FB

Sunday, March 27, 2011

Panggil Isteri Dengan Pangilan Ummi, Mama..

soalan dari insan_mis3

Assalamualaikum..

hari Sabtu baru ni saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz Dr Abd Basit. Macam terdengar yg dia mengatakan makruh memanggil isteri dengan panggilan umi, ibu, mama dsb (kalau tak silap dgr la)..

Apa dalil hadis yg mengatakan hukum ni makruh? Siapa nama sahabat yg paggil isterinya paggilan2 seumpama ini? Hadis yg jadi dalil ni riwayat siapa dan apa martabatnya?
**************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Memanggil isteri dengan panggilan seperti 'ibuku, mama" dan seumpamanya, jika dimaksudkan dengannya untuk menyamakan isteri dengan ibunya dari sudut haram bersekedudukan, maka ia dikira zihar (zihar kinayah). Tetapi dalam masyarakat Melayu, ia jarang dimaksudkan begitu.

- Kebiasaan, dalam masyarakat kita, suami memanggil isteri dengan panggilan 'mama, ibu, mak' dan seumpamanya hanya semata-mata panggilan, atau kebiasaan, atau kerana mengikut panggilan anak kepada ibu mereka.

- Memanggil isteri dengan panggilan demikian, ada pendapat yang mengatakan makruh. Kerana berdasarkan satu hadis ada seorang lelaki memanggil isterinya dengan 'Ya Ukhaiyyah' (Wahai adikku).

Lalu Rasulullah Sallallahu ALaihi Wasallam bertanya, "Adakah dia adik perempuan kamu?".

Kemudian, baginda membenci panggilan demikian dan melarangnya.

- Hadis ini direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 2212) daripada hadis Abu Tamimah Al-Hujaimiy. Ia dinilai dhaif oleh Albani.

- Syeikh Utsaimin ditanya soalan seperti ini, lalu beliau berfatwa, "Harus bagi seorang lelaki memanggil isteri dengan 'Wahai adik perempuanku' atau 'Wahai ibuku', dan perkataan-perkataan lain yang boleh menimbulkan kasih sayang. Walaupun sebahagian ulama mengatakan makruh seorang suami memanggil isteri dengan perkataan-perkatan seumpama itu, tetapi tidak ada hujah untuk mengatakan makruh. Kerana amalan-amalan adalah dengan niat-niat. Suami tersebut bermaksud untuk menimbulkan kasih sayang dan kemesraan dengan isterinya". (Fatawa Nur Ala Al-Darb).

Wallahu A'lam

kredit to :


7 comments:

  1. wah ..nic entri ..mmaceh kongsi ..=)

    ReplyDelete
  2. ntah pelik gak napa laki bini suka panggil kat pasangan msg2 umie, abah gituh.. xsesuai dan cm xromantik jer..huhu

    ReplyDelete
  3. memang pun akan jadi zihar .. hehe ade dulu2 cikgu bagi ceramah .. panggilah darling ke sayang ke kan romantik hik2

    ReplyDelete
  4. @Mek Norfa
    bahasakan diri kat anak tapi mungkin terbawak sesama sensiri kut..

    ReplyDelete
  5. @Qaseh dalia adelia
    tu ah QDA..kena praktik panggil 'sayang'..hikhik...

    ReplyDelete
  6. Anak-anak suka mengikut2 & diorg kadang2 tak faham apa yang kita cakap. Dulu panggil mak sendiri dgn panggilan Mak, tp anak2 pun ikut panggil Mak. Jadi adjustlah, panggil Nenek utk mak sdr... macam tu gak kes suami isteri panggil mama & papa sesama sdr, utk anak2 tak conpius.. tp kalau dah lama2 tu terbiasa dengan panggilan tu.. camne tu???

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...