FB

Tuesday, August 9, 2011

Lebih 7 Kg Dalam Perut !


Assalamualaikum ...

Lebih 7 kg dalam perut! kembar 4... tak terbayang rasanya.. macam mana ler bawak perut tu ye.. tak tertonggeng ke belakang ke...kihkih..seksa ibu mengandung...yaya bawak beras 5 kg pun dah semput .. hihi ... alhamdulillah anak semua sihat tanpa sebarang kompilasi..yaya masa mengandungkan wafiq yang lahir dengan berat 3.61kg pun cukup terasa mengahnya..

seronok juga dengar orang dapat kembar .. teringin rasanya..hikhik ^^ tapi family yaya tak de keturunan kembar..tapi orang kata kalau guna kaedah IUI kemungkinan besar mmg boleh dapat kembar ...tapi kalau dapat kembar maknanya belanja pun kena besar ler...preparation kena ade tu.. pampers berganda-ganda..susu berganda-ganda...sanggup ke?...erkkk ...





KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.

Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.

“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).

“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.

“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.

Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.

“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.

“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.



sumber : UTUSAN



9 comments:

  1. alah jeles tengok orang lain dapat baby... :(

    ReplyDelete
  2. tingin gak nak anak kembar..hiks

    ReplyDelete
  3. wahh 4 anak sekali dpt.tp LM tak pernah berhajat nk dpt anak kembar,tgn ada 2 je ni..tak mampu kot.

    yaya ...berpantang bln puasa byk juga dugaan,bkn pd kita kot,tp pd insan2 yg menjaga kita.bila kita kena msk wad lama..jaundis atau sebagainya..mereka kelam kabut,nak urus kita ,nk buka puasa..penat la sikit.sian gak.

    ReplyDelete
  4. Ramai tu.. :-) Kesian si ibunya, mengandung bawak kembar empat orang. Alhamdulillah, sihat walafiat.

    ReplyDelete
  5. bestnyer tengok org dapat kembar.tp tulah, memikirkan belanja mengurusnyer..fuhh..takut tk terurus..hehe

    ReplyDelete
  6. sekali empat....mmg besar belanja tp meriah apa.org ckp jaga ank kembar lg senang...:)

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat kembar 4 tue , sekali beranak je dapat banayak..seronok tengok org amy gak belum ada rezeki lagi huhu...

    ReplyDelete
  8. wah.. bestnye dapat anak kembar.. jimat masa dan tnaga kn.. ne yang xsabar nak wat anak ni... hehehe

    ReplyDelete
  9. tu dia 4 sekaligus... tapi saya tak pernah berhajat nak anak kembar... sorang pun susah cam na la kalau sekaligus..

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...