Apa Yang Di Fikir , Itu Sebenarnya Yang Telah Terjadi


Assalamualaikum ..

semoga bahagia hingga ke hujung nyawa ..^__^

Yaya sayang dgn kehidupan yaya ..rugi rasanya membiarkan kehidupan yang singkat ini disia-siakan dengan perkara yang remeh temeh .. saat kita dilahirkan ke dunia .. pelbagai halangan , cabaran dan dugaan telah sedia menanti .. sepatutnya biarlah penyudahnya  kita bahagia.. buat apa membebankan diri dgn masalah yg kita sendiri cari ?

tentu korang pernah berdepan dgn perkara mcm ni kan ? tentu pernah melihat ada diantara mereka menjalani kehidupan dengan seribu masalah dan kekalutan yg tak berkesudahan ....

sayang sekali..sepatutnya bahagia yg ditempuh tapi mengapa mereka berdepan sebaliknya ??? semuanya bermula dengan perasaan ..

Fokuskan topik pada rumahtangga .. di saat anda menyangka telah membuat pilihan yang salah... atau  pernah terdetik .. ' tak sepatutnya aku kahwin dengan dia ' percayalah ... hanya kerana perasaan  negatif itu kebahagiaan dan keselesaan hidup telah pun berkurangan .. cukup mempengaruhi !

jangan mengimpikan kebahagiaan yg tak nampak di mata..padahal tak sedar bahagia yang ada disekeliling...lama-kelamaan anda akan merasakan seolah-olah sentiasa ditakdirkan menderita padahal anda telah memiliki segalanya dan sepatutnya berbahagialah !

jangan difikirkan sangat hal yg negatif ! cukup membebankan jiwa ! cukup mempengaruhi emosi ! lupakah  selain malaikat kiri dan kanan syaitan juga bersama dengan kita .. syaitan yg sentiasa wujudkan rasa was-was.. syaitan yang membuatkan anda sentiasa menyalahkan takdir , syaitan yang sentiasa  menampakkan kelemahan pasangan , syaitan yang sentiasa membuatkan anda menyesali jodoh .. 

kita sudah punya pasangan , sudah beranak pinak , usia makin bertambah , wajah pun dah tak muda remaja lagi .. agak-agaknya dengan segala pakej nie adakah kita akan bahagia dgn memilih untuk bercerai dan memulakan perkahwinan kedua ??? itu semua adalah sesuatu yang tidak pasti ..buat apa harapkan kebahagiaan yang masih dlm angan-angan sedangkan kehidupan berkeluarga didepan mata tak mahu digilap .. jgn sampai yang dikejar tak dapat dan yg dikendong pula berciciran ... entah-entah kehidupan yang lagi teruk akan dilalui ..

kenali pasangan , cari di mana kehebatannya dan bukannya mencari kelemahan untuk dibahaskan...

dekatkan diri dgn Maha Pencipta .. mohon petunjuk Nya .. ingatlah tiada manusia yang sempurna kecuali Nabi Muhammad S.A.W. ..



nota : untuk peringatan diri sendiri ...



10 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. nice entri kak yaya,.=) kebahagian tu kdg2 kat depan mata kite je cuba kita yg kdg2 menafikannya hnye sbb -ve feelings,.

    ReplyDelete
  2. kebahagiaan akan dapat kita kecapi jika pasangan tu saling tolak ansur, saling percaya, dan jujur antara 2 sama lain

    ReplyDelete
  3. Betul Yaya. Selagi boleh diselamatkan, kita selamatkan. Cermin diri dulu kenapa masalah itu terjadi. Tapi macam mana dengan kes begini....

    Suami ada perempuan lain. Sedangkan isteri tidak pernah hodoh perbuatan. Malah, makan minum pakai segalanya lengkap disediakan. Isteri melahirkan zuriat yang comel. Isteri membantu suami mencari rezeki dan nafkah. Tidak pernah cacat pula dari segi layanan batin. Apa perlu kita lakukan sebagai perempuan?

    Bagaimana pula dengan kisah ini. Suami tidak pernah ada usaha untuk mencari rezeki. Pelbagai pantang-larang diberi sebagai satu alasan. Tak boleh bekerja dengan orang. Kena tegur sikit, melawan. Sudahnya, berputus asa dan tinggalkan kerja. Ada pula alasan seperti ini. Tak boleh kerja berat. Nanti badan kudis-kudis. Tulang jadi reput. Maka, tinggalkan lagi kerja. Sedangkan isteri, tidak pernah putus asa mencari rezeki untuk menyuap nasi pada anak-anak. Tidak cukup bekerja, menjual kertas terpakai, tin-tin minuman kosong, botol-botol plastik semata-mata utk menampung perbelanjaan yang tidaklah banyak mana. Kerja keras isteri langsung tak disedari suami yang asyik saja makan, minum, tidur dan tengok TV.

    Bagaimana pula dengan ini? Suami sering saja tidak melekat di rumah. Bila ada di rumah, tiada layanan sepatutnya yang harus diberi pada anak. Apatah lagi untuk isteri. Bila isteri bersuara sikit, tangan dan kaki hinggap ke muka. Keluar rumah, bersuka-ria dengan kawan-kawan. Mabuk dan judi menjadi amalan.

    Maaf. Komen agak panjang. Yaya, saya hidup di kelilingi pengalaman kawan-kawan seperti di atas. Ada yang minta perceraian tetapi rujuk semula. Kerana apa rujuk? Kerana anak-anak. Ketahuilah, sang isteri tak akan suka-suka meminta perceraian semata-mata utk mengejar impian yang tak mungkin menjadi kenyataan. Bila kehidupan sebelum ini tdiak seindah mimpi indah di siang hari. Kenapa pula harus kita kejarkan lagi impian itu? Seperti mana mereka (yg salah seorangnya adalah kawan saya sendiri) mengatakan, cukuplah sekali hidupnya menderita kerana lelaki bergelar suami.

    ReplyDelete
  4. kic : elakkan fikir bukan-bukan ..

    ReplyDelete
  5. mommy fara : ada juga yg akan mohon cerai apabila mereka mula membandingkan pasangan depan mata dengan bekas kekasih mungkin ..bila mereka punya ramai kenalan dan akhirnya membandingkan dengan suami .. itu masalah perempuan yang tak tahu erti syukur ..

    tapi kalau lelaki yang cari pasal..itulah dugaan paling hebat bg perempuan..cuma pendapat yaya jgn kita buat keputusan sendiri ..keputusan kita mungkin dipengaruhi desakan hati .. andai tidak boleh dibawa berbincang..minta lah pendapat ahli keluarga ..andai tiada juga penyelesaian..mohon lah pandangan mahkamah syariah .. ada baiknya mencuba ke arah kemuafakatan dahulu dan sekiranya kita yakin akan hati kita..tak dipengaruhi org sekeliling,benarlah suami mmg bermasalah, punya suami tapi hidup seperti ibu tunggal apa gunanya diteruskan ... yaya percaya kawan mommy fara seorang yg tabah tapi ketahuilah setiap orang berhak untuk merasa bahagia...

    ReplyDelete
  6. Betul ckp Yaya. Setiap org berhak utk hidup bahagia. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

    Bila kita biasa selesa dengan kebahagiaan dalam kehidupan, kita tak mengerti keperitan yg dirasai mereka yang tidak senasib dgn kite. Saya setuju dgn Yaya pada perenggan pertama. Tak tau bersyukur dgn kebahagiaan yg Allah kurniakan. Tp pd perenggan kedua. Ada pro dan kontra. Kita perempuan, susah sangat hendak lepas dr cengkaman lelaki sebegini. Bila kita mtk advice penyelesaian dr org ke-3 pun belum tentu kita dpt lepas dr seksaan itu. Mcm sy pernah kate b4 nie, org takkan mudah menerima nasihat org lain melainkan diri sndiri akan bermuhasabah diri dan berfikir. Tapi tak semua org lelaki pandai berfikir jauh. Walaupun mereka sendiri sibuk kata perempuan itu mudah emosi tapi lelaki sendiri tak pandai berfikir secara praktikal. Perceraian itu halal tetapi dibenci Allah. Tapi, apa gunanya tidak bercerai tapi dosa makin bertambah-tambah?

    Yaya, sorry again sbb komen yg panjang. Jgn salah anggap. Saya bukan perjuangkan hak kewanitaan. Saya bkn hidup berhati-hati. Dan saya bahagia dengan anak dan suami. Sy mendgr, sy melihat, sy merasa ape yg dirasa mereka. Yelah, perempuan. Mudah terasa kan? =)

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post