Monday, January 3, 2011

ROTAVIRUS : 1

nie bukan kisah keropok udang ROTA...tapi pasal ROTAVIRUS !


Bukan semua cirit-birit adalah sama. Cirit-birit yang berlarutan sehingga 20 kali mungkin adalah tanda jangkitan ROTAVIRUS.

Apakah ROTAVIRUS ?
  • adalah virus yg lumrah & boleh mengakibatkan demam panas & muntah-muntah dikalangan kanak-kanak.
  • Kanak-kanak berumur 3 - 24 bulan berisiko tinggi utk dijangkiti ROTAVIRUS.
  • hampir setiap kanak-kanak menjangkau umur 5 tahun mungkin pernah mengalami jangkitan ROTAVIRUS.
  • Jangkitan ROTAVIRUS yg menyebabkan gastroenteritis adalah punca utama kanak-kanak Malaysiamemerlukan rawatan hospital
  • Setiap tahun hampir 2 juta kes jangkitan ROTAVIRUS tercatat diseluruh dunia.
Apakah simpton-simpton jangkitan ROTAVIRUS ?
  • Cirit-birit yg berlajutan sehingga 20 kali selama 3 minggu.
  • Muntah-muntah yg berlanjutan sehingga 9 hari.
  • Sakit atau kekejangan perut
  • Demam panas atau sawan.
Kesan ROTAVIRUS :

Jangkitan ROTAVIRUS boleh menyebabkan dehidrasi ( kehilangan air dari tubuh yg teruk ). Kejadian seumpama ini akan menyebabkan kejutan, kegagalan buah pinggan atau kerosakan otak dan mungkin menyebabkan kehilangan nyawa dalam beberapa kes. Adalah penting utk anda mengenali simpton-simpton dehidrasi akibat jangkitan ROTAVIRUS, seperti berikut :
  • kelesuan
  • kering , sejuk badan
  • sedikit atau tiada air mata bila menangis
  • mulut yg kering dan melekit
  • mata yg cengkung dan fotanel yg tenggelam ( kawasan lembut pd kepala bayi tempat tulang tengkorang yg belum rapat )
  • kehausan keterlaluan
Bagaimana ROTAVIRUS merebak ?
  • Melalui faecal-oral ( virus merebak melalui najis ke mulut kanak-kanak lain )
  • Tanagn, barangan mainan dan objek di sekitar yg tercemar
  • Pengambilan makanan atau minuman yg tercemar
  • Sentuhan pada permukaan yg tercemar

sambungan entri : http://diariibuwafiq.blogspot.com/2011/01/rotavirus-2.html

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.