FB

Wednesday, June 22, 2011

Bagilah Pandangan Membina , Kritikan Tidak Adil Tu Tak Perlu

Dalam suatu majlis jamuan meraikan kejayaannya belayar mengelilingi dunia, Ferdinand Magellan telah disindir oleh sekumpulan pengkritik yang duduk semeja dengannya ...

''Ah..belayar mengelilingi dunia bukanlah sepayah mana...'' kata seorang penulis dengan suara agak kuat.

''Hanya perlukan kapal yang teguh dan peta yang tepat,'' tambah seorang ahli perniagaan.

''Dan kelasi yang setia,'' ujar seorang jeneral.

''Tuan-tuan, sekarang ada sebiji telur rebus di tangan saya. Cuba tuan-tuan letakkan telur ini dalam keadaan tegak berdiri,'' kata Ferdinand mencabar para pengkritiknya.

''Mana mungkin telur itu diletakkan dalam kedudukan sedemikian,'' jawab pengkritiknya setelah mencuba beberapa kali.

Ferdinand memecahkan sebahagian kecil bucu telur itu dan menggunakannya sebagai tapak untuk meletakkan telur itu dalam keadaan tegak.

''Ah, kalau begitu siapa pun boleh melakukannya,'' kata pengkritiknya sambil mencebik.

''Ya, setelah aku melakukannya!''



Pengajaran : Kritikan yang tidak adil merupakan pujian yang tidak rasmi. Ungkapan ada mengatakan, tidak ada sesiapa yang akan menendang anjing yang telah mati. Maksudnya, selagi ada yang 'sudi' mencemuh, itulah petanda kita masih mempunyai kelebihan dan harga diri.









15 comments:

  1. dlm mksdunya ni,

    erm..jka ada yg mengkritik...itu bermakna ada yg sudi membaca, dia akn dtg lgi membaca yg seterusnya pula utk mengkritik lgi

    ReplyDelete
  2. kritikan harus diambil dan dihadapi dengan minda yang positif:)

    cth : wei, blog ko cam hampeh la, entry tak best

    reaksi emo : bodoh, ko buat la blog sendiri kalau power sgt, cm gud gud jer


    orang yg bijak : 1) rujuk2 orang yang lebih berjaya, tanya pandangan, betol ke entry kite betol2 hampeh? if betol, learn!:))

    ReplyDelete
  3. mungkin yang kritik tu kadang2 ego nak akui kelebihan orang yang dianggap lawannya.

    ReplyDelete
  4. penkritik yg mcm ni bese nya ego n dengki dgn kelebihan org lain,.

    ReplyDelete
  5. kritikan yang membina kita ambil jadikan panduan dan sebaliknya,..

    ReplyDelete
  6. ambik kritikan dari sudut yg positif...

    ReplyDelete
  7. wa............... kalau x buat macam mane nak tahu kite boleh buat ke x kan? :)

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...