Monday, January 3, 2011

ROTAVIRUS : 2

Apakah rawatan untuk jangkitan ROTAVIRUS ?

Tidak ada rawatan khusus utk jangkitan ROTAVIRUS. Seringkali rawatan dibuat utk mengelakkan kehilangan air dari tubuh dengan menambah pengambilan cecair. Untuk kes-kes serius, rawatan hospital diperlukan untuk transfusi air melaui urat ( IV )

Apakah Cara - Cara Untuk Mempercepatkan Penyembuhan Anak Anda Daripada Jangkitan ROTAVIRUS ?
  • mengelakkkan kehilangan air dari tubuh adalah penting. Anak anda akan memerlukan sesapan air yang kerap walaupun muntah-muntah. Rumusan minuman untuk hidrasi (ORS ) boleh ditambah dakam air minuman anak anda.
  • jangan memberi anak anda makanan selepas dia muntah. mulakan dengan memberi makanan yg lembut seta hambar.
  • jika anak anda enggan makan, berilah makanan sedikit demi sedikit dengan kadar yg kerap.
  • pastikan anak anda mendapat rehat yg secukupnya.
  • jika anak anda masih mengalami kehilangan air dari tubuh, dia memerlukan rawatas di hospital dengan segera utk terapi transfusi air melui urat (IV). rawatan hospital akan mengambil masa 2 - 5 hari unutk penyembuhan keseluruhan.
Bagaiman Anda Boleh Mengelakkan Jangkitan ROTAVIRUS Dari Anak Anda ?

Jangkitan ROTAVIRUS tidak boleh dibasmikan sepenuhnya kerana virus ini mudah merebak. Walaupun langkah-langkah desinfeksi diambil untuk halaman bermain, barangan mainan serta pencucian tangan biasa dilakukan, ia bukanlah penyelesaian muktamad. Kanak-kanak boleh dilindungi secara berkesan dgn pemberian vaksinasi untuk jangkitan ROTAVIRUS seawal umur 6 minggu.



2 comments:

  1. thanks for sharing ya.....salam kenal dari mira...nice blog kamu..:)

    ReplyDelete
  2. yaya
    artikel yang bagus tambah pengetahuan
    ALL IN ONE

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.