Terengganu Cuti Umum Ahad

Assalamualaikum ....

Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said mengumumkan Ahad ini (19 Jun) sebagai cuti umum bagi menghargai kejayaan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA serta kontijen negeri ini menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XVI.

“Dengan kuasa yang ada pada saya sebagai Menteri Besar, dengan ini saya mengumumkan bahawa hari Ahad ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan atlet kita,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh lebih 7,000 orang yang membanjiri Dataran Shahbandar bagi meraikan skuad Terengganu dan atlet yang menyertai kejohanan Sukma dan muncul juara kali ketiga berturut-turut.

Menteri Besar yang begitu gembira dengan kejayaan berganda ahli sukan negeri ini, berkata kerajaan negeri amat berbangga dengan kejayaan mereka dan berharap lebih banyak kejayaan dicipta atlet di masa depan.

“Kerajaan negeri tidak pernah lokek untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya dalam segala bidang.

“Mereka yang berjaya akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kejayaan yang telah mereka capai,” ujar beliau.

Sempena majlis yang dianjurkan kerajaan negeri bagi menghargai sumbangan pasukan bolasepak dan kontijen Sukma itu, beliau turut mengumumkan beberapa ganjaran yang lumayan kepada mereka yang telah berjaya mengharumkan nama negeri.

Beliau turut berharap rakyat negeri ini akan terus memberi sokongan kepada pemain bolasepak dan atlet negeri yang menyertai kejohanan pada masa depan.




nota kaki : yeayyyy!!! terima kasih kepada para atlit SUKMA dan pemain LIGA FA ...sebab korang daku dapat cuti FREE!!!





3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. wah bestnya....
    berbaloi lah dgn apa yg dah team t'ganu buat kan....

    ReplyDelete
  2. sedak ar dia..cdah ni jgn hrpla kampeni nak bg..biasala head org jepung..mana reti bahse cuti2 umum ni...huhuhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post