operasi seperti biasa dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan akibatnya lumba haram menjadi fenomena lumrah di negara kita? 


nota di kaki : baik punya cadangan..semua free ..nanti wujud ler lambakan pelumba professional ...^___^







segmen mencari 100 blog list utk dilawati

Assalamualaikum ...

join segmen nak tambah kenalan ...



berminat nak join ???








Wednesday, May 25, 2011

Segmen #1 InspireBunny: Siapa Idola Anda?


Assalamualaikum....


TQ Cik Bunny ..sudi ajak yaya join segmen beliau ...




Siapa Idola Anda

Puan Rohani Binti Abas ... emak yaya ...



Nyatakan Sebab-Sebab Individu Yang Di Pilih Sebagai Idola

Sebab emak yaya begitu kuat! kuat fizikal dan kuat semangat .. tabah mendidik kami enam beradik yang pelbagai kerenah nie..tak pernah marah-marah ... penyokong kuat yaya dalam segala segi ... emak sentiasa berdoa selepas solat memohon kesejahtereaan yaya dan adik beradik .. *orang lain tak mungkin akan mendoakan kebaikan kita setiap masa*


multi-tasking person ..sebab tu yaya kagumi dia..pandai menjahit..pandai memasak...ajar yaya buat kek dan kuih..pandai mangait ...pandai potong rambut..sebut je nak gaya apa..emak akan usahakan....potong rumput,tebas lalang semua mak buat...walaupun emak masih bekerja tapi bayangkan masih buat semua kerja rumah .. sebab tu yaya kata kuat fizikal..tak pernah kenal erti penat..


jarang sekali emak mintak tolong anak-anak..terutama sekali kalau tahun peperiksaan..emak tak kan mintak tolong ampai kain..tak kan mintak tolong cuci pinggan..betapa pengorbanan seorang ibu semata-mata tak nak ganggu anak belajar ..tapi kita sebagai anak pandai-pandai la kan....


paling best ... bila result exam yaya tak memuaskan .. mak yaya tak pernah marah..langsung tak .. cuma dia kata 'mak tahu anak mak dah berusaha..nak buat macam mana..belajar betul-betul..jawab soalan jgn cuai..jgn gopoh' sedih tak korang kalau mak jawab mcm tu .. emak percaya 100% kita belajar ..padahal kita belajar+verangannn..hadap buku dgn pandangan kosong...huhu


kalau nak senaraikan semua sebab yaya rasa terlalu banyak... bg yaya emaklah idola yaya..very superwoman! mengajar yaya erti hidup yang sebenar ....







Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

Disebabkan yaya baru jer guna header nie..ada bagusnya jugak kan kalau join segmen SSS nie... ok jugak tengok blogger lain komen ape ....



header SSS


header yaya


header nie yaya buat sendiri dgn bersusah payahnya...haha..sebab yaya bukan pandai bab-bab gini..adik-adik pun malas dah nak mengajar ..last-last yaya cari tutorial cara buat header transparent ... feel dia rasa cam budak 5 tahun baru nak belajar membaca... susah sungguh..haha...





Jom Join My Bloglist

~closed~

sebelum nie tak pernah offer lagi sape-sape nak duk kat bloglist blog yaya nie.. ape yang ade sekarang kat bloglist tu adalah adalah blog-blog kegemaran yaya ...

tapi sekarang yaya ingat nak tambah kategori ...

ok .. tanpa berlengah .. kepada semua follower * follower sahaja yer...* ..

kalau rasa nk duk dalam blog list yaya kat sidebar tu ...

cuma buat satu entri ringkas bertajuk 'Nak Join Bloglist Yaya Azura' dan nyatakan sama ada korang nak jadi :

a) Abang Wafiq
b) Kakak Wafiq

kategori yang sedia ada di sidebar akan dikekalkan  mungkin ahli kabinet je akan ada perubahan .. tapi kalau korang rasa nak join kategori c) Jom Masak or d) Jom Terjah sila maklumkan ...

tak perlu tepek banner ...

tak perlu tag sesiapa ... tapi kalau korang berdegil jugak nak buat cam mana kan.. haha!

cuma nyatakan nak join a , b , c atau d ...

pastu ... tinggalkan URL entri korang kat entri nie ...

tarikh tutup : bila yaya rasa dah cukup yaya tutup lah ..


update : kategori jom masak dah dibubarkan.. yaya combine kan sekali dgn jom terjah ... so ade 3 kategori je ye ..


nota di kaki : nanti bila dah berada dalam list sentiasa la update blog supaya sentiasa berada di atas .. sebab yaya akan show only five new entries sahaja .. 

Tuesday, May 24, 2011

Terkejut


Assalamualaikum ...


semalam..dah agak lewat..yaya tergerak hati nak bukak FB..terkejut tengok post seorang kawan masa sekolah menengah ..ramai ucap takziah kepada seorang kawan yg jufa classmate masa sekolah dulu .. tapi tak sorang pun cakap takziah utk ape..yaya pun reply la comment tanya sebab apa..sebab dah seminggu jugak rasanya tak bukak FB personal tu..

tapi tak sorang pun reply..mungkin dah lewat malam dan mereka semua dah tido agaknya ..tak keruan semalam yaya..susah jugak nak tidur .. ucapan takziah adalah untuk musibah .. musibah apa yg menimpa kawan yaya tu..pagi nie sampai ofis terus yaya call seorang kawan yg lain..juga classmate..then baru tau cerita sebenar..

rupanya suami kawan yaya tu meninggal dunia semalam..kemalangan di hadapan pasar borong selayang...meninggal di tempat kejadian ..waktu tu mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja ..

namun..apa yang lebih pilu mereka baru je kahwin bulan 10 tahun lepas..dan kawan yaya tu sedang hamil 3 bulan .. Ya Allah tak tertanggung rasanya mendengar .. yang memikul rasa apatah lagi ...

semoga kawan yaya nie redha dgn kejadian yg tak terduga nie dan semoga tabah menghadapi hari mendatang....


rupanya ada blog yang dah buat entri..siap gambar di kawasan kejadian ..baru yaya tahu detail tentang kemalangan tu ... sakit rasanya hati nie bila tahu cerita sebenar ....

klik link di bawah nie kalau nak tahu pasal kemalangan tu ...









Monday, May 23, 2011

Me Dah Ke Size L

Assalamualaikum ...


Entry ringkas sebelum lunch ..

yaya dah ke size L.. M muat lagi..tapi L rasa selesa ..S jangan dikenang ..huhu..

eh..korang faham tak ??

kalau tak faham.. print screen dr FB nie akan membuatkan korang paham ...

owh owh owh ... sungguh makan dalam ayat tersurat langsung tak tersirat ini ... haha  ^ ____ ^

memang berat badan yaya dah bertambah.. agaknya dah samapi 55KG belom ? ntah la..last timbang 53 KG..

mmg cuba untuk kurangkan makan .. dah pakai Premium Beatuful pon.. tapi nak buat macam mana selera makan daku tak pernah luntur!

meh tengok sikit Yaya Azura .. pic 2 minggu lepas ...

*muka yg tulus suci tanpa sebarang make up ...


mmg sah-sah gemokkss... tapi tak gemuk sangat pun kan..*ayat penyedap hati

mungkin sebab dulu terlampau kurus jadi bila berisi sikit orang akan cepat perasan.. huhu .... harap PB dapat membantu ...tapi persoalannya mampukah PB melawan nafsu makan daku ??? ^___^



nota di kaki : LIN .. ko tak nak kata ape-ape ke tengok perubahan kawan ko nie ...haha!















Ingatkan Coding Mesra Pengguna


Assalamualaikum..



sebelum tu  nak tanya..cantik tak header ? biar pun korang kate tak lawa..biasa-biasa je or mungkin ade ckp cantiknya !!! * Tq* haha .. itu je yg termampu yaya buat ... yaya teringin nak header transparent..sbuat header pun guna tutorial..terima kasih pada bloger-bloger yang suka buat bermacam-macam tutorial..mmg membantu! nak buat header tu yaya guna GIMP, paint, word, macam-macam la..haha..org tak pandai macam nie la..

kembali pada topik..

adasesape perasan tak blog nie dah tukar template ??? * sape la nak perasaan*. template yg lama tu  kalau nak tukar ape-ape mmg susah...coidng dia lain dari yang lain ..jenuh cari tutorial tp bila Ctrl+F word yg yaya nak tu mmg sampai sudah tak akan jumpa..pastu kalau nak edit jugak main agak-agak je.. try n error..

disebabkan tension dgn masalah itu .. maka..

terjadilah template yang sekarang ini...template blogspot tapi background saja yaya kekalkan yang lama.. suka sangat dgn green stripes nie...comel la bg yaya..haha ^___^

tapi....ingatkan bila pakai yang nie coding dia mesra la dengan yaya..tp lain pulak jdnya ..

tengok header tu ...

eh..bukan header..tapi atas header..iklan nuffy tu ...

susah bebenor nak masukkan iklan kat leaderboard .. dah try n error segala tutorial.. tapi tetap iklan tu melekat kat atas navigation bar... tak ke tak comel jdnya ??? huhu ...macam cacat je kan... hihi ...

macam mana nak buat biar duk bawah navigation bar tu??? perlu ke yaya 'hide' kan saja navigation bar tu ???

ada sesiapa sudi tolong ..pening betul la ...help !!!!








Sunday, May 22, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

join segmen lagi ..dari tak post ape-ape baik join segmen kan..hihi ..kali nie segmen anjuran abg teror ...


nak join klik banner or sini : http://abgteror.blogspot.com/2011/05/segmen-bloglist-abgteror-tanah-tumpah.html#more

tiba masa menjawab soalan ..

1. Dimana anda dilahirkan?
    Kuala Terengganu

2. Dimana anda dibesarkan?
    Kuala Terengganu

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
    Terengganu Darul Iman

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
    Sbb jawapan utk soalan 1 , 2 dan 3 adalah sama .. hihi .. kad pengenalan no tengah adalah -11- .. jadi semestinya yaya pilih Terengganu Darul Iman!
    
 
 
 
 

bloglist solomolo - kini dibuka...


guna nick name ' solomolo ' ... mmg senang nk ingat .. bila dah ingat nama dia semestinya akan ingat blog solo molo yang serba hitam tu .. dgn header muka separuh .. mmg kreatif la solomolo create identiti ...


semestinya kak yaya memilih kategori cik puan solonotssinglemolo





Kuliah Maghrib: "INDAHNYA ISLAM" (Perbandingan Agama)

Assalamualaikum, anda semua dijemput hadir ke:
Kuliah Maghrib:
"INDAHNYA ISLAM" (Perbandingan Agama)


Tarikh:
 27-5-2011 / JUMAAT


Penceramah:
LIM JOI SOON
 (Penasihat PERKIM Ampang &
Bekas penganut Buddha & Kristian Evangelikal Protestan)


Tempat / Penganjur:
Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam

TERBUKA KEPADA SEMUA MUSLIMS & JUGA NON-MUSLIMS!!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi;
Ustaz Hassan Basri: 017-8773359
Ustaz Ridhuan: 013-7964436

Sama-samalah kita kongsi maklumat program bermanfaat ini kepada semua.
 Terima kasih.


p/s : jom war-warkan .. mana yang duk kat area kuala terengganu boleh la pergi ye ...









Saturday, May 21, 2011

Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!



Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga.icon razz Segmen Khas ar rifke | Jom Review Blog Bersama Aried! 

mudah bukan...copy paste je ...

sapa nak join klik S I N I :-) 





Friday, May 20, 2011

Sweetnya Lelaki Ni Lamar Girlfriend Dia

video


 lelaki bujang kat luar sana ? berani tiru cara nie ????

Jom Join My Bloglist - update

~closed ~

utk makluman ..

bg mereka yg dah join bloglist yaya .. yaya dah update senarai mereka semua kat bloglist di sidebar nie..boleh tengok situ ..
bloglist nie masih lagi terbuka kepada sesiapa yang belum join... nanti kalau ade penambahan yaya just add to list je ..

terima kasih pada mereka yg sudi join..kebanyakannya follower baru .. mereka yang dah lama follow yaya nie tak sudi nak join ke ?...hihi ... ^____^


nota kaki : sedang layan NIKITA kat you tube ... tak sempat nak tengok kat TV ...

Thursday, May 19, 2011

SEGMEN: Keluargaku Keluarga Bahagia


tadi KIC join bloglist yaya .. bila bertandang ke blog KIC ternampak segmen nie..

nak join ???


cuma jawab soalan nie..

          a) ceritakan serba sedikit tentang keluarga anda (terpulang nak letak gambar keluarga atau tak)
          b) keluarga impian anda yang macam mana?
          c) panggilan manja anda dirumah?
          d) apa yang anda rasa anda patut buat untuk bahagiakan kedua ibu bapa anda?

tarikh tutup : 22/5/2011 jam 11.59PM

haahh nie yaya nak menjawab pulak ...

a) tentang keluarga .. kisah tentang keluarga macam mana ye.. yaya adeseorang emak yg pandai masak dan teramat rajin serta pandai menjahit tapi kelebihannya tu tak tak de pada yaya ..kehilangan ayah 10 bulan yg lalu dan ade 6 orng adik beradik..yaya yang sulung...3L dan 3P ... selang bunga pulak tu...sekarang bila punya keluarga sendiri..ada suami yang penyayang dan pemalu..*hikhik.. serta seorang anak teruna yang dlm prosess to wean off ...

b) semestinya keluarga bahagia ... ada sepasang anak dah cukup..ade rezeki lebih yaya terima ..

c) panggilan manja ? yaya.. dan kadang-kadang jadi single 'ya'.. hihi.. kalau adik adik of corse la tambah 'kakak' kan ...

d) ikut sahaja kehendak mereka .. hihi .. kehendak mereka tak kan memudaratkan diri anda.. ibu bapa mana tak sayang anak kan ...




CMG Tiffin Biru Di Era FM

yeah.. dapat jugak dengar suara CMG .. halus gitu suaranya..hikhik...ingat cam suara garau+garang...gurau-gurau je cik mat...

suara cik mat berkumandang kat era fm sempena nak promote contest Digi WWWOW Awards kategori "Top Makan2 Expert".

nama sebenar Adnan Bin Ibrahim... *yaya baru tau nie.. biasa panggil CMG je ... hihi

bg yaya blog CMG mmg best..bak kata CMG tadi resepi khas utk ibu bekerja..simple-simple je resepi...

tapi mmg betul la cik mat...blog cik mat mmg mesra pengguna ...

korang ape lagi..kalau suka cik mat...cepat2 vote cik mat kita nie..sekarang cik mat di ranking ke-2...jom ke blog   http://www.tiffinbiru.com/


p/s : suka bila CMG kata 'saya nie biasa-biasa je'....sempat lagi cik mat promote Ben Ashaari ..^___^

Wednesday, May 18, 2011

Ibu - Ibu Sekelian..Ada Petua Tak Nak Ceraikan Susu ???

Wafiq dah 1 tahun 10 bulan.. jadi yaya plan nak slow-slow la nak ceraikan susu badan .. sekarang nie pun yaya dah campur susu..tapi dah tabiat dia even dah minum susu dalam botol pun nak jugak susu badan...

kalau malam tu rasa macam berjam-jam dia menyusu..bukan dah menyusu dah tu tapi dah lekat tabiat nak 'benda' tu dalam mulut .. dah la Wafiq nie susah nak tido..kadang-kadang yaya yang terlelap dulu...hihi..

Wafiq nie fizikal dia tinggi sikit..berat pun boleh tahan..last timbang masa inject setahun setengah dah 12kg.. malam-malam tu kalau nak menyusu siap boleh main panjat badan kita lagi..nak menyusu sambil duduk dah tak tahan..lenguh belakang..tapi mengiring lama-lama pun bangun pagi sakit pinggang nie..hihi..

tu yg yaya nak ceraikan susu tu...time menyusu tu dah jadi cam wrestling pulak rasanya..haha..tu tak cerita part menggigit ...gigi dia dah hampir penuh dah...tapi sekarang dah tak menggigit..cuma rasa ngilu gigi dia yg tajam tu je...hihi...

tapi..masalahnya ... yaya dah cuba beberapa petua tetap tak menjadi ...

letak sirap 
yaya dah letak sirap...konon nak bagi dia takut la.. tapi boleh pulak Wafiq sendiri ambil tisu dan lapkan .. fail !

sapu dengan limau nipis
yaya sapu sampai sebelah limau nipis habis.. nampak muka dia berkerut tahan masam..tapi lepas tu menyusu lagi..lepas tu yaya sapu lagi..tapi dia menyuse selamba je.. suka masam budak nie agaknya ..sampai habis sebeleh limau..last-last limau yang dah kering tu boleh dia gigit kulit dia..ape daa...
fail jugak!

nescafe pekat
yaya bancuh nescafe sampai pekat likat gitu .. tapi dia tahan je time menyusu .. cuma dia kata..' bu, pedas...'
ambik ko rasa pahit kata pedas ..hihi..tapi tak serik pun..yaya sapu lagi..tapi boleh je dia menyusu ..maintain je dia.. huhu
fail jugak!


dan semalam..yaya dah bercerita dengan dia sebelum tidur..cakap dgn dia susu ibu untuk baby.. *lom ade baby pun lagi..saje je gertak...bg tahu dia yg dia dah besar...kena minum susu dalam botol je...nampak macam dia faham,,,tengok sedih semacam je..lama dia diam..ingatkan dah tido dgn sendirinya...lama jugak dia diam..last-last panggil ibu jugak nak menyusu..huhu...

ibu-ibu sekelian ade petua lain tak ?? inform yaya ye ...untuk makluman Wafiq tak guna pacifier ...








Blogger Otai Unfollow ???

hari tu.. yaya terperasan la follower kurang seorang .. tapi tak check pun sape ... kawan yaya ade tanya tau tak sape.. tapi macam mana nak tau ye..walaupun follower yaya bukan ribu riban tapi 700+ tu berpinau jugak mata kan.. dalam otak bukan ade cip pun..hihi...bukan ada buat list khas pun nak record semua follower .. rajin betul kalau ada sesiapa buat nie..memang respect la...

then kawan yaya yang bertanya tu pulak bg tau follower dia pun dah kurang seorang .. oleh sebab dia baru berblog dan follower pun 60+ masih boleh ingat sape yg dah follow dia ... bila dia check dia bg tau yaya yg blogger yang unfollow tu adalah dot dot dot ... yang pasti blogger otai yg dikenali ramai ....

yaya rasa tak de yg tak kenal dia.. dalam sehari banyak entri dia publish..selalu tolong blogger yang baru nak merangkak..selalu bg tips .. dan dia berblog dgn cara dia sendiri...

hari nie terdetik pulak yaya nak tengok list follower ..seingat yaya .. blogger otai nie antara yang terawal jugak yang follow ..kira bawah seratus follower la .. eh.. tak de dah dia.. sah la.. mmg sifu daku telah unfollow daku ...

mungkin terlalu ramai blogger baru yang follow dia..then lepas tu blogger otai tu follow la blog kita masa tu...sebagai pembakar semangat la mungkin..of course la rasa bersemangat kan .. tak sangka dia sanggup follow kita..dan dalam dia unfollow...tp itu hak dia ...
mungkin dashboard dia dah sesak..sebab tu dia unfollow.. tak pe la...tp yaya tetap jengah blog dia setiap hari ...


nota di kaki : sentiasa mencuba untuk berfikiran positif ...








Makanan Paling Sedap Di Dunia

Bergenang air mata .... cuba korang pulak yang selami kasih seorang ibu ...


Ibu, bukan yang boleh kita biasa-biasakan dalam kehidupan kita.


Artikel ini telah lama saya tulis tetapi sengaja saya kongsikan semula untuk kita belajar menghargai insan yang terlalu banyak berjasa kepada kita. Saya juga bukanlah orang yang suka merayakan hari ibu setahun sekali kerana sepintas lalu sejarah hari ibu ini tidak ada kaitan sangat dengan Islam dan pula bagi saya, setiap hari adalah hari ibu. Namun memandangkan saat ini ramai yang berkongsi dan mencari bahan berkaitan ibu maka saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman dan perasaan saya sendiri mengenai Insan Teristimewa ini. Pengorbanan mereka untuk kita bukan untuk diingati setahun sekali sahaja tetapi dalam setiap detik waktu yang kita lalui.

Ketika saya sedang membasuh tangan di sinki tiba-tiba pandangan saya tertumpu kepada beberapa sikat pisang awak yang sedang mula masak. Ketika itu saya teringat kata-kata abang sulung saya beberapa bulan yang lepas. “Arwah mak dulu selalu goreng pisang awak yang baru-baru nak masak, selalunya mak akan belah dan goreng tanpa tepung, memang sedap” kata abang saya. Saya memang sering teringatkan pisang goreng ‘special’ yang disebutkan oleh abang saya itu, cuma saya tidak tahu bagaimana nak masakkannya. Mungkin pada masa itu saya masih kecil…hanya tahu makan saja. Tak teringat pula saya nak tanyakan resepinya pada abang-abang atau kakak saya.

Saya pun cepat-cepat basuhkan tangan saya dan terus mencapai pisau dan mula mengupas pisang awak yang masih separuh masak itu. Kebetulan minyak lebihan goreng cempedak semalam masih di dalam kuali jadi sayapun terus nyalakan api dapur. Kerjanya memang cukup mudah. Pisang awak separuh masak itu cuma perlu dibuang kulit dan dibelah dua, tak perlu bancuh tepung, goreng terus saja sampai warnanya menjadi coklat gelap.

Apabila pisang mula dimasukkan ke dalam kuali saya mula hilang sabar. Rasa terlalu lama menunggu pisang itu untuk diangkat. Apabila pisang itu siap digoreng saya pun ambil beberapa sudu gula sebagai bahan pencicah. Sayapun bawa pinggan tersebut dan letakkan disebelah computer , “boleh makan sambil buat kerja” fikir saya di dalam hati.

Apabila suapan pertama menyentuh mulut saya, saya mula terbayang wajah arwah ibu saya. Satu persatu kenangan bersamanya muncul semula hingga akhirnya saya sibuk membayangkan saat-saat saya bersamanya. Sekejap saya tersenyum sendirian, sekejap saya menangis mengenangkan insan yang cukup saya sayangi itu.
Ibu saya memang tidak sehebat saidatina Khadijah atau mungkin Nusaibah yang mengorbankan dirinya untuk Rasulullah SAW yang selalu saya sebutkan pada pelajar-pelajar saya tetapi ibu saya sehebat seorang ‘ibu’. Jiwanya penuh dengan kasih sayang dan kesabaran. Ya, kasih sayang dan kesabaran itulah modal untuk dia membesarkan kami sembilan beradik dengan kehidupan serba susah dan miskin.

Wordless Wednesday ???

Yaya rasa kalau setiap rabu time berblogwalking tu banyak jugak blog yang buat entry dengan tajuk 'Wordless Wednesday' macam sedap je sebutkan..hihi.. kena je 2 patah perkataan tu .. cuba letak hari lain selepas 'wordless' tu .. cacat je kan bunyinya ...Wordless Sunday ..oh no!..haha!

so..hari nie rabu .. korang semua wordless ke ??? 

hari nie baru 1st day keje setelah 5 hari bercuti .. mmg betul-betul dapat rehatkan badan..cuti isi borang 2 hari je punn.. nie untungnya cuti berkapit ..*berkapit ke berkepit ??kuikui ...

wordless ??? never !!! rasa semangat 1 Malaysia dan berkobar-kobar nak buat kerja ...hihi ...dan harapnya semangat nie sampai ke petang ... chaoyok!!!




Tuesday, May 17, 2011

Guna Template Paling Cikai

nie sebenarnya nak cakap pasal blog nie.. kalau korang tengok sekarang serabai sikit.. maaf le yer... yaya dah ubah segala-galanya.. template lama yg lawa tu dah hilang ... hihi .. *suka betul la main tukar-tukar ...

bukan ape..template yg lama tu guna coding segala.. sampai nak masukkan header pun tak reti ...

jadi sekarang memang tunggang langgang segalanya..ingat nak meminimakan segalanya .. nie tak tukar lagi font warna lagi .. baru asas .. nanti-nanti la yaya tukar ...

guna template yg cikai nie senang nk tukar warna ..size sidebar ke..size body ke. kalau yg dulu..lawa mmg lawa..tapi berpeluh jugak time menukar..dah org akaun..mana ler pandai bab IT nie.. hihi

p/s : jangan marah naa..nanti kena jual ...^___^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...