Tuesday, May 10, 2011

Pendakap Gigi Diharuskan Bagi Tutup Keaiban Diri

*pic cilok google ^___^

Syarak benarkan pemakaian atas tujuan kesihatan, elak gangguan emosi

ISLAM agama yang menggalakkan keindahan, pada masa sama mengajar umatnya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada mereka. Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dan sewajarnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.

Zaman kini, dengan pelbagai teknologi, manusia mampu menjadikan wajah mereka kelihatan lebih cantik daripada asal. Ini menimbulkan persoalan, apakah hukumnya di sisi syarak dan antara isu sering ditanyakan ialah hukum memakai pendakap gigi. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga pernah melaknat perbuatan itu seperti disebut dalam hadisnya: “Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Falaj ialah meletakkan sesuatu di gigi supaya kelihatan sedikit jarang. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan itu dianggap suatu penipuan dan berlebih dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan Islam.

Menjarangkan gigi ini adalah amalan jahiliah dan ia dianggap cantik. Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuwan Islam membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua, harus dan haram.

Jika dirujuk kepada hadis, ia haram jika dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi menyebutkan sebab diharamkan kerana adanya unsur kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan atau cacat pada gigi, tidak mengapa.

Ia akan menjadi lebih terlarang apabila dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan cantik. Contohnya, memakai pendakap gigi supaya kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita.

Dr Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan, jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa melihatnya, sama ada bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.

Namun, pemakaian pendakap gigi harus jika dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza sehingga menimbulkan ketakutan orang yang melihatnya.
Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Halal wal Haram Fil Islam berkata, seandainya orang itu mempunyai kecacatan menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran.

Ia juga dibenarkan untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan. Jawatankuasa fatwa pimpinan Dr Abdullah al-Faqih menyatakan, tidak salah untuk memakai pendakap gigi untuk membetulkan kedudukan gigi ke tempat asal selepas berlakunya kemalangan.

Selain itu, memakai pendakap gigi dibenarkan sebab kesihatan seperti susunan gigi menyebabkan sukar mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan dalam mulut. Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah, Syeikh Faizal al-Moulawi, berkata pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syarak, bahkan ia juga diperlukan.

Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika memberus gigi, mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi kelihatan jongang sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.

Jika berlaku kes sedemikian, Islam tidak melarang usaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi sesuai garis panduan difatwakan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Adapun kalau ternyata orang itu mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran.”

Justeru, pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan pemakai. Firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa mengkehendaki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barang siapa mengkehendaki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang yang bersyukur.” (Surah Ali Imran, ayat 145)

Apa juga usaha terutama berkaitan untuk mencantikkan tubuh atau melakukan pembedahan adalah bagi menghilangkan keaiban yang benar-benar mengaibkan atau untuk kesihatan dan menghilangkan kesukaran disebabkan kecacatan itu. 
sumber : BERITA HARIAN

p/s : even FL walaupun pakai pendakap gigi tetap gojes!!! tak pernah miss baca entry dia ...





6 comments:

  1. thanks for ur info dear..alah jongang cket2 pun x pe..mlah lg glemer mcm halimah jongang tu,jongang jongang jongang..heie

    ReplyDelete
  2. huh, sebak bace entry nie...drama halimah jongang uh mmg xpatot! i pity myself and fellow jongangs people..hohoho thx yaya ^__^

    ReplyDelete
  3. gigi LM tak chantik.nak pki pendakap gigi encik suami tak izinkan..huhu

    ReplyDelete
  4. lagi info tentang pendakap gigi di SIHAT SELALU - Kaedah Memasang Pendakap Gigi

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.