Sunday, February 27, 2011

Breast Milk Ice Cream

'Totally natural' human breast milk ice cream on sale in London
By ANI ANI – Fri, Feb 25, 2011 12:17 AM EST

Washington, Feb 25 (ANI): A shop in London is selling ice cream containing human breast milk.
The shop in Covent Garden used milk donated by a UK mom to make the "totally natural" treat.

According to UK website Parentdish, Victoria Hiley, 35, a mother of one from Leeds in northern England, has already donated a liter of her breast milk to Icecreamists parlor for the dish it calls Baby Gaga.

"What's the harm in using my assets for a bit of extra cash?" Fox News quoted Hiley as saying, who responded to an advert for milk suppliers on another parenting website, Mumsnet.

"What could be more natural than fresh, free-range mother's milk in an ice cream?"

The new parlor pays 15 pounds (24 dollars) for every 10 ounces of milk and has already had 15 mothers become donors. Each lactating woman undergoes the same health checks used by the UK's National Health Service to screen blood donors.

Matt O'Connor, 44, who runs Icecreamists, makes the dish by blending the breast milk with Madagascan vanilla pods and lemon zest.

"No-one's done anything interesting with ice cream in the last hundred years," he said.

"Some people will hear about it and go, 'yuck,' but actually it's pure, organic, free-range and totally natural," he added. (ANI)


p/s : uweksss!!!! ais krim pun ada evolusi ....

80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH dan KAD AL-FURQAN

masalah bahasa bertukar telah selesai dengan sendirinya..heran bin ajaib sungguh !!!
hari khamis order online..pagi sabtu dah ada dalam tangan ..nie la dunia zaman sekarang .. tak perlu susah-susah ke kedai buku .. tak perlu pusing-pusing dalam kedai cari buku .. orang kata dunia hujung jari .. hihi... alamaknya makin hari makin membiak lemak kat badan nie .. iyo ler tenaga tak banyak guna .. suka hati lemak-lemak tu semua .. yang merana diri sendiri akhirnya ..badan membesar baru pening kepala ...


aik..ape yaya membebel nie... padahal nak citer nie jer .. Yaya order online nie .. 80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH dan KAD AL-FURQAN ...





anak tak sampai 2 tahun dah beli buku eksperimen sains bagai ! ... makchek-makchek semua...anak-anak sekarang tak serupa macam dulu .. bukan Yaya yang kata nie..tu mak Yaya yang anak 6 tu .. bila dia tengok cucu dia yang sorang nie mesti dia cakap yang budak sekarang makin pintar .. tak sama macam dulu ...dlm erti kata lain mak Yaya mengata Yaya la kan ?? haha!


Buku 80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH (RM23.00) tu sebenarnya eksperimen dia senang-senang je ..tapi kalau tak de rujukan seperti buku tu tak terpikir dek akal kita nie nak buat eksperimen tu .. bila dah ada buku nie hujung minggu boleh la berkesperimen dengan Wafiq .. Mr. TMFS pun dah setuju nak jadi lead setiap projek eksperimen tu ... dia memang sayang anak dia lebih...hahah!


KAD AL-FURQAN (RM15.00) tu pulak yaya rasa ibu-ibu ayah-ayah semua patut beli..bukan ilmu sains je penting .. ilmu agama pun penting tau... biar anak kita pandai mengaji..biar tamat Quran..Insya Allah...Yaya dilanda kemalasan untuk buat flash card sendiri .. hihi..so order je ..baru sekali buat tapi yang tu gambar haiwan+nombor sampai 10 .. dah ronyok dah .. malam-malam boleh la main-main dengan Wafiq guna KAD AL-FURQAN nie ...


kalau korang berminat nak tengok lagi detail or berminat nak beli boleh tengok kat AdikBijak.com .. nie buku pertama Yaya beli .. harga permulaan dapat harga ahli biasa ..bila dah beli lebih RM15.00 automatik jadi ahli VIP ... harga untuk ahli VIP nie lagi murah tau ..


Kenapa Bahasa Boleh Bertukar Nie ???


ade sesesape boleh tolong ???
hari nie bila bukak blog bahagian atas tu bertukar ke bahasa ape ntah !
SIGN IN biasa hujung sekali .. so Yaya agak-agak dan klik je ..
nasib boleh masuk ...
bahasa kat dashboard tak bertukar pulak ... masih in English ...
heran nih !!! nape boleh jadi macam nie ???

Saturday, February 26, 2011

Bila 'Aping' Depan Mata

Semalam..belah pagi sengaja cari nahas ke Jom Heboh..ambek ko...sebesen peluh ko bawak balik rumah..haha.. belah petang pulak pergi mengejar si Aping kat Terengganu Trade Centre (TTC) ingat Kolumpo je ke ade trade centre bagai ni..hihi....

Budak Wafiq tu Yaya tengok excited benor bila tengok citer Upin Ipin ... nampak excited lebih jer. bila ada cite Upin Ipin kat Tv bukan main lagi Wafiq bersorak tak hengat dunia sambil sebut 'Aping' !!! paham-paham ler korang yer Aping tu nama timangan untuk Upin dan Ipin ...hihi ... Wafiq dah gabungkan jadi satu .... hebakkk sangakkk !!

bila nampak iklan-iklan tepi jalan pasal Upin Ipin ada kat TTC ..semestinya teringat anak kat rumah .. mesti gumbira tak terkira Wafiq kalau dapat tengok Aping live.

so petang semalam berekspedisi la kami ke TTC ..4.30 sampai sana .. dapat la kamu jumpa Upin Ipin ....

hanya mampu memandang dari kejauhan .. ramai sangat peminat Upin Ipin nie .... memang ralit Wafiq tengok Upin Ipin walaupun tak bersuara dan hanya berlenggang lenggok sambil tangan melambai - lambai ...

haha ..muka wafiq tak masuk frame ... dah panggil mintak tengok kamera tapi buat derkkk jer...hish!

nie masa sesi bergambar ...yaya ingatkan makin dekat Wafiq makin suka.. tapi bila bersebelahan .. tu dia..dan dan meraung ... terkejut kut tengok mata besar kepala besar...haha! capat-cepat keluar dari lingkungan peminat Upin Ipin tu... takut menganggu dorang nak bergambar dek suara Wafiq meraung bagai halilintar !


dan..semalam hingga pagi nie Yaya asyik bertanaya kat Wafiq ... Yaya tanya Upin Ipin buat tangan macam mana ? sepantas kilat Wafiq melambai-lambai tangan ... hihi ...paham rupanya budak Wafiq nie ngan soalan Yaya ... :-)



Bila Suamiku Tergoda .. Huhu ...

al - kisahnya ...

pukul 10 pg ...sedang seronok mengadap tv - tv tengah tunjuk jom heboh tv3 - tetiba sahaja mr. tmfs bersuara ... ajak pergi jom heboh...ouchh..ternyata dia tergoda dgn akim dan tomok yg sedang ditemubual ketika itu...dahla dan dan nak pergi..Padahal mr.tms bukan jenis suka pergi tempat berasak-asak nie..ohhh..panahan Jom Heboh memang dasyat..dia cakap kena pergi nie..next time tak de dah..kena ban..wooiittt..celupar mulut norr....

Yaya tak mandi pun lagi..cuma sempat mandikan Wafq dan bagi Wafiq makan .. Yaya awal-awal pagi dah bekpes .. mr. tmfs baru lepas bekpes .. dia bekpes sorang-sorang sebab dia sayang nak tinggal tidur pagi jumaat .... hihi ..

15 minit lepas tu kami dah atas jalan..bersiap ala kadar..tanpa mandi sebenarnya..hikhik! dah perintah suami suruh cepat..berani ko engkar ?? haha! susah jugak nak cari parking .. dua kali pusing baru dapat parking.tu pun jarak parking nun jauh di negara seberang ..berpeluh nak sampai ke tempat kejadian...

tak lama pun kami kat situ ... tak pergi semua booth pun.. pengunjung dah mula ramai..sesungguhnya Yaya akan jadi pening bila berasak-asak..lebih baik Yaya mengundur diri .. hihi ...

kata julung kali kat KT .. sampai-sampai jer haruslah bergambar dulu .. buat kenangan tunjuk anak cucu...

ini la yg telah dibeli ...semuanya boleh dimakan kecuali bola itu ...:-)



Friday, February 25, 2011

Baru Lepas Buat Pancake Pisang

pukul 11 malam baru buat pancake pisang .. umpama dapat wahyu jer.. ade org nak masak tengah-tengah malam gini ?? kalau dah lapar sangat baek masak megi jer.. yaya jer kut yg over rajin .. or ..buat-buat rajin ..haha..

perut nie dah lapar sangat ..minta diisi ruang-ruang kosong dalam perut nie..kalau ikut yaya mana makan malam-malam nie.. kata nak diet..perut dah munchitt!!..huhu... tapi apakan daya kesian pulak perut nie...

tengok pisang berangan ada.. gandum ada.. bahan-bahan lain semua ada ... ape lagi projek jalan laa....



disebabkan yaya bukan kak liza jadi begini la hasilnya ... rupa nampak tak comey tapi rasa mmg ada umpph!! sila abaikan rupa tu dan abaikan jugak presentation tu ... just hidang dalam piring kecik je.. tak koser malam-malam nak menghias segala ... lapar tahap tak mampu berfikir dah nie...

Yaya ambik resepi nie dari facebook chef hanieliza aka kak liza.. search jer Hanieliza Kamarudin ..tak pun kalau nak kenal kak liza boleh terjah blog dia kat SINI

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

Bahan B
4 biji pisang berangan
3 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A
1 cawan susu segar
4 sudu besar minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap suapaya pisang tidak hancur sangat.
2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B. Kacau dengan whisker.
3. Sendukkan dalam kuali non-stik dan masak dengan api perlahan.
4. Tutup pot atau non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
5. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair.

Susu segar tak de dan yaya gantikan dengan setengah cawan susu cair + setengah cawan air .. pastu yaya tak guna non stick pan ..tak de yang kecik-kecik comel macam kak liza punya..jd yaya sumbat jer adunan tu dalam sandwich maker.. tu rupa pancake jd lagu tu tuh!

madu tak de..aiskrim tak de..coklat cair lagi la tak de..makan sambil minum air milo jer...:-)

nie ler rupa yang sepattutnya... comel kan .. tertarik mmg de bomm ...

Thursday, February 24, 2011

Lulu Caldina 1st Giveaway

Lulu comel peminat biru dan chelsea dah buat 1st GA !! ... jom semua pakat join ..tapi ada syarat-syaratnye tau ...
  • MESTILAH telah menjadi Follower Lulu-Pages..(Kelonggaran buat sesiapa yang belum, tapi nak join, sila melayakkan diri untuk menjadi follower blog ini...) GA INI HANYA UNTUK FOLLOWER LULU-PAGES
  • Buat entri mengenai GA ni kat blog korang "Lulu Caldina 1st Giveaway" dan letak banner kat atas, beserta link, kat entry dan sidebar..
  • Selitkan Lulu-Pages dalam bloglist blog (Wah ramai dah buat ni...Mekasih)
  • Tag 2 orang dan pastikan mereka tahu..
  • Dah selesai post entri, silalah tinggalkan LINK kat komen di entri ini..(Bersama ID Follower)
    • MESTILAH telah menjadi Follower Lulu-Pages..(Kelonggaran buat sesiapa yang belum, tapi nak join, sila melayakkan diri untuk menjadi follower blog ini...) GA INI HANYA UNTUK FOLLOWER LULU-PAGES
    • Buat entri mengenai GA ni kat blog korang "Lulu Caldina 1st Giveaway" dan letak banner kat atas, beserta link, kat entry dan sidebar..
    • Selitkan Lulu-Pages dalam bloglist blog
    • Tag 2 orang dan pastikan mereka tahu..
    kalau berminat nak join boleh klik banner atau SINI ...

    dan .. mangsa tag adalah :

    1) ammar yassir

    2) azie azra



  • MESTILAH telah menjadi Follower Lulu-Pages..(Kelonggaran buat sesiapa yang belum, tapi nak join, sila melayakkan diri untuk menjadi follower blog ini...) GA INI HANYA UNTUK FOLLOWER LULU-PAGES
  • Buat entri mengenai GA ni kat blog korang "Lulu Caldina 1st Giveaway" dan letak banner kat atas, beserta link, kat entry dan sidebar..
  • Selitkan Lulu-Pages dalam bloglist blog (Wah ramai dah buat ni...Mekasih)
  • Tag 2 orang dan pastikan mereka tahu..
  • Dah selesai post entri, silalah tinggalkan LINK kat komen di entri ini..(Bersama ID Follower)
  • MESTILAH telah menjadi Follower Lulu-Pages..(Kelonggaran buat sesiapa yang belum, tapi nak join, sila melayakkan diri untuk menjadi follower blog ini...) GA INI HANYA UNTUK FOLLOWER LULU-PAGES
  • Buat entri mengenai GA ni kat blog korang "Lulu Caldina 1st Giveaway" dan letak banner kat atas, beserta link, kat entry dan sidebar..
  • Selitkan Lulu-Pages dalam bloglist blog (Wah ramai dah buat ni...Mekasih)
  • Tag 2 orang dan pastikan mereka tahu..
  • Dah selesai post entri, silalah tinggalkan LINK kat komen di entri ini..(Bersama ID Follower)
  • MESTILAH telah menjadi Follower Lulu-Pages..(Kelonggaran buat sesiapa yang belum, tapi nak join, sila melayakkan diri untuk menjadi follower blog ini...) GA INI HANYA UNTUK FOLLOWER LULU-PAGES
  • Buat entri mengenai GA ni kat blog korang "Lulu Caldina 1st Giveaway" dan letak banner kat atas, beserta link, kat entry dan sidebar..
  • Selitkan Lulu-Pages dalam bloglist blog (Wah ramai dah buat ni...Mekasih)
  • Tag 2 orang dan pastikan mereka tahu..
  • Dah selesai post entri, silalah tinggalkan LINK kat komen di entri ini..(Bersama ID Follower)


  • Wednesday, February 23, 2011

    Lantai, Anak Dan Ibu

    Puan Isteri & Encik Suami ..

    Nie yaya dtg nak berkongsi ilmu, org kata kalau kita tak kedekut ilmu semakin banyak ilmu yang kita dapat.. buat mereka yang dah ade anak ler..tak ade anak pun boleh baca.. sebagai ilmu persediaan org kata…YUYU comel wajib baca sebab dia pernah bermimpi dapat anak kembar..hikhik…
    Tahukah anda ??? ( cewahhh.. )

    Tak elok sebenarnya kalau korang gemor benor mengendong atau mendukung bayi daripada diletakkan di atas lantai..ye la … kat lantai tu kan segala habuk ade kat situ..dah tu kalau dibiarkan bayi tu menroka bimbang pulak rosak pula pasu dari Cina tu kan..hihi…kemudian apa yng ingin dilakukan oleh bayi seringkali dihalang dan dimarahi…

    Cuba lihat ketika anak masih dalam kandungan? Menendang, menumbuk, bergerak dengan bebas tanpa halangan dari sesiapa. Itu adalah fitrah bayi .. bayi ingin belajar dan akan terus berkembang dgn pesat.

    Bayi perlu bersenam ..
    Korang ingat korang je ke nak jaga kesihatan .. bayi pun perlu bersenam tau… bayi perlu bergerak dgn kadar optimum bagi mebina otot-otot dan merangsang saraf. Sbb tu baby menyusur dan merangkak sbb tahap-tahap ini mampu mengoptimumkan kadar perkembangan bayi..

    Bila korang letakkan bayi tu kat lantai…cuba korang bayangkan apa yang bayi tu dapat ??

    Fikirkan sejenak….hihi..

    Bayi tu berkebolehan untuk menanggar jarak … berkira-kira berapa langkah lagi nak sampai ke pangkuan ibu dia..berapa langkah lagi nak sampai di meja ? Selain itu , ia dapat menajamkan penglihatan, berfikir arah perjalanan, menguatkan otot tangan, kaki dan dada. Proses-proses ini adalah sangat penting dan sebab ni la penggunan ‘walker’ dilarang sama sekali !

    Maka ..

    Janganlah segan dan silu meletakkan anak atas lantai ..dan janganlah malas untuk membersih lantai setiap hari ..maka…cukuplah lantai, anak dan ibu memulakan aktiviti seawal usia 1 hari .. mungkin sesetengah ibu bapa masih belum biasa untuk meniarapkan bayi seawal 7 hari atau seawal 1 hari dan ini boleh sebenarnya..

    Yaya lupa yaya baca kat mana tapi proses perkembangan bayi bagi yg belum boleh meniarap atau merangkak..ibu-ibu boleh mengerakkan tilam kecil bayi tu perlahan-lahan ke kiri dan kanan.. tarik atas dan bawah ..waktu pantang boleh praktikkan nie…sambil bermain-main dengan si manja anda..hihi…


    bior aje budak Wafiq nie atas lantai ..

    tak pun korang beli play mat comel-comel ..biar dia meneroka atas play mat tu..masa nie wafiq 10 bulan...





    Tuesday, February 22, 2011

    Mak Dara 1st Giveaway (GA)


    BERIKAN "SATU" TAJUK DRAMA

    ' YAYA AZURA '

    ok tak mak dara tajuk nie..hikhik ...boleh la cari pelakon lawa-lawa bawak watak nie.. Lisa Surihani ke ...kehkeh ...
    yaya nak tag :

    Monday, February 21, 2011

    Tahniah Ben Ashaari - Dah 10K Follower

    Sekalung Tahniah / Ribuan Tahniah / Berjuta2 Tahniah
    buat
    akhirnya .. ( pukul 12.35 gitu ler rasanya )
    dah 10 RIBU follower beliau ...
    dan ..
    terima kasih sebab sudi tolong kami blogger-blogger baru nie...
    segmen-segmen yang dianjurkan memang amat membantu
    BA .. blogger yang sentiasa rendah diri ..walau ada ketikanya ada yg menikam ..
    tapi BA ada cara tersendiri untuk menanganinya
    kesediaan BA untuk berkongsi segala tips amat dihargai
    semoga terus maju dalam dunia blog

    Sunday, February 20, 2011

    Bila Tengah Malam .....

    korang ade rutin macam yaya tak ? eh tak la rutin..cuma bila mata nie tak mengantuk..mula la rasa nak ngadap pc..time nie la Wafiq tidur ... hish Yaya nie..bukannya nak bangun buat solat sunat..mengata Yaya ler tu...hikhik..nie sebelum tidur ok .. nak buat ibadat sunat kena tidur dulu...lepas tu bangun balik....
    nak tau apa Yaya buat selepas Wafiq tidur ??? jeng jeng.. jeng-jeng la sangat...hikhik...

    yeay !! main game ... Yaya suka main game cari barang ... bukab setakat suka-suka je tau..game in english..boleh memperkasakan vocab korang..tak semua benda yg dia suruh kita cari tu kita tau apa dia..kalau dah tak tau nak cari macam mana..hikhik...

    boleh jer korang guna hint...tapi tak mencabar la..tapi Yaya guna jugak hint..haha..tu pun bila dah 3 4 kali replay but tetap tak jumpa jugak... baru Yaya guna hint...

    game yang Yaya main sekarang nie namanya Little Shop Memories ... Yaya bab donlod game nie mintak tolong mr. tmfs je ..

    yaya : u.. carikan i game ...tak nak yang ganas2..perang2 tak mo...

    mr. tmfs : dah tu yg mcm mn ?

    yaya : hidden thing pun ok gak..

    lepas beberapa hari .. beberapa hari tuh.... punya dia tak layan kehendak bini..hahha!

    mr. tmfs : u..i dah letak game u kat desktop .. mainla..

    yaya : ye ke.. tq.. muachh!! (hanya muachh bila dapat apa yg dikehendaki..haha!)

    kalau korang pun nak main game nie .. boleh tengok sini ....

    http://www.gamehouse.com/download-games/little-shop-memories

    korang maen la..mmg membolat ler mata korang cari barang tersorok..haha!!!

    Dividen EPF 2010

    dividen EPF 2010 dah diumumkan... macam biasa laa....naik sikit-sikit jer ... tapi ok la dari turun kan ?

    • 2001 - 5.00%
    • 2002 - 4.25%
    • 2003 - 4.50%
    • 2004 - 4.75%
    • 2005 - 5.00%
    • 2006 - 5.15%
    • 2007 - 5.80%
    • 2008 - 4.50%
    • 2009 - 5.65%
    • 2010 - 5.80%

    see.. dividen yang telah diisytihar , nie yaya dapat dari website kwsp ... saja list kadar dividen dalam tempoh 10 tahun .. kena ambik tau nie... sebab duit kita ade kat situ ...

    Yaya start keje tahun 2004 ... dah masuk tahun ke-8 rupanya yaya bekerja .. kejap je masa berlalu... kalau korang nak tengok sama ada majikan bayar ke tak caruman EPF yaya cadangkan ada baiknya korang bukak I-Account...boleh check online... nak print statement EPF pun senang...nak buat kira-kira pengeluaran akaun dua pun boleh...

    Saturday, February 19, 2011

    Wafiq and Connectedtots

    haih budak Wafiq nie..takde dia nak tido siang nya.. weekend gini la ibu nak layan blog Wafiq oii..kalau dia tido pun kejap benor.. sempat ampai kain jer..hikhik ... tiap kali ngadap pc nie dia mesti datang menyebok.. nak buat camner.. nak marah lebih-lebih nie le anak i sorang jer tauuu.. kecik lagi pulak tu...marah bukan paham pon..

    so ptg td masa duk taip previous entri .. Wafiq dtg jd guard kat tepi Yaya..kesian la pulak.. ambik dia letak atas riba kasi tengok nie...

    bagi dia main animal talk..kuar sound then pilih gerangan haiwan apekah yang berbunyi itu..hihi..syok pulak ibu main..haha..kantoi!!ala..Wafiq bukan pandai main pun..mouse main tekan jer..cuma bila correct answer dia tepuk tangan..haha..lucu lak tengok gelagat dia...

    pastu..ajak Wafiq main nie pulak..dress me up ..just drag the item..then letak la kat mana-mana part of body... bila Yaya sebut ' Jam ' then tanya Wafiq nak letak kat mana..dia diam je..pastu Yaya tanya lagi.. mana tangan dia..ibu nak letak jam..pandai pulak dia tunjuk tangan kartun tu..hikhik..suka tengaok bila Wafiq bg respon...

    korang kalau nak ajak anak main game boleh pergi sini... http://www.connectedtots.com.my/ kalau anak tak pandai main korang jer main..seronok ape main game budak-budak...hihi...

    tadi nak register...tapi tak boleh la pulak..lambat benor loading..lepas isi form..duk berpusing tanda loading sampai ke sudah..confirm tak menjadi tuh..next time try lagi...


    budak kecik ini sangat nakal dan suka menganggu ibu berblog..dengki tak sudah... dan budak besar itu.. i love u muachhh!!!!


    Asyik Kroh Kroh - Memang Bikin Sentap

    bukan nak bagi petua macam mana nak tingkatkan trafik atau petua macam mana nak nak dapat BE...Yaya belum layak lagi nak kongsi tips-tips rupa gitu..hehe...harap-harap akan tiba masanya nanti ye...

    Yaya ada terbaca satu petua nie ... petua kurangkan dengkur ...so nak kongsi la ngan readers semua .. yaya tak buat la ..even mr.tmfs ada jugak dengkur but still can accept lagi..selagi tak menganggu tidur Yaya boleh terima..hikhik...
    mmg sentap kalau suami asyik kroh-kroh..boleh tuli kut...hahaha...siap pakai headphone tuh...


    bukan lelaki je tau suka berdengkur nie..pompuan pun sama...hihi..cover line sket..nanti ramai pulak kaum adam serang Yaya..hahaha...

    nak jugak tepek gambar lelaki berdengkur sekali lagi..hihi..

    nie bg yang berkahwin la..yang duk hostel tu..kalau roomate pun ade masalah gini memang tension kannn...nak study pun tak leh nak concentrate...

    senang je caranya..ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat...kemudian campurkan ke dalam segelas susu panas..minum beberapa minit sebelum tidur...

    tapi kolang korang bukan penggemar susu..hihi..tak boleh apply la petua nie...ke boleh je campur dalam air putih ?? erkk.. korang try ler..mana tau menjadi...hihi...



    pic :ehsan google

    Akhirnya berjaya buat 'Reply To Comment'


    tak susah pun nak buat benda nie...nasib baik ada Ammar and Nescafe Ais tolong ajarkan .. sekali buat dah menjadi ! horey ! Yaya yg rabun IT nie pun boleh buat ...apatah lagi adik-adik yang cerdik pandai..sure menjadi punya ...

    Yaya tak nak la buat tutorial..rasanya dah berlambak dah org buat tutorial pasal nie .. tak pun pergi jer curi ilmu dengan Ammar and Nescafe Ais tu ....

    tapi kalau tak menjadi boleh je tanya Yaya ... apa yang Yaya boleh tolong Yaya tolong... tapi kalau nak buat nie pastikan blog korang setting dulu kat comment tu ... make sure embedded below post ok... kalau tak memang tak menjadi ....

    selamat mencuba...hikhik...



    Friday, February 18, 2011

    SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA

    Nak join sila jangan segan klik SINI

    nak join pulak blog list pemilik mata bolat nie.. mata Yuyu mmg lawa ... siyes tauu ...
    suka bila Yuyu ajar cara mekap ..especially mekap tang mata tu .. mmg menyerlah mata dia...
    Yuyu selalu kata dia bajet cun..hihi..tapi bg Yaya dia memang cun...
    dekat2 la pulak nama YUYU n YAYA .. haha...


    JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH



    Teringin nak join bloglist IR .. mula - mula dulu Yaya ingaktak IR nie engineer ... sebab ternampak kat blog mn ntah blogger tu buat shortform guna IR ... IZZAMIR RIDZWAN rupanya... pemilik blog http://www.izamirridzwan.com ...sedikit review tentang blog IR :

    - entri kat blog IR best-best
    - loading page pun sekejap je
    - feedback pun banyak ... berduyun-duyun org bg komen ... so mmg tak sepi kalau singgah blog IR
    - sentiasa berkongsi tips yang berguna
    - menggunakan trademark lebah....memang sweeet....

    korang pun sure nak join jugak kan ???
    boleh kilk SINI


    Wednesday, February 16, 2011

    Wafiq Langgar Arahan , Rela Berbogel

    Lama dah tak ke Air Terjun Sekayu. Cuti CNY baru nie adik Yaya dan suami ada balik bercuti.. nak sangat mandi sungai..adik ipar Yaya nie tak pernah lagi sampai Sekayu nie.. padahal dia dah mat selam.. tak kan ler tak puas-puas duk dalam air..opss..lupa yang tu air ade rasa masin yer..yang nie tak de rasa...hikhik....siap masak segala bawak bekal ke sana..kira kami lunch kat sana la...

    nie masa baru sampai .. naik mengah mendukung Wafiq ..jalan lak membukit gitu .. nak naik sampai ke atas tu boleh tahan.. konon nak cari port best...tu yang rela sampai ke atas tu... walaupun dah banyak kali pergi sini..nie adalah port paling jauh kami mandi setakat nie...siap seberang jambatan gantung...


    ayah Wafiq tak ikut..dia ada keje..tapi dia dah pesan awal-awal ...' jangan mandi ' berbekalkan pesanan tu la Yaya dapat join gi Sekayu ... hikhik...tapi..tengok gambar dah tau...pesanan tinggal pesanan..mmg Yaya tak mandi..tapi Wafiq mn boleg tahan nafsu dia oii...mengamuk sakan bila tengok pakcik makcik dia bersuka ria... nak tak nak...kena bagi jugak dia masuk air..hikhik...

    see.. wajah yang penuh keseronokan kat muka Wafiq...kejam betul Yaya..fokus muka Wafiq je..muka mat selam diabaikan..hahah...sori yer Amir ...

    kejam lagi...hehehe...

    bukan main syok lagi Wafiq...even sejuk menggigil dia tetap bertahan...

    diapit pakcik-pakcik..dua2 nama Amir....

    akhirnya..muka mat selam difokuskan jugak..Yaya je yg tak terjun dalam air..keje ambik gambar je..so haruslah gambar anak yg diutamakan...haha!

    berbogel akhirnya Wafiq.. nie part 2 dah nie..haha..1st tu Yaya tengok dia dah sejuk semacam jer..sebelum dia menggigil lebiih-lebih..suruh pakcik-pakcik dia bawak naik dia naik dulu..tanggalkan baju dia..selimut dia dengan kain batik..tapi baru jer beberapa minit naik..Wafiq mengamuk lagi...kaki dah menguis-nguis air...lantak ko ler Wafiq oii...panggil balik pakcik-pakcik dia ambik Wafiq lagi skali..tu yg berbogel tu...

    pandai yer Wafiq sorokkan part *tut... hikhik.. dia tau agaknya ibu dia nak upload masuk blog...haha...

    suka tengok gambar nie..boleh hantar Pa & Ma nie ..hikhik ... Wafiq dah kesejukan sebenarnya tu .. tu yang kaki dia tergantung gitu ... tak berani masuk air dah ... haha..

    nie lagi sorang ... macam pendekar melayu lama jer.. haha .. bermeditasi ke pak uda oiii ....

    yang nie sorang jer tak masuk air.. dah dapat perintah nak buat macam mana kann...huhu.. Wafiq je berani langgar perintah..ala..ibu back up..tak pe la Wafiq..seb baik ayah tak marah tengok pic2 kat Sekayu nie...pandai ibu edit story ..haha !!!

    Ape pun that day mmg best! pengalaman baru buat Wafiq ... biar kesejukan demi pengalaman yer Wafiq... ayah Wafiq kena paham nie...hihi....

    Monday, February 14, 2011

    I Love You Lemonade !!


    Chicken Chop

    Mee Mamak

    Mee Kari


    Teh Tarik Hazelnut , Mango Sorbet , I Love You Lemonade !



    Kali nie layan pic dulu..haha...1st time nie upload pic yg Yaya snap guna my WAVE 11 ...ok tak gambar??? hikhik...


    quorum sama je masa Operasi Memontelkan Badan baru nie.. kali nie berpakat lagi isi perut kat Noodles Station... branch Kuala Terengganu nie pemiliknya Islam ... so selalu jugak ler kat sini .. dulu masa baru - baru bukak lalu je depan restoran tu... tak berani nak masuk..nampak Chinese je ramai yg makan kat situ. Ingatkan non-halal restaurant sampai ler keluar paper pasal pemilik branch Kuala Terengganu nie Islam.. baru berani nak try ...




    nie la Sue...dia nie la yg selalu call ajak lunch....mee kari noodle station..mee dia pelik sikit..tak pandai Yaya nak decsribe ..tengok macam plastik jer..haha .. but rasa dia not bad laa ...



    Our draughtlady ... kak ha.. susah nie nak snap pic dia .. tu pun dia bg ambik sipi je...dia tau Yaya nak wat masuk blog kut...hikhik... kak ha order chicken chop..licin tu ... biasa lunch kitorg tak makan nasi ..beli kuih muih kat kedai-kedai kat ofis nie je.. tapi sekali melantak masuk restoran.. .hembekk koo!!



    oopssss!!!! pic tuan rumah blur sket. pesal nampak gemuk nie ??? nak start diet la! haha..dan dan je......masa nie ada gempa bumi berskala ritcer teramat kecil ... tu yg blur sket tu... mee mamak kat Noodle Station nie ok laa... sape yang makan banyak mmg beruntung...sbb masa waiter hantar mee tu terkejut Yaya...punya la banyak.. tapi Yaya makan sampai licin.. erkk....susah nak terima hakikat Yaya makan sampai licinnn.....hikhik...


    i love you lemonade ! mmg komersial kan nama air nie ...presentation pun lawa ... rasa pun sedappp! ade isi buah ape ntah kat atas tu.. org kampung panggil buah susu.. nama komersial Yaya tak tau ... ada sesaper tau ???

    Cuba Bayangkan Korang Dalam Kubur !

    Hari nie 14.02.2011 ... ape ada dengan hari ini... tak de ape2 ok ! hari nie hari isnin ... sunat untuk berpuasa... kalau bulan islam hari nie 11 Rabiulawal.... so tak de ape2 untuk diraikan..jangan korang yang bercouple ada hati nak celebrate cam omputih celebrate tu okeh !

    ape yg dorang kat barat sana tu celebrate 14.02 setiap tahun tu tak de dalam kalendar islam.. kalau korang tak de keje sangat Yaya cadangkan baik duk rumah...praktis selawat betul-betul.. esok kan 12 Rabiulawal..Maulid Rasul S.A.W. ....

    hidup kita nie hanya satu persinggahan..bila-bila masa sahaja kita akan dijemput Illahi ke destinasi kekal abadi.. jangan diisi hidup ini dengan perkara yang tak mendatangkan faedah..penuh maksiat..penuh dosa...

    pernah ke kita terfikir.. apa yang dijadikan bekal untuk ke destinasi kekal seterusnya ?? cukupkah amal kita ?? dah banyak kah pahala yang kita buat ?? sudah kah kita bertaubat atas kekhilafan yang lalu ???

    sekarang kita sihat walafiat ... siapa tahu dalam 2 minit .. 1 jam lagi atau after lunch ajal akan menjemput kita ??? sudahkah kita bersedia menghadapi kematian ???

    bayangkan..jenazah kita diusung keluar dari rumah menuju ke perkuburan... kemudian selepas setengah jam.. usai sahaja bacaan talkin ... semua beredar pulang ... yang tinggal cuma kita di dalam kubur ... bertemankan kesunyian dan kegelapan ... apakah bekal yang kita ada untuk menghadapi saat itu ???



    Saturday, February 12, 2011

    Contest " Comelnye Berbaju Kurung"


    Kali nie Yaya di tag oleh blogger EJA ....ajak join cotest comelnya berbaju kurung yg di anjur oleh blogger SITI KHATIJAH


    SYARAT-SYARAT

    1) Entri contest "Comelnye Berbaju Kurung"
    2) Link entri dengan blog
    3) Sebab kenapa korang rasa perempuan pakai baju kurung itu comel
    4) Letak gambar comel korang tuuu...=)
    5) Pendapat tentang baju kurung
    6) Jadi follower blog ni
    7) Tag 5 orang rakan anda


    Sebab kenapa korang rasa perempuan pakai baju kurung itu comel
    • nampak cun !
    • terserlah kesoponan dan kesusilaan..hikhik
    • lemah lembut... jalan pun ayu semacam jer..haha..tak kan nak jalan macam orang nak lompat pagar...mahu rabak kain tu..naik tangga pun satu persatu..tak leh skip anak tangga..nanti terselak nampak betis..hehe...
    • bos nak marah lebih-lebih pun tak berani..tengok kesian je..
    kena letak gambar comel tapi Yaya ada gambar yang teramat comel nie jerk..erkk..

    see...cun kan...pose la cam ne pun..kalo dah berbaju kurung tetap cun !!
    haha..ibarat taman bergerak bak kata oneyani....


    Pendapat tentang baju kurung
    • baju kurung baju sepanjang zaman
    • baju yang tak lekang dek hujan dan tak lapuk dek panas
    • boleh dipakai untuk apa jua acara dan majlis...dinner ke...ke ofis..majlis keagamaan mmg dah disyorkan..tapi kalo acara sukan mmg tak boleh..ermm..try ler pakai baju kurung gi tengok bola kat stadium..kalau ada rusuhan berlaku dalam stadium tu..parah oi..tak sempat nak lari...haha.

    Tag 5 orang rakan anda



    Link Within

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...