FB

Saturday, November 12, 2011

Walaupun Dia Kecil , Jangan Lukakan Hatinya ...


Assalamualaikum ....





Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,”Oh maafkan saya, saya tak perasan” ..
Katanya “Maafkan saya juga, saya tak nampak saudara.”……

Kami amat sopan dan saling menghormati, saling melambai sambil berlalu pergi. Di rumah bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda. Lewat petang, ketika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam. Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh.

Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”..

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku. Aku tak sedar, betapa kasarnya kata-kataku. Sedangku berbaring di katil mendengar musik, terdengar suara halus datang membisik: “Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri, tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci. Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur. Kan kau temui bunga-bungaan berterabur. Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu. Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu. Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu. Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu.”

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali, Senyap-senyap aku ke biliknya dan melutut di katil, “Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil. Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?”

Dia tersenyum, “Adik terjumpanya di belakang rumah di semak. Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,”
“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini. Ibu tak harus menjerkah kamu sebegini.”
Katanya, “Oh, ibu, itu tak mengapa,S aya tetap sayang ibu melebihi segala.”
Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu………”

Sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti dalam hanya beberapa hari. Tetapi keluarga yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat..Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat?

Makna FAMILY =

(F)ATHER
(A)ND
(M)OTHER
(I)
(L)OVE
(Y)OU

4 comments:

  1. sedih pulak...
    sebab selalu gok jerkoh ke waiz..hehehe

    ReplyDelete
  2. suka.. =.=
    terus teringat mak ayah yg sedah jauh :(

    ReplyDelete
  3. rindu kat fmly.. xsabar nak balik malaysia.. sedih bace n3 nie.. pape pun salam perkenalan dr sy..:)

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...