Resepi Biskut Buah

RESEPI BISKUT BUAH | Assalamualaikum. Biskut buah merupakan biskut kegemaran mak. Selalu sangat mak Yaya buat masa Yaya kecil-kecil. Ni bila anak-anak dah besar, anak-anak la pula yang suka buat biskut. Buat biskut ni seronok. Apatah lagi kalau buat seisi keluarga. Riuh rendah jadinya. Cepat siap biskutnya. Yang tak seronoknya, bila semua dah siap terap, beratur dulang-dulang menunggu nak masuk oven. Maklum ler, oven kecik je. Kalau bakar dalam oven industri cepat je siap kan. Bolah bakar banyak-banyak sekaligus.

Masa jaga oven ni lah semua adik-beradik lesap. Tinggal la sorang yang jadi mangsa. Jadi tukang bakar. Jadi tukang susun biskut dalam bekas. Lagi best jadi tukang cuci pula untuk semua peralatan. Haha. Kesian. Korang pernah jadi mangsa ke? haha.

Oleh kerana mak Yaya ni sorang yang suka sangat memasak, lauk pauk, kek, biskut semua dia pulun. Maka banyak juga la perlatan memasak dia ada. Termasuklah sarang nak buat biskut buah ni. Ada berpuluh-puluh biji dalam simpanan dia.

Jadi, kali ni Yaya buat biskut buah menggunakan acuan. Lupa pula nak snap gambar acuan. Tapi bagaiman bentuk begitulah acuannya. Hihi. Yaya menggunakan resepi dari My Resipi.

Jom semak resepi biskut buah, biskut tradisional.


RESEPI BISKUT BUAH

Resepi Biskut Buah


Bahan-bahan Biskut Buah ( anggaran dapat dalam 100 biji )

  • 300 gram mentega
  • 350 gram tepung gandum
  • 150 gram tepung jagung
  • 100 gram gula icing
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 100 gram buah buahan campuran
  • 50 gram coklat chips - Yaya tak letak...
  • manik warna untuk hiasan - tak guna pun sebab Yaya guna acuan besi..

Cara-cara membuat biskut buah:

  1. Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama - ketepikan seketika
  2. Pukul mentega & gula ising hingga kembang
  3. Masukkan esen vanila ke dalam adunan mentega tersebut
  4. Masukkan buah buahan campuran (mix fruit) & coklat chips ke dalam adunan mentega. Kacau sehingga sebati
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & uli hingga menjadi doh lembut
  6. Bulatkan doh kecil2 dan masukkan ke dalam cawan kertas
  7. Hiaskan dengan manik warna - jika suka
  8. Kemudian boleh lah dibakar pada suhu 150C selama 20-30 min

biskut raya orang lama

Rupa biskut buah selepas adunan dipenyek-penyekkan ke dalam acuan. Sedia untuk dibakar.



Biskut buah lejen

Biskut buah yang dah siap dibakar.  Selamat mencuba.



14 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. prince klu tolong makan rajin la..nak buat malas..haha

    ReplyDelete
  2. lawa biskut akk,kemas je.mesti sedap ni.

    ReplyDelete
  3. fulallamakk.. nampak sedap... leh terai ni... ehhee

    ReplyDelete
  4. macam boleh cuba resepi ni dengan anak-anak nanti

    ReplyDelete
  5. semalam ibu_suri tanya saya, tak beli kuih raya ke?

    dah lama ibu_suri tak buat kuih. kalau masa sihat dulu, jenuh saya kena pergi kedai beli bahan-bahan dia buat kuih.

    sempat bagi pada adik beradik...

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap biskutnya.

    Biasenya tukang bakar tu akn jadi tetap. Yang lain mmg mula2 jer ada...tak pun bila biskut dah siap. Haha.

    ReplyDelete
  7. selalu mkn kek buah . rupanya biskut buah pun ada yee

    ReplyDelete
  8. elok cantik biskut nie.. selalu tgk resipi kek buah je

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi makan biskut buah ni.

    ReplyDelete
  10. Namapak menarik sangat biskutnya. Macam first time tengok biskut buah ni.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah makan jugak biskut buah ini. Biasa dengar kek buah je. Nampak menarik biskut buah ini :)

    ReplyDelete
  12. Tak pernah dengar nama biskut ni. Biasanya kek yang kita dengar pun

    ReplyDelete
  13. First time tengok biskut buah. Menarik juga ni untuk dicuba.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post