FB

Saturday, May 28, 2011

Minuman Rasmi Taman Tamadun Islam Haram ???

Assalamualaikum ...

Yaya pun tak pasti BIR ARAB ape yang dimaksudkan..bila dah dicheck baru tahu beralkohol ...kalau betul BIR BERJENAMA ISTAK.. itu adalah minuman rasmi kat taman tamadun islam terengganu nie..tapi alhamdulillah sebab selama nie yaya tak pernah terbeli air tu ..yang dalam botol kecik tu pun dah dekat RM5.. suami yaya cakap kalau air yang tak de alkohol harga nya standard..macam haga air 100+ , revive..kan harga minuman tu lebih kurang je..size botol pun lebih kurang ..tapi yg nie mahal kemain..suami cakap mesti ada alkohol..kalau tak air tu tak jadi mahal..

adakah betul BIR ARAB ini yang dikatakan beralkohol ???






JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.


sumber : harian metro 

8 comments:

  1. whoah. ramai yang minum air nie!!

    ReplyDelete
  2. ishk, tak pernah tahu pun pasal minuman ni, kalo saya jumpe konfem kate bir sebab botol pon dah masak bir/arak..aduyai

    ReplyDelete
  3. pernah minum air ni masa mkn kat kedai mknan arab kat putrajaya..katanya halal.emm

    Kalau rajin jom join GA ni http://norwidadi.blogspot.com/2011/05/giveaway-siapa-nak-ole-ole-dari-sabah.html

    ReplyDelete
  4. isk. ramai jugak yg minum air ni.

    baik minum air yang biasq2 jelah ^^_

    ReplyDelete
  5. Tapi kat sini diorang minum je..ermm..musykil la org arab nih

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..saya dulu pernah berkhidmat sebagai executive di taman tamadun islam.apabila membaca entry ini tergerak dihati saya untuk memperjelaskan isu sebenar minuman Istak ni.Minuman Istak ini merupakan minum berkabonat berperisa buah-buahan yang di import dari Iran.Istak ini telah disahkan halal oleh JAKIM dan tidak mempunyai alkohol.Harganya agak sedikit mahal disebabkan kos mengimport minuman ini dari Iran.

    Sehingga tahun 2010,TTI merupakan pengedar utama minuman ini dan minuman ini hanya dijual di TTI sahaja.Tidak dijual dimana2 tempat kecuali TTI.

    Minuman yang didakwa mengandungi alkohol oleh pihak berkuasa JAJ bukanlah minuman jenama ISTAK ini(saya dah lupa jenama minuman yang dimaksudkan olh JAJ).Ianya minuman lain (bukan ISTAK) yang juga diimport dari luar negara.Minuman beralkohol ini boleh didapati dikebanyakkan kedai dan pasaraya.Manakala ISTAK hanya boleh didapati di TTI sahaja.

    Untuk pengetahuan semua,isu ISTAK ini merupakan salah satu isu yang sengaja ditimbulan oleh sebuah parti politik bagi mencemarkan imej TTI.Sepanjang saya bertugas di TTI,kami bukan sahaja berhadapan isu ISTAK,bahkan pelbagai lagi isu seperti haram pembinaan monumen2 masjid (taman monumen),kiblat masjid kristal dikatakan salah (sedang penentuan kiblat ini telah dilakuan oleh pegawai Jab.Hal Ehawal Agama Islam Terengganu),makanan yang dijual direstoran2 di TTI dikatakan tidak halal(sedangkan halal) dan bermacam2 lagi tomahan2 negatif yang dilemparkan.Kakitangan TTI semuanya beragama Islam.Takkanlah kami hendak menjual makanan dan minuman yang tidak halal kepada para pengunjung.Seolah2 kami begitu jahil dlm soal halal haram dosa pahala.

    Jadi nasihat saya jangan mudah percaya dengan khabar angin yang anda semua dengar.sekiranya ada kemusykilan,anda boleh bertanya kepada pihak TTI,kakitangan TTI dan mereka yang lebih arif.

    Diharap penjelasan saya ini sedikit sebanyak dapat menjawab kemusykilan anda semua..

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...