FB

Saturday, March 12, 2011

Hujan Sepanjang Hari.....Bimbang Tsunami

dari pagi sampai ke petang..hujan tak berhenti..tapi tak la hujan lebat..kadang-kadang berangin kuat..selang seli dengan hujan rintik-rintik..semua orang tahu pasal tsunami yang melanda Jepun kan..sebelum nie kalau hujan macam nie tak de la rasa bimbang..tapi ekoran tragedi melanda Jepun semalam lain pula rasanya..

semalam nak tidur pun tak lena...dikhabarkan polis dah keluarkan amaran berpindah..rumah Yaya tak jauh dari pantai...dengan kereta tak sampai 5 minit dah boleh sampai tepi pantai Batu Burok...macam mana la agaknya mereka yg tinggal betul-betul ditepi pantai..apa perasaan diorang masa tu agaknya...

mereka yang tinggal di persisir pantai batu rakit dah diarah berpindah..orang yang tinggal kat Tanjung pun sama jugak ceritanya..semalam hubby tak de rumah..risau pulak kat dia..ada PC Fair..tu yang dia sibuk tu..

Yaya call ofis mate kak ha..tanya dia macam mana..sebab dia tinggal kat Pantai Chendering..kak ha cakap polis dah suruh pindah..tapi dia tak tau nak pergi mana..kesian pulak dengar cerita dia..ape pun dia sumbat jugak baju 2 3 helai baju dalam beg.. takut ada kecemasan katanya...

nasib la semalam adik Yaya yg tengah tunggu result SPM tu tak keje..kalau tak harus bimbang berganda..ye la..dia keje part time kat sebuah shopping complex yg betul-betul tepi pantai...

memang tak tenang la semalam..time nak tidurkan Wafiq..dengar pulak helikopter berlegar-legar kat udara..tangah memantau keadaan laut agaknya...

kebiasaanya after Tahun Baru Cina..budak-budak sedang bersuka ria masa nie..sibuk main wau dan layang-layang...musim panas dan berangin sepatutnya..dulu tunggu hujung tahun baru hujan lebat..taapi sekarang cuaca dunia dah berubah..panas hujan tak menentu..dah tak tau bulan berapa dah nak main wau..dah tak tau bulan ape nak kategori musim tengkujuh...huhu..

harap-harap kebimbangan nie segera berlalu...ape pun yang terjadi ini adalah ujian dari Allah S.W.T..sebab tu lah kita harus persiapkan diri ini secukupnya....

Ya Allah lindungilah kami hamba Mu yang lemah lagi tak berdaya ini..sesungguhnya kami hanya memohon dan berlindung kepada Mu ya Allah...aminn...


9 comments:

  1. tol2.. td ade tgk video ombak kat kat pantai batu buruk.. MasyaAllah.. effect ke sini terus..

    ReplyDelete
  2. moga kita sentiasa dilindungi Allah SWT

    ReplyDelete
  3. @alyyani
    semoga sentiasa dalam perlindunganNya...Amin..

    ReplyDelete
  4. moge semuanya selamat kak..iqbal pun bimbang gak ni family kat dungun..

    ReplyDelete
  5. semoge semuanya selamat kak..bimbang gak family kat dungun,..

    ReplyDelete
  6. yaya - sabar yea.. banyak2 doa tau. apa2 update kat blog yeh :)

    ReplyDelete
  7. @iqbalhakimi
    insya Allah iqbal tak ed ape berlaku..cuaca pun makin baik...

    ReplyDelete

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...