FB

Sunday, March 6, 2011

TIPS BABY PINTAR - 18 aktiviti menarik rangsang minda anak kecil

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:


1. Bertentang mata.
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya.
Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.


3. Susu badan
Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.


4. Jelirkan lidah.
Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.


5. Hasilkan buku binatang.
Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.


6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya.
Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.


7. Tunjukkan perbezaan.
Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.


8. Berkongsi pandangan.
Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


9. Nyanyikan lagu untuknya.
Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya.
Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.


11. Beri kata kunci.
Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.


12. Beri kejutan.
Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.


13. Sediakan banyak tisu.
Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.


14. Baca buku berulang kali.
Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta membantunya mempelajari bahasa.


15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa.
Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.


16. Main dengan warna.
Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.


17. Biarkan dia bermain dengan makanannya.

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


18. Jangan lupa rehat.
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.



p/s : credit to http://arissazoela.blogspot.com TQVM ... semoga dapat dijadikan rujukan buat parents yg lain ...


meh yaya nak check list...18 tips kat atas tu yaya dah praktik ke belum yer ??? ....


1. dah selalu buat

2. bercakap tak berhenti..kecuali time Yaya pergi keje n Wafiq tidur :-p

3. memang tak berhenti lagi menyusu badan .. boleh main manja-manja gitu ..tapi ada jugak rasa macam ..ala..lambatnyer Wafiq 2 tahun..nak wean off..sakit belakang dah pangku dia..haha..kejam!

4. tak pernah buat ni! ingatkan perbuatan nie tak elok..hihi...

5. pernah buat flash card gambar binatang jer ..

6. i like !!! suka tengook Wafiq ketawa berdekah-dekah!

7. tak pernah buat .. bagus jugak tips nie..tak pun bagi je Harian Metro kat Wafiq..bukak page ' cari 8 perbezaan pada gambar nampak sama tapi tak serupa tu ' harus pengsan anak ibu!..

8. memang selalu praktik nie...nie pun satu cara nak ajar bercakap dan membaca..

9. sekarang Wafiq tengah gigih menyanyi lagu Anna Rafali tu ...' Kalau Berpacaran ' .. siap menari lagi...hihi...

10. selalu tanya mana tangan..mana telinga..mana mata..tapi Wafiq tetap tak fokus..nak jugak bangun berdiri...huhu...

11. pernah buat ke tak yg nie..rasa macam ada..tapi jarang-jarang...

12. suka buat bunyi 'kentut' kat perut Wafiq..hihi...

14. sekarang nie bg buku cerita yang gambar besar-besar je..bagi dia belajar melalui gambar..

13. budak mmg suka main tisu .. tapi selalunya yaya bg 2 3 helai pastu sorokkan kotak tisu..tak de la pulak nak cari barang tersembunyi ;-p

15. selalu main ni!

16. belum praktikkan lagi..

17. kalau Wafiq tak nak makan baru yaya biar dia main makanan dia...

18. biasa buat nie..tapi biasa Wafiq cepat bosan..mula la dia baling segala mainan dia...


2 comments:

  1. wow..good info tq sharing yaya..

    ReplyDelete
  2. ya elok wt semua tu..aku Alhamdulillah termasuk jelir lidah tu..ms tu aku ajar ms umo dia 8 bulan kot..wt mimik mmuka semua mmg dia try tiru..lawak sgt..tp mimik muka ni papa dia yg sgt rajin wt.. kdg2 aku main reka je cite ape2 mesti dia bg respon..perkataan febret dia ms aku cite nape mie? pastu? hehhee Alhamdulillah genap setahun dia pandai bercakap..skang ni becok sgt2.. sgt suke nyanyi..lagu yg dia suke lagu barney i love u tu.. siap wt gaya..kalo tgok tv tu..tgok cite sedih dia pn sedih pastu mesti tnya..nape ia ngis mie smbil wt muka sedih... wrna paling hafal hitam sbb bakul mainan dia wrna hitam hehhe wrna merah dia akan kate stop..hijau dia akan kata jln kdg2 go.. yg paling best bile tlg aku wt keje dia akan nyanyi pe yg enting..eja ama.. wnderpet la kunun2 heheh kesimpulan mmg sronok sgt layan kerenah dia..kalo dia xde aku akan sunyi

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...