Monday, May 30, 2011

Jawapan Teka Teki

pagi td yaya berteka teki kat entry  nie.. thanks pada yang sudi bg komen ...


yaya mintak bg tau nama bunga nie..ramai jugak yg tak tahu kan ... hihi..terer betul CIK DAH dgn SUNAH ... yess! jawapannya adalah KEMUNTING CINA.

sedikit info tentang kemunting cina or perwinkle nie :

juga dikenali dgn nama Pokok Bunga Tapak Dara atau Pokok Rumput Jalang, Pokok Kembang Sari Cina atau Pokok Ros Pantai. *banyak pulak nama pokok nie..

Periwinkle, Cape Periwinkel, Madagascar Periwinkle, Pose Periwinkle
Botanical Name : Catharanthus roseus L.
Family : Apocynaceae

Berasal dari Madagascar dan mula dikenali di Eropah pada pertengahan kurun ke-18. tergolong sbg tumbuhan renek dan ditanam sebagai pokok hiasan. mempunyai ketiggian sehingga 60 cm dan daun berwarna hijau tua berukuran 2 - 4 cm dan berbulu disisi. daunnya juga tersusun secara bertentangan. Kemunting cina boleh dijumapai dalam warna putih, biru, merah jambu dan juga ungu.

Di Eropah : tumbuhan nie dijadikah teh untuk merawat diabetes dan tekanan darah tinggi
Di India : Latex dari daun digunakan sebagai ubat jika disengat tebuan
Di Hawai : tumbuhan ini direbus untuk dan kemudia dijadikan pendemah untuk menghentikan pendarahan
Di China : digunakan sebagai astrigen (ubat utk mengecutkan tisu kulit) , diuretik  dan penawar kepada batuk
Di Central and South America : dijadikan penawar tradisional dlm merawat batuk dan sesak nafas, bengkak atau radang dan luka dalam kerongkong
Di Caribbean : Ekstrak dari bunga dijadikan losyen mata untuk merawat iritasi dan sakit mata

1950-an, penyelidik dari barat menemui alkaloid  - 70 in all at last count (alkaloid - sejenis sebation organik yg mengandungi oksigen) pada teh kementing cina di Jamaica. Ianya boleh digunakan utk rawat diabetes, tekanan darah rendah, menghentikan pendarahan dan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan boleh bertindak sebagai 'powerful tranquilizers' (maaf..x reti nak translate ..kiki..)

Waalau bagaimanapun...penggunaan alkaloid dlm tumbuhan ini boleh memberikan kesan sampingan yg teruk seperti rasa loya atau mual dan juga masalah rambut gugur..kesan keracunan yang lain adalah neuropati,kehilangan refleks tendon, berhalusinasi, koma, sawan dan kematian... jadi mestilah digunakan di bawah pengawasan dotor ... * bahaya la pulak....huhu...


 
sekian.....



nota : bersungguh-sungguh translate dari Healing Herbs of Malaysia ....






 

8 comments:

  1. penah dgr mak ckp pokok bunga tu blh bt ubt tp ms tu x tahu apa kgunaannya..

    ReplyDelete
  2. banyak rupanya khasiat bunga nih,.=)

    ReplyDelete
  3. hehe, thanx...rajin tul translate sendiri..

    ReplyDelete
  4. yeay yeayyyyyyyyyy~ betul!!!! hehehe~

    ReplyDelete
  5. x sngka bunga secantik ni byk khasiatnya.

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...