FB

Sunday, December 4, 2011

Oh Hafiz Hashim

Hafiz gagal mara ke final Terbuka Macau

HARAPAN menyaksikan Hafiz Hashim menjulang kejuaraan pertama sejak bergelar pemain profesional di bawah naungan Kuala Lumpur Racket Club (KLRC) tidak kesampaian apabila dia tunduk kepada pemain Korea Selatan, Lee Hyun-Il pada perlawanan separuh akhir Terbuka Macau, semalam.

Selepas enam tahun tidak bertemu, juara Seluruh England 2003 itu sekali lagi tumpas kepada pemain ranking ke-15 dunia itu, 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.
Ketika kali terakhir bertemu di Kejohanan Dunia 2005, Hafiz sebelum ini merekodkan empat kekalahan kepada pemain veteran Korea Selatan itu dalam lima pertemuan sesama mereka.
Sejak bergelar pemain profesional bersama KLRC Januari lalu, Hafiz yang sedang mencari tempat untuk disenaraikan dalam skuad Piala Thomas 2012, hanya mara sekali ke separuh akhir iaitu di Cabaran Antarabangsa New Zealand, April lalu.

Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Macau hari ini, Hyun-Il bakal bertemu pemain China, Du Pengyu yang menyingkirkan pemain Indonesia, Simon Santoso, 21-17, 21-17 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.



Sumber : LINK

1 comment:

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...