Wednesday, March 30, 2011

3000 Sudah Follower

TQ PRINCESS PINKY

sebab sudi jadi follower kak yaya yg ke 3000 !!!


wajah insan bertuah ... chinese look .. ke korean look ...

macam artis kan ...

tp kalau pakai tudung lagi chantekkk!

jom berkenalan / follow PRINCESS PINKY


p/s : ralat : 3000 follower bermaksud 300 follower! haha! berangan tak sudah!!!!


Tuesday, March 29, 2011

Semua Pakat Datang Keje Lambat ... huhu ...

pagi nie Yaya punch card lewat sejam..patut pukul 8.00 tapi dekat pukul 9.00 baru sampai ofis..tapi ramai je punch card pukul 10.00 .. yang belum sampai ofis pun ramai lagi..yang tak datang terus pun ada...hikhik

bunyi macam apa kena ofis Yaya nie..semua pakat mai lambat ... pekerja boikot nyah gaji tak dapat lagi....huhu ...

eh..tak de laa... hujan tersangat la lebatnya..turun tak berhenti..hingga saat nie pun hujan lagi..dari semalam lagi..ke dari ptg semalam..sebab balik keje semalam pun hujan....

jalan jem teruk...dah macam banjir je..ke dah banjir gini..almaklumlah tak pernah berdepan dgn banjir..tak tau kategori gini dah layak dipanggil banjir ke tidak ... hikhik..

tapi yang pasti ...

rumah mak yaya bahagian dapur dah masuk air ..rumah mak mertua longkang besar sebelah rumah dah tak nampak longkang..air sama paras dengan jalan ... rumah kawan yaya kalau tengok pintu depan rumah dia air dah suku pintu...ofis mate yaya call bg tau tak leh bukak pintu..kalau bukak pintu memang air terjah masuk.

dan yang paling pasti ...

pagi td yaya dah bergaya seksi..angkat kain paras lutut mengharung air..nampak 2 batang betis nie..eh mana nampak betis ..betis selamat duk dalam air..hikhik..rela mengharung air demi sampai ke ofis..kereta dah tak leh lalu...lenguh jugak redah air..nie air tenang..kalau air berombak macam mana la ye..tiba-tiba terkenang mangsa tsunami kat Jepun..huhu...

tapi walaupon hujan lebat gini...

ada jugak pekerja minta duit petrol ..ingatkan ada meeting..rupanya pergi ambil gambar tempat2 yang air naik menggila..kiranya diorang nie sedang mengenal pasti kawasan-kawasan yang ade masalah saliran gitu la..yaya nak explain pun tak reti..hikhik...syabas untuk korang semua!

 depan ofis..alhamdulillah air tak masuk sampai dalam ofis..nie pun dah tinggi dari jalan tapi air naik jugak... tapi kalau masuk pun ok jugak..tak payah keje n boleh balik rumah tido!haha!

 tepi ofis...parking meter dah separuh tenggelam...

nie pic yg sempat snap masa ond way nak ke ofis... banyak lg pemandangan yaya rasa lagi teruk dari nie cuma tak koser nak snap...sbb duk pening ngn mr. tmfs pikir jalan mana nak lalu...hikhik...


nak tengok lagi banyak gambar banjir..tengok kat blog Bie..ofismate Yaya :
http://cksabihah.blogspot.com/2011/03/kami-terdampar-disini.html

Monday, March 28, 2011

Contest Anakku Menangis Comel


 nak join klik banner or S I N I
  
 boleh letak gambar anak sendiri atau anak saudara berumur 1 hingga 4 tahun sahaja 

so Yaya nak pertaruhkan gambar anak teruna Yaya yang sorang nie ....



Nie la dia budaknya... anakku menangis comel sebab ibu tak bagi main handphone....hihi...

Nama : Tg Ahmad Wafiq Bin Tg Mohd Fadzli Safhuan

Umur : 1 Tahun 8 Bulan 1 Minggu 5 hari

Nama Ibu : Yaya Azura


Kena tag 3 org : 
dan semua pembaca blog YAYA AZURA :-)


‘’Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman’’



nak join contest darkbatman
 tu la hadiahnya ... Polo Wallet
kalau menang bolah bg kat mr hubby
sbb tengok wallet dia pun macam dah mintak ganti yang baru..hihi..

Yaya nak tag :



Flash Card Nie Dah Renyuk


hihi..saja nak inform korang..dulu-dulu kala.tatkala umur Wafiq baru beberapa bulan..Yaya buat flash card nie untuk Wafiq..flash card ade nombor dan gambar binatang...walau pon masa tu Wafiq masih belum boleh bercakap pun lagi tapi ape yang kita ajar dia tersimpan rapi dalam memori dia..sekarang bila dah boleh bercakap yaya memang perasaan setiap perkataan yang keluar dari mulut Wafiq..

binatang pertama dia sebut adalah : G A J A H

flash card no.9 adalah gambar gajah..tambahan pula gambar gajah nie hampir setiap produk baby ade gambar gajah..baju Wafiq..seluar Wafiq..kat pampers..tu yg dia boleh sebut G A J A H dulu kut...

flash card no.5..bila yaya tanya ape nie Wafiq akan jawab PAK' - PAK' ...hihi..sound of duck ikut loghat trg..hihi..tapi  bila tengok You Tube Five Little Ducks dia akan sebut Q U A C K - Q U A C K pulak..terpengaruh ngn budak2 omputih tu..tapi dia akan jawab ikut suka dia je..kdg2 P A K' - P A K' dan kdg2 Q U A C K - Q U A C K ...hihi...

flash card no.6 adalah kura-kura..masa belum boleh bercakap memang dia jadi pendengar setia..tapi sekarang Wafiq dah ada kura-kura sendiri..EPPA n EPPY ..so bila tengok flash card no.6 dia akan sebut K U R - K U R .. haha..huruf A dah hilang!  adakalanya dia akan sebut dengan panggilan nama kura- kura dia tu...

Flash card no.2 adalah singa...Wafiq masih belum boleh sebut  S I N G A dgn jayanya..dia hanya sebut N G E ...:-P..tapi kebelakangan nie dah jd lain..terpengaruh dgn iklan TV.. singa di panggil    A W E H .. ( a- womiweh a-wimoweh)

Flash card no.4 adalah harimau..bila Yaya tanya Wafiq tiger bunyi macam mana..dia akan jawab 'AUMMM'

dipendekkan entri..Wafiq dah kenal binatang-binatang kat flash card tu..dengan gaya dan pemahaman sendiri..cuma Yaya kena betulkan dari semasa ke semasa..


Sunday, March 27, 2011

Panggil Isteri Dengan Pangilan Ummi, Mama..

soalan dari insan_mis3

Assalamualaikum..

hari Sabtu baru ni saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz Dr Abd Basit. Macam terdengar yg dia mengatakan makruh memanggil isteri dengan panggilan umi, ibu, mama dsb (kalau tak silap dgr la)..

Apa dalil hadis yg mengatakan hukum ni makruh? Siapa nama sahabat yg paggil isterinya paggilan2 seumpama ini? Hadis yg jadi dalil ni riwayat siapa dan apa martabatnya?
**************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Memanggil isteri dengan panggilan seperti 'ibuku, mama" dan seumpamanya, jika dimaksudkan dengannya untuk menyamakan isteri dengan ibunya dari sudut haram bersekedudukan, maka ia dikira zihar (zihar kinayah). Tetapi dalam masyarakat Melayu, ia jarang dimaksudkan begitu.

- Kebiasaan, dalam masyarakat kita, suami memanggil isteri dengan panggilan 'mama, ibu, mak' dan seumpamanya hanya semata-mata panggilan, atau kebiasaan, atau kerana mengikut panggilan anak kepada ibu mereka.

- Memanggil isteri dengan panggilan demikian, ada pendapat yang mengatakan makruh. Kerana berdasarkan satu hadis ada seorang lelaki memanggil isterinya dengan 'Ya Ukhaiyyah' (Wahai adikku).

Lalu Rasulullah Sallallahu ALaihi Wasallam bertanya, "Adakah dia adik perempuan kamu?".

Kemudian, baginda membenci panggilan demikian dan melarangnya.

- Hadis ini direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 2212) daripada hadis Abu Tamimah Al-Hujaimiy. Ia dinilai dhaif oleh Albani.

- Syeikh Utsaimin ditanya soalan seperti ini, lalu beliau berfatwa, "Harus bagi seorang lelaki memanggil isteri dengan 'Wahai adik perempuanku' atau 'Wahai ibuku', dan perkataan-perkataan lain yang boleh menimbulkan kasih sayang. Walaupun sebahagian ulama mengatakan makruh seorang suami memanggil isteri dengan perkataan-perkatan seumpama itu, tetapi tidak ada hujah untuk mengatakan makruh. Kerana amalan-amalan adalah dengan niat-niat. Suami tersebut bermaksud untuk menimbulkan kasih sayang dan kemesraan dengan isterinya". (Fatawa Nur Ala Al-Darb).

Wallahu A'lam

kredit to :


Sew n Cut 1st Giveaway



comel kan...
nie pin cushions crochet
ada bentuk labu, manggis dan tomato
kalau tanggalkan shawl tak de la mengigau nak cucuk mana jarum-jarum tu..
boleh je cucuk kat buah-buah comel tu..

kalau korang berkenan dgn pin cushions tu boleh jenguk sini :

cepat tau..sebab esok dah tarikh tutup..hihi..


Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011 .. Korang Kisah ?



malam nie tepat jam 8.30 mlm maka bermulalah Earth Hour..earth hour nie sebenarnya satu kempen yg dijalankan oleh Tabung Alam Sedunia  WWF..hari sabtu minggu terakhir bulan mac tepat jam 8.30 maka bermulalah Earth hour...

sasaran WWF ialah bangunan pejabat dan kediaman mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama sejam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim ...

tapi ... masalahnya ....

lampu rumah rasanya takde masalah nak tutup..pc pun tak de masalah nak tutup sejam..nak jenguk blog pukul 9.30 malam terus bukak pc...hihi...tapi.. TV..TV cam ner... rumah Yaya nie kalau TV tu mampu bersuara dan menangis dah lama TV tu meraung minta ditutup..awal-awal pagi dah bukak, tengah malam belum pasti dah ade yang switch off TV tu..kalau tutup sekejap dtg yang lain bukak balik..alasannya..tadi ko tengok skang giliran aku lak..sampai kesudah jawapannya TV tu tak bertutup....

apa pun harap ada ramai blogger suport earth hour nie.. ke korang nak berblogwalking time nie ???? hihi.....


Lagi - Lagi Angel Hair

dah nak lunch..tapi belum start masak pun lagi... nie nak upload pic angel hair lemak pedas yang telah menjadi habuan sarapan yaya sekeluarga pagi tadi..1st time buat nie..tapi terlebih pedas la pulak..time letak cili padi tu dah berhati-hati..tapi terlajak pulak sukatan time letak lada hitam..ambil resepi nie dari kak nor secubit garam...yaya guna sebungkus angel hair..so bahan2 kena double semua la...jom tengok resepi dulu...

 
Bahan-Bahan :
1/2 cekak spaghetti - yaya guna sebungkus angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat - tak letak sbb xde dalam peti ais
1/4 bahagian red capsicum, dadu - guna sebiji capsicum merah
1/4 bahagian green capsicum, dadu - tak letak
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu - tak letak
1 helai bay leaf - tak letak
3 biji cii padi, hiris halus (optional) - 5 biji cili padi
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar - letak 1 sudu besar..silap baca resepi..sepatutnya sudu teh..huhu...
2 ulas bawang putih, cincang halus - letak 5 ulas
1/3 cawan susu cair IDEAL - setengah cawan kut..hikhik..
1 keping meat loaf "ayamas", didadu - letak isi ayam + udang
1/2 kiub pati ayam "Maggi" - yaya letak seketul
Sedikit air - setengah cawan kut..hihi..

CARA MEMBUATNYA :
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.
 
 ini la hasilnya .... angel hair lemak pedas yg sememangya pedas!
 
 nie pulak angel hair bolognese tekak melayu yang telah menjadi habuan sarapan yaya sekeluarga sabtu lepas.... resepi nie mintak dengan emak oneyani...
 
kalau tanya yaya mana satu lagi sedap..yaya prefer angel hair bolognese..sedapnya hingga menjilat ibu jari kaki...siyes tak tipu...kalau ada request resepi baru yaya inform korang macam mana nak buat angel hair bolognese cara emak oneyani tu..hihi..


Wednesday, March 23, 2011

A-wimoweh A-wimoweh A-wimoweh A-wimoweh

video

Lagu kegemaran Wafiq jugak nie..hihi.. banyak betul  lagu kegemaran dia...seronok tengok dia kendur lutut duk menari...

try nak ambik video Wafiq berjoget lambak time tengok video nie tapi usaha ku gagal sama sekali..dia pulak nak capai hp kat tangan Yaya ..

tapi apa maksud A-wimoweh, A-wimoweh ...hikhik ...

bahasa ape tuh ?

ade sape-sape tau ?

The Lions Sleep Tonight
Lebo M

We-de-de-de
De-de-de-de-de
De-we-um-um-a-way
We-de-de-de
De-de-de-de-de
We-um-um-a-way

A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh

In the jungle
The mighty jungle
The lion sleeps tonight
In the jungle
The quiet jungle
The lion sleeps tonight

A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh

Near the village
The peaceful village
The lion sleeps tonight
Near the village
The quiet village
The lion sleeps tonight

A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh

Hush, my darling
Don't fear my darling
The lion sleeps tonight
Hush, my darling
Don't fear my darling
The lion sleeps tonight

A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh
A-wimoweh, a-wimoweh

We-de-de-de
De-de-de-de-de
De-we-um-um-a-way
We-de-de-de
De-de-de-de-de
We-um-um-a-way


Jom Support My BFF

Dah lama tak jumpa dia...cam ne la dia agaknya sekarang nie yer...makin gemuk ke or makin kurus...gemuk Yaya rasa tak..makin kurus maybe kot..haha...jgn marah yer laling!

tapi sekarang nie dia dalam usaha nak tambah berat badan..orang lain sibuk nak kurus ko sibuk nak tambah berat ek..apa daa..meh ambik lemak kat perut aku nie sikit..haha!

MY BFF yg Yaya maksudkan adalah LIN .. kawan yaya masa kat kolej dulu ... kami nie tak dapat berenggang .. walaupun start sem 3 kami duk bilik berasingan tapi tetap jerit menjerit memanggil kalau nak kelas...hihi...

family dia lak dah macam family Yaya sendiri...hujung minggu kalau tak sibuk mesti ikut dia balik jelebu...best wei masakan mak dia! bangun pagi2 makanan dah terhidang..awal mak dia siapkan breakfast..anak dara 2 org nie masih  terbungkam!

Lin sekarang dah ade blog..baru buat jer nie...so Yaya harap sangatla kawan-kawan sekalian dapat support dia yang baru nak bertatih tu ...hihi ...

jom pakat terjah blog dia ! http://ummiedamia.blogspot.com/


p/s : lin .. baik kan kawan ko nie ... haha!

Semakan Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Hari nie yakni pukul 10 pagi..pelajar-pelajar yang ambil SPM 2010 akan dapat tahu keputusan SPM diorang..sure DUP DAP DUP DAP kan...agaknya semalam pun dah tak tidur lena kan..hihi .. Yaya pun ade sorang adik perempuan ambik SPM 2010...kita yang kakak nie bukan main berdebar lagi..tuan empunya diri macam mana la agaknya kan....

sementara tunggu result nie dia keje part time as account clerk ..o la kan dari duk saja kat rumah tu....hari nie cuti la agaknya tu sebab gi sekolah ambik result ...

tapi korang tau tak..pun boleh check result SPM 2010 via SMS ???

nie hah caranya ....

Taip SPM SEMAKNo Kad PengenalanNo Angka Giliran hantar ke 15888.

caj penghantaran SMS RM 0.15..caj penerimaan SMS RM 0.20 ... bermula jam 10pg hari nie sehingga 12mlm 30.03.2011

 

Tuesday, March 22, 2011

Te Patung

sape tau permainan nie .. Te Patung ..  org ganu sebut gitu la...  kalau Penang panggil Colek Mati .. orang Perak panggil Aci Patung ... ada jugak game nie dipanggil dengan nama Tur Keras .. walau banyok betol nama diberi tapi permainannya tetap sama ..

Te Patung nie adalah permainan kejar mengejar ..seorang akan mengejar pemain-pemain yang lain ..nak main berapa ramai pun tak  kisah..biasa dalam  7 - 8 orang .. tapi kena main kat halaman rumah la..harus roboh rumah kalau berkejaran dalam rumah ..hihi ..

undian dibuat utk memilih seorang pengejar..pengejar nie pulak kena kejar pemain yg lain..so bila disentuh pemain yang lain tu kene jadi patung..patung berdiri menegak ke..patung jatuh tertiarap ke..patung mencangkung ke..hihi..macam-macam gaya...kalau mana-mana dulu yang dah jd patung nie bergerak dia pulak yang kena jadi pengejar. sebab tu pengejar nie kena cepat-cepat sentuh semua pemain..penat oOOO mengejar...bila dah semua jd patung tunggu je saper bergerak..kalau dorang tak bergerak siap aci main agah-agah lagi ... buat muka-muka bodoh nak bg patung tergelak... siapa paling lama bertahan dia la pemenang..

tapi ada seesetengah negeri tu lain sikit..bila semua dah jadi patung..pengejar akan bilang satu,dua,tiga,..siapa paling cepat bangun dialah pemenang dan siapa yang paling lambat bangun kena jadi pengejar pulak ...

ape pun main game nie memang best... erkk..korang pernah main tak ??

p/s : pe sal yaya pagi2 dah bercerita pasal permainan tradisional nie...sebabnya..hikhik..sebabnya... dah dua hari yaya jadi PATUNG ...:-P

Monday, March 21, 2011

Template Baru ... Ok Tak ?

amacam template baru ? ok tak ? ke ade yang sakit mata dengan template nie ? hihi ....

nie adalah entri ke-2 menggunakan template baru ... masih ada yang perlu dibaiki .. terutamanya dari segi warna font .. warna font untuk comment belum edit lagi .. kelabu asap je mata nie memandang komen-komen pembaca tersayang..nampak tak nampak je kan.. tapi biar la dulu .. tunggu  betul-betul free baru yaya kasi edit sama dia...bukan ape..semua ubah pakai coding ..yaya main try n error jer ... ambik masa sikit ...

weekend baru nie gatai main tukar-tukar template ... bukan tak backup template asal..dah backup..tup tup bila upload template asal header dah hilang ... softcopy header tu lak dah terdelete..mr hubby format PC dan tak save benda alah tu ... bukan salah dia pun..dia dah tanya yaya..ada file penting tak kat desktop tu .. tapi confirm je yaya cakap tak de...haha..amek ko!

last pakai la template nie...pilih warna HIJAU .. i think i am green lover ...hahah ... ok tak ..but for me ...segar sikit mata nie memandang ..... hihi ...



Badi Handphone

HANDPHONE ! macam berhantu je kan.. badi ape la ada pada handphone tu hinggakan semua budak-budak suka main-main dengan handphone. . sampaikan  pengeluar mainan kanak-kanak  boleh merekacipta pelbagai model handphone.. tak kan nak bagi main yang original.. bukan seringgit dua … kalau dilemparnya yang ori keluar pintu sape susah…akak jugak*sengau sikit…
 comel ape telefon mainan...:-)

Ada sorang kawan Yaya nie…hendphone mmg sentiasa kena sorok…bukan setakat anak dia main-main dengan hadphone dia tu..tapi andai kata ada call-in nescaya salamat la handphone tu duk atas tanah..mmg anak dia campak  keluar..
Kak rozie pun sama..hihi..kesian ko ..hari nie ternganga mulut bila dapat bil handphone… nak marah pun dah tak guna..anak dia main internet .. nasib baik RM15.00 utk intenret tu..next time kalau bahagian internet tu jadik RM150.00 lagi ler melopong yer…
Wafiq pun sama… tak tau ape yang ditekannya…nanti ade la dia save nombor bukan-bukan ….  maka akan tersave la nama JJJJJJJKKKKKK nombor handphone 5555555555 ... hihi... tapi Wafiq paling suka dengar lagu ...


Wafiq menangis sayu sebab tak kasi main handphone...kehkeh!


Sunday, March 20, 2011

Syarat Baharu Kad Kredit : Satu dah cukup tak de lagi bagus

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan syarat-syarat baharu lebih ketat berkuat kuasa serta-merta bagi pemilikan kad kredit.


Timbalan Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, di bawah garis panduan itu, syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit baharu memerlukan had pendapatan minimum dinaikkan kepada RM24,000 setahun berbanding RM18,000 sebelum ini.


‘‘Para pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja.


nak tau lagi detail klik SINI


tak paham yaya kenapa orang nak pakai kad kredit sampai berkeping-keping ..agaknya kalau kad kredit tu terhilang sekeping tuan punya pun tak sedar yang kad kredit hilang..hihi..ye lah dah banyak sangat...


bg yaya tujuan kad kredit tu utk kurangkan penggunaan cash ..sama macam kad debit..cuma kad debit mmg sah-sah guna duit kita dalam bank..kad kredit pulak bank yang tolong advancekan dulu..


yaya sendiri pakai sekeping je.. tu pun pikir berbillion kali masa nak apply...sebab yaya memang takut benor dengan hutang..tapi bila memikirkan faedah2nya tergugat sikit iman nie..yang yaya pakai nie lebih Islamic..bank nie kad kredit tak de macam yang lain..redeem barang segala..boleh beli barang murah segala...setiap penggunaan akan dapat point dan point tu akan ditukarkan dengan pakej umrah..nak tukar tunai pun tak pe...segala pembayaran utk brg non-halal akan di reject... tapi tak kan la kita nak beli brg tak halal kan..hihi..kalau yaya meninggal dapat khairat kematian RM1000.. hutang dengan bank pulak kira hangus..hihi..tak bebankan family gi bayar hutang kad kredit...


rasanya tak perlu pakai banyak kad...kita tahu kemampuan kita setakat mana..kalau belanja berlebihan..hutang dgn bank tu..hutang dengan bank nie..akhirnya diri sendiri terjerat..hidup tak keruan...


ape pun kepada pengguna kad kredit..korang belanja ler dengan berhemah..congak-congak sikit hutang dalam kepala tu..hahha...jangan belanja sesedap rasa jer tau..ape yang penting hutang tak de dan hidup pun enjoy !! :-P




Thursday, March 17, 2011

6.40 Pagi Dah Minta Taubat

waahh... Wafiq sudah 1 tahun 8 bulan 1 hari... makin hari makin sihat anak ibu..kuat makan..kuat menyusu..kuat main ... haih ... dah pandai mintak itu ini.. dah pandai duk senyap bawah meja makan sambil main handphone..lagak macam sedang syok bermesej aweks.. tak mo diganggu..haha..

sekarang nie makin menjadi-jadi Wafiq request lagu pilihan... celik je mata pagi2.....

' bu ... ter ... tobak ... '

agak-agak korang Wafiq cakap ape tu.. ce teka ce teka..hihi..meh sini nak tolong translate ..

' ibu ... komputer ... taubat ... '

hah tu dia..mintak lagu Taubat Maksiat by Wali Band ... nak tak nak kalau tak nak dia mengamuk pagi hari baik pasang lagu tu dan biarkan dia menari sorang-sorang ..tapi pagi tadi ayah dia temankan dia ...

Taubat Maksiat nie lagu feveret Wafiq sekarang selain lagu Kalau Berpacaran .. memang kembang sebesen la kalau kita layan dia dengar lagu dan Yaya pun gelak memanjang je tengok telatah dia menari .. sekejap cam gaya zapin.. sat lagi dah macam shuffle .. pastu cam lenggok orang hawaii menari tepi pantai.. ade je step yg dia reka..hihi...

Wednesday, March 16, 2011

Kuih CINCIN .. Korang Tau ?

kat luar sana masih hujan..dari pagi lagi.. mendung-medung gini nak buat keje pun bermalasan..haha.. buat keje ala-ala kadar je..hihi.. sambil keje sambil makan... tapi kami buat keje ala kadar pun keje siap tau... hari nie menjamu kuih cincin... korang tau kuih nie ?

nie la rupanya..ada banyak lubang..korang pilih ler lubang mana nak sarung ke jari..haha..comey je jari korang berhiaskan cincin boleh makan..hihi...

rasa dia mmg sedap..rasa macam kuih ' der'rang ' .. orang luar terengganu panggil kuih der'rang nie dgn nama kuih deram...


eh..pic kuih deram ehsan dr google pun ada banyak lubang rupanya..biasa yaya makan yg bentuk bulat2 cam donut tu je...


bersama ofismate sedang menjamu kuih cincin..Yani (tudung pink) ... gi la honeymoon lagi ... bawak balik lagi kuih nie...eceli kuih nie from Sabah maa ... rasanya mmg tak de kat sini...ke ade ?? :-)

macam mana la kami tak bermalasan.. tengok keadaan kat depan ofis..masa pic nie diambil pg td hujan tak sampai pun 2 jam.. nie dah 2.30 ptg..belum jenguk lagi keadaan kat luar..nanti nak jenguk..satni lunch pun order online..kelas gitu..haha..makan burger mat salai..seb baik kos penghantaran RM1 only..mintak dia hantar kat tempat keje suami sekali..hujan-hujan nie mmg malas nk keluar makan...

p/s : kalau korang area bandar kuala terengganu boleh call no ni kalau nak order burger ... 012-9677567 - Khaliq Ikhwan ..


Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


SAYA ORANG TERENGGANU
Sila ceritakan latar belakang anda
- Yaya orangnya biasa-biasa je...serba sederhana...anak sulung dalam keluarga dan mungkin sebab anak sulung nie la menjadikan Yaya seorang yang berjiwa kental...

Profesion anda sekarang
- Keje Yaya sekarang adalah sentiasa menekan kalkulator, hampir setiap hari guna microsoft excel dan menggunakan software peachtree..so pandai-pandai korangla teka Yaya keje ape..hikhik...

Blog favourite anda .. kenapa
- Yaya tak pernah set mana-mana blog adalah feveret..kiranya tak dela setiap hari wajib bukak blog tu...so bila check kat dashboard..mana-mana tajuk entri yang menarik perhatian Yaya maka ke situlah Yaya bertandang...

Blog yang anda tak suka nak masuk
- Semestinya yang ada lagu..sebab biasa tengah malam baru yaya berblogwalking..time anak tidur...pernah jadi sampai terganggu tidur budak kecik tu sebab tiba-tiba je kuar sound..
- Satu lagi blog yang selalu kuar welcome note la..ape la..terima kasih sudi berkunjung la..ntah ape-ape..jenuh nak klik 'ok' ..
- Blog yang disable right click..mak aihh...bukan nak copy pun..cuma bila entri dia ade link ke entri lain dalam blog dia sendiri atau blog orang lain kita tak leh nak right click.. padahal entri dia tu pun kita tak abis baca lagi.. lain la kalau disable right click tapi terus open new tab..yg tu tak terasa hati...hikhikk...

Impian anda terhadap blog anda
- Yaya nak blog nie orang cari menggunakan URL ...tak pun nama YAYA AZURA tu sebagai keyword..tu maknanya dorang memang cari blog nie...konon macam tak sabar nak baca new entri kat sini..hahah...Insya Allah ...



Kundang @ Kemior @ Gemia

Kundang @ Kemior @ Gemia by Yaya_Azura
Kundang @ Kemior @ Gemia a photo by Yaya_Azura on Flickr.

saja menggatal post entri guna flickr..dah lama ade account flickr nie tapi tak pernah cuba nak post entri... mmg naya sebab yaya guna celcom..mmg kuar no hp..hahaha...cepat-cepat edit post..haha...guna cari no maxis la satu..caj pun 0.25 sen je..kalau celcom 0.35 sen + package promote diri..(kuar no hp)..hahaha!

pic atas tu buah kundang..org nogori panggil kemior..orang terengganu panggil buah gemia@gi'e..tu baru lepas cuci sebab nanti nak pos bagi adik Yaya kat n9 nun..mengidam tahap kritikal dah tu...orang mengandung macam tu la..

seingat yaya masa yaya mengandung dulu yaya hari-hari nak makan tat telur... dah la masa tu nombor plat TAT baru kuar..pagi-pagi datang keje berlambak plat start dgn TAT..membuak-buak rasa nak makan tat telur.. tengok nombor plat terbayang tat..hahha...nasib baik tat telur senang cari..hahaha...

Monday, March 14, 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

Yaya dah lama tau tentang bahaya botol susu yang mengandungi 'Bisphenol A' nie atau biasa kita sebut 'BPA'.. so untuk Wafiq awal-awal lagi yaya dah cari botol susu yang free BPA...sekarang Wafiq guna botol Avent 11oz yang yg mcm pic atas tu.. memang la mahal sikit..tapi rasanya kesihatan anak kita lagi penting kan.... ada kawan Yaya yang guna botol susu Avent nie jugak tapi dia cakap asyik leaking..tapi tak kena la pulak kat Yaya..hikhik..
ape pun dinasihatkan korang survey dulu..tanya pendapat ibu-ibu dulu..paling penting sekali JANGAN BELI botol yang mengandingi 'BPA' ... kerajaan dah haramkan pun...
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).

Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my/.

Saturday, March 12, 2011

Hujan Sepanjang Hari.....Bimbang Tsunami

dari pagi sampai ke petang..hujan tak berhenti..tapi tak la hujan lebat..kadang-kadang berangin kuat..selang seli dengan hujan rintik-rintik..semua orang tahu pasal tsunami yang melanda Jepun kan..sebelum nie kalau hujan macam nie tak de la rasa bimbang..tapi ekoran tragedi melanda Jepun semalam lain pula rasanya..

semalam nak tidur pun tak lena...dikhabarkan polis dah keluarkan amaran berpindah..rumah Yaya tak jauh dari pantai...dengan kereta tak sampai 5 minit dah boleh sampai tepi pantai Batu Burok...macam mana la agaknya mereka yg tinggal betul-betul ditepi pantai..apa perasaan diorang masa tu agaknya...

mereka yang tinggal di persisir pantai batu rakit dah diarah berpindah..orang yang tinggal kat Tanjung pun sama jugak ceritanya..semalam hubby tak de rumah..risau pulak kat dia..ada PC Fair..tu yang dia sibuk tu..

Yaya call ofis mate kak ha..tanya dia macam mana..sebab dia tinggal kat Pantai Chendering..kak ha cakap polis dah suruh pindah..tapi dia tak tau nak pergi mana..kesian pulak dengar cerita dia..ape pun dia sumbat jugak baju 2 3 helai baju dalam beg.. takut ada kecemasan katanya...

nasib la semalam adik Yaya yg tengah tunggu result SPM tu tak keje..kalau tak harus bimbang berganda..ye la..dia keje part time kat sebuah shopping complex yg betul-betul tepi pantai...

memang tak tenang la semalam..time nak tidurkan Wafiq..dengar pulak helikopter berlegar-legar kat udara..tangah memantau keadaan laut agaknya...

kebiasaanya after Tahun Baru Cina..budak-budak sedang bersuka ria masa nie..sibuk main wau dan layang-layang...musim panas dan berangin sepatutnya..dulu tunggu hujung tahun baru hujan lebat..taapi sekarang cuaca dunia dah berubah..panas hujan tak menentu..dah tak tau bulan berapa dah nak main wau..dah tak tau bulan ape nak kategori musim tengkujuh...huhu..

harap-harap kebimbangan nie segera berlalu...ape pun yang terjadi ini adalah ujian dari Allah S.W.T..sebab tu lah kita harus persiapkan diri ini secukupnya....

Ya Allah lindungilah kami hamba Mu yang lemah lagi tak berdaya ini..sesungguhnya kami hanya memohon dan berlindung kepada Mu ya Allah...aminn...


Thursday, March 10, 2011

Hukum Membela Kura-Kura, Yaya Terkedu !

Lepas je Yaya post entri nie Magda & Lenka, Si Kura-kura Kembar Siam pagi tadi .. Yaya dapat comment dari apesz shah sayap halusinasi.

dia pun berminat nak bela kura-kura nie...tapi ada rasa was-was sebab ada kawan dia cakap tak baik bela kura-kura... naik heran Yaya..sebab Yaya tak pernah dengar pun pasal nie..haiwan tu kan comel..kiut miut jer ... kura-kura Yaya..EPPA n EPPY nie selalu buat Yaya dan family tersenyum tengok gelagat mereka..hilang tension bila tengok kura-kura sepasang tu berenang...

tapi komen apesz tu buat Yaya berfikir 2 3 kali pulak..sebab Yaya sendiri pun ada kura-kura..cuba search internet then Yaya jumpa satu blog nie..tapi blog nie dah lama tutup.... bila baca sampai habis memang bikin jiwa kacau..hihi..adush!!!!


Menurut berita dari Medicinet hari ini mengisahkan seorang bayi berumur 3 minggu mati akibat jangkitan Salmonella yang didapati dari kura-kura peliharaan mereka (pet).Bayi itu mendapat demam dan shock(renjatan) kemudian meninggal.


Kerajaan US telah mengharamkan (ban)penjualan kura-kura kecil yang berukuran kurang dari 4 inci semenjak 1975 tetapi perkara itu selalunya tidak dipantau.

Bakteria Salmonella mengakibatkan jangkitan Salmonella atau Salmonellosis yang sering berkait dengan demam,diarrhea (cirit-birit) dan cramp pada perut.Selalunya jangkitan ini tidak mengakibatkan kematian tetapi kepada anak-anak kecil ,orang tua dan orang yang mempunyai imun yang rendah boleh mendapat jangkitan yang teruk.

Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil:

1)Jangan bela langsung
2)Elakkan anak-anak kecil dibawah umur 5 tahun menyentuhinya ...macam mustahil.
3)Jangan basuh tanki kura-kura tu di sinki dapur
4)Kalau ada yang nak dapat baby ..tolong serahkan kura-kura tu kepada orang lain

Ini adalah kerana tidak ada cara untuk hapuskan salmonella dari kura-kura.

Saya pernah terbaca satu ruangan soal jawab agama dimana ada yang bertanya hukum membela kura-kura di rumah..jawab ustaz tu hukumnya MAKRUH hampir haram kerana kita memelihara haiwan yang tidak boleh kita makan dan tanpa niat untuk memakannya.

Haiwan tu di dalam keadaan yang bukan semulajadi dan kita menyiksanya setiap saat.Semenjak itu saya pujuk anak-anak supaya lepaskan semua hamster yang ada..meleleh airmata mereka tetapi saya kata ..tengok betapa gembiranya haiwan-haiwan itu..bermakna mereka tak gembira selama ini...sekarang anak-anak merengek lagi nak bela ikan pula....

Anyway sesiapa yang ada bela kura-kura tu patut fikir-fikirkanlah ya ....kerana saya lihat di mana-mana pet shop ada jual kura-kura kecil tu ... mungkin undang-undang negara kita ..longgar kot .

nak baca lebih lagi rujuk : http://www.medicinenet.com/




huhuhu....cam ner nie..rasa macam tak percaya jer..ape nasib EPPA n EPPY ... kura-kura 2 ekor tu makin sihat sekarang..selalu berenang..dah makin besar.. ada yang kata tak pe..boleh bela..lagipun Yaya bela sepasang..ape-pun Yaya dah start rasa bimbang..dah tu boleh sebar penyakit pulak tu ! huhu ...


bab makruh bela tu kena tanya ustaz..tak bolah bawak main benda-benda gini...


p/s: mood----> sedih





Magda & Lenka, Si Kura-kura Kembar Siam

Beberapa pekan silam, seekor kura-kura berkepala ganda dan berkaki lima menetas di kota Zilina, Slowakia. Kura-kura Afrika ini diberi dua nama: si kepala kiri dipanggil Magda, sedangkan kepala kanan dijuluki Lenka. Sebetulnya, kura-kura kembar berasal dari satu telur bukan barang baru di penangkaran. Namun, kasus Magda dan Lenka cukup unik karena hewan bercangkang ini kembar siam. Catatan terakhir kura-kura kembar siam dapat ditelusuri pada 2003 di Afrika Selatan. Kura-kura bernama Latin Geochelone sulcata ini dapat mencapai bobot 100 kilogram dan panjang badan 85 sentimeter. Tak heran, kura-kura ini disebut salah satu reptil terbesar di dunia. Masih belum jelas apakah Magda dan Lenka dapat tumbuh normal. Biasanya, binatang terlahir cacat tak berumur panjang.


Sumber: Harian Trouw “Magda en Lenka: twee kapiteins op één schip” (08-03-2011), Ilustrasi: Reuters

p/s : teringat kura-kura Wafiq kat rumah .. dah makin besar EPPA n EPPY...

Wednesday, March 9, 2011

Berita Nie Paling Best ! Skim Rumah Pertamaku !

Kalau mengadap berita 8.00 malam mesti kebanyakan berita sedih..pasal kemalangan la..rumah terbakar, buang anak, rompak, bunuh segala ... kebanyakan berita memang sadis-sadis semuanya .. tapi tengok berita TV3 semalam ada khabar gembira untuk aku..untuk aku la orang yang tak berduit nie..hikhik...korang yang duit bertimbun-timbun sila main jauh-jauh..haha ...

berita yg menghiburkan tu adalah pasal SKIM RUMAH PERTAMAKU..sape-sape yang gaji kurang 3 ribu boleh mohon rumah...100% loan tu..kalau tak 100% mana nak cekau nak buat deposit..paling kurang 20-30 ribu!

nie keratan berita harian pasal pengumuman Datuk Najib semalam...

KUALA LUMPUR: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.
Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.

Perdana Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.

Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat.

“Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada rakyat,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.

Info

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus



Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad


Kriteria Kelayakan Utama

*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan

ape lagi korang..cepat-cepatla mohon... kerajaan dah permudahkan..institusi perbankan pun dah janji nak tolong..harap-harap berita nie jadi kenyataan la ye..bukan setakat cakap kosong...

Sunday, March 6, 2011

TIPS BABY PINTAR - 18 aktiviti menarik rangsang minda anak kecil

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:


1. Bertentang mata.
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya.
Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.


3. Susu badan
Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.


4. Jelirkan lidah.
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.


5. Hasilkan buku binatang.
Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.


6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya.
Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.


7. Tunjukkan perbezaan.
Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.


8. Berkongsi pandangan.
Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


9. Nyanyikan lagu untuknya.
Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya.
Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.


11. Beri kata kunci.
Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.


12. Beri kejutan.
Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.


13. Sediakan banyak tisu.
Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.


14. Baca buku berulang kali.
Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta membantunya mempelajari bahasa.


15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa.
Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


16. Main dengan warna.
Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.


17. Biarkan dia bermain dengan makanannya.

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


18. Jangan lupa rehat.
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.



p/s : credit to http://arissazoela.blogspot.com TQVM ... semoga dapat dijadikan rujukan buat parents yg lain ...


meh yaya nak check list...18 tips kat atas tu yaya dah praktik ke belum yer ??? ....


1. dah selalu buat

2. bercakap tak berhenti..kecuali time Yaya pergi keje n Wafiq tidur :-p

3. memang tak berhenti lagi menyusu badan .. boleh main manja-manja gitu ..tapi ada jugak rasa macam ..ala..lambatnyer Wafiq 2 tahun..nak wean off..sakit belakang dah pangku dia..haha..kejam!

4. tak pernah buat ni! ingatkan perbuatan nie tak elok..hihi...

5. pernah buat flash card gambar binatang jer ..

6. i like !!! suka tengook Wafiq ketawa berdekah-dekah!

7. tak pernah buat .. bagus jugak tips nie..tak pun bagi je Harian Metro kat Wafiq..bukak page ' cari 8 perbezaan pada gambar nampak sama tapi tak serupa tu ' harus pengsan anak ibu!..

8. memang selalu praktik nie...nie pun satu cara nak ajar bercakap dan membaca..

9. sekarang Wafiq tengah gigih menyanyi lagu Anna Rafali tu ...' Kalau Berpacaran ' .. siap menari lagi...hihi...

10. selalu tanya mana tangan..mana telinga..mana mata..tapi Wafiq tetap tak fokus..nak jugak bangun berdiri...huhu...

11. pernah buat ke tak yg nie..rasa macam ada..tapi jarang-jarang...

12. suka buat bunyi 'kentut' kat perut Wafiq..hihi...

14. sekarang nie bg buku cerita yang gambar besar-besar je..bagi dia belajar melalui gambar..

13. budak mmg suka main tisu .. tapi selalunya yaya bg 2 3 helai pastu sorokkan kotak tisu..tak de la pulak nak cari barang tersembunyi ;-p

15. selalu main ni!

16. belum praktikkan lagi..

17. kalau Wafiq tak nak makan baru yaya biar dia main makanan dia...

18. biasa buat nie..tapi biasa Wafiq cepat bosan..mula la dia baling segala mainan dia...


Saturday, March 5, 2011

Bagaimana Nak Atasi ... Korang Nak Shopping Tapi Anak Nak Tidur

Korang pernah alami tak, sedang syok korang plan nak keluar shopping atau pun on the way nak pergi shoping anak pulak buat hal..dorang nak tidur !!! haha..memang jem... budak nie kalau nak tidur tak kira tempat..tak boleh tahan-tahan..ajak main pun tak jadi ..

semalam yaya pergi Giant...cari barang dapur sikit...time tu dah lepas asar...dalam hati malam nie sure Wafiq tidur awal..dia tak tidur pun dari pagi..konon tak nak bagi anak tidur siang..biar malam tidur awal sikit... tapi lain pulak jadinya.. dala kereta nampak dah mata Wafiq start layu..haha.. dah tak larat nak bersuara..mata dah jap tertutup jap terbukak..hihi..

Last-last masuk Giant dengan mendukung Wafiq yg sedang syok tidur..bukan Yaya dukung tau..Yaya awal-awal dah surrender! semangat mak oi anak akak!.siapa jd mangsa? semestinya mr. tmfs yang gagah perkasa...hahaha..

cepat-cepat ambik troli dan department sasaran adalah bahagian bantal...hihihi... kalau korang nak praktikkan cara Yaya nie Yaya nasihatkan ambik bantal yang murah-murah jer..yg nie RM 7.90 .. bukan ape kalau dah time membayar tapi anak still tidur lagi terpaksala korang beli bantal tu kalau malas mendukung... Yaya memang malas...tak larat .... hihi ... sampai kat cashier ampu jap kepala Wafiq ngan tangan, scan harga dan cepat-cepat letak balik.. Wafiq memang tidur lena..dah sampai rumah baru jaga...



tapi kena guna dua troli la..satu letak anak satu letak barang.. tak kan nak guna satu troli kan..haha... pastu main timbus je anak korang ngan segala barang-barang..mak oii..zalim tu..kalau beli minyak seri murni yg 5 kg tu tak ke naya anak tu..hahah!

dulu masa Wafiq kecik boleh la letak dalam stroller .. tapi rasa rugi la pulak beli stroller..bukan Wafiq nak duduk sangat pun dalam tu...so korang dapat lagi satu tips! jangan bersusah payah beli stroller ... haha..setakat baby dukung aje la kan..bukan berat sangat pun.. proses tumbesaran baby nie terlalu cepat ..Wafiq masa belum boleh berjalan tapi bila time Yaya letak dalam stroller dia dah nak memanjat keluar..memang bahay..lepas tu Yaya dah tak guna stroller...:-p


tapi dulu Yaya pernah nampak ada satu parent nie siap bawak toto kecik lagi..dia lipat dua letak dalam troli tu..best jer anak dia tidur dalam troli tu...nak shopping pun tak mengganggu..tapi korang kena sediakan toto dalam kereta la kalau nak guna cara nie...

ape pun kena merancang..biar proses membeli belah tak menganggu...kalau anak dah menangis mengamuk nak shopping pun tak senang....suami yang sedia membontoti pun naik rimas...hihi..



Friday, March 4, 2011

Menu Roti Canai Terlampau

belek-belek pic in my Wave 11.. ternampak gambar nie..huish..mmg gelak tahan-tahan Yaya time nampak menu nie..kan kalau gelak terlampau or gelak besar hilang pula keayuan .. mesti customer kat kedai makan tu ingat Yaya mereng.. tapi betul nie 1st time Yaya jumpa nama roti canai pelik gini ...

dari kejauhan dah boleh baca menu tu ... cuba jugak nak snap pic ..nasib baik org tak perasan..hihi...


roti kosong, roti bawang, roti sardin, roti telur .. tu semua dah biasa dengar even selalu makan roti kosong dan roti sardin sahaja ...

tapi roti thisuu ??? apakah itu ??

roti khawin ??? camno rupanya yer ???

yang nie lg pelik ajaib ... roti tampar telor goyang ??? tak tercapai dek akalku .. haha!

korang pernah makan ke roti-roti nie ??? maaf ler yer rasa malas pulak nak mintak bantuan en google nak search image...haha! next time la Yaya try order roti-roti nie and ambik gambar tunjuk kat korang.

stakat nie kalau kat kedai tu pernah makan roti canai kosong jer .. tapi mmg best makan kat situ ... AZ Selera Timur .. orang Bandaraya KT sure tau tempat nie.. bersih je kedai .. service pun ok ...

sebenarya Yaya baru berjinak dgn kedai nie..dulu jarang-jarang pergi tapi sekarang dah jd tempat pilihan..sebab sehari dalam seminggu Yaya and mr. tmfs akan makan malam on the way balik kerja ... tempat lama dulu dah teruk jdnya.. kedai tak terurus..kotor .. kucing rasanya lebih sepuluh ekor dalam kedai.. hahah! makanan pun dah tak sedap...tukang masak bertukar- tukar .. tu yg cari kedai lain ...

org KT .. kat mana lagi yer tempat makan best-best area bandar nie yer .. hikhik!



Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...