FB

Wednesday, February 23, 2011

Lantai, Anak Dan Ibu

Puan Isteri & Encik Suami ..

Nie yaya dtg nak berkongsi ilmu, org kata kalau kita tak kedekut ilmu semakin banyak ilmu yang kita dapat.. buat mereka yang dah ade anak ler..tak ade anak pun boleh baca.. sebagai ilmu persediaan org kata…YUYU comel wajib baca sebab dia pernah bermimpi dapat anak kembar..hikhik…
Tahukah anda ??? ( cewahhh.. )

Tak elok sebenarnya kalau korang gemor benor mengendong atau mendukung bayi daripada diletakkan di atas lantai..ye la … kat lantai tu kan segala habuk ade kat situ..dah tu kalau dibiarkan bayi tu menroka bimbang pulak rosak pula pasu dari Cina tu kan..hihi…kemudian apa yng ingin dilakukan oleh bayi seringkali dihalang dan dimarahi…

Cuba lihat ketika anak masih dalam kandungan? Menendang, menumbuk, bergerak dengan bebas tanpa halangan dari sesiapa. Itu adalah fitrah bayi .. bayi ingin belajar dan akan terus berkembang dgn pesat.

Bayi perlu bersenam ..
Korang ingat korang je ke nak jaga kesihatan .. bayi pun perlu bersenam tau… bayi perlu bergerak dgn kadar optimum bagi mebina otot-otot dan merangsang saraf. Sbb tu baby menyusur dan merangkak sbb tahap-tahap ini mampu mengoptimumkan kadar perkembangan bayi..

Bila korang letakkan bayi tu kat lantai…cuba korang bayangkan apa yang bayi tu dapat ??

Fikirkan sejenak….hihi..

Bayi tu berkebolehan untuk menanggar jarak … berkira-kira berapa langkah lagi nak sampai ke pangkuan ibu dia..berapa langkah lagi nak sampai di meja ? Selain itu , ia dapat menajamkan penglihatan, berfikir arah perjalanan, menguatkan otot tangan, kaki dan dada. Proses-proses ini adalah sangat penting dan sebab ni la penggunan ‘walker’ dilarang sama sekali !

Maka ..

Janganlah segan dan silu meletakkan anak atas lantai ..dan janganlah malas untuk membersih lantai setiap hari ..maka…cukuplah lantai, anak dan ibu memulakan aktiviti seawal usia 1 hari .. mungkin sesetengah ibu bapa masih belum biasa untuk meniarapkan bayi seawal 7 hari atau seawal 1 hari dan ini boleh sebenarnya..

Yaya lupa yaya baca kat mana tapi proses perkembangan bayi bagi yg belum boleh meniarap atau merangkak..ibu-ibu boleh mengerakkan tilam kecil bayi tu perlahan-lahan ke kiri dan kanan.. tarik atas dan bawah ..waktu pantang boleh praktikkan nie…sambil bermain-main dengan si manja anda..hihi…


bior aje budak Wafiq nie atas lantai ..

tak pun korang beli play mat comel-comel ..biar dia meneroka atas play mat tu..masa nie wafiq 10 bulan...





3 comments:

TQVM ye sudi komen.. sayang korang ! ^^

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...