Sunday, February 14, 2010

~My Baby 1st Food~


~PISANG EMAS~

~BUAH PEAR~


~LOBAK MERAH~

~KURMA~


~KENTANG~


~BUBUR NASI~

~BROKOLI~


~BAYAM~

~EPAL~

* Sume buah-buahan kat atas tu di rebus jap n di blend xcept pisang emas tu..(lenyek jer...)time kasik bubur nasi juz plus kurma or brokoli or bayam..kentang pun tak pe..tapi Wafiq tak brape suka la kentang..kalau kasi buah-buahan or carrot mmg tak cukup...

Wednesday, February 10, 2010

Wafiq Ngan Stroller Baru....



setelah pening2 duk pikiaq siang mlm nk beli ke tak stroller akhirnya aku beli gak stroller brand Fair World utk Si Cute Wafiq Isnin baru ni....RM199.00...relax n steady jer anak aku duk dalam tu..terpancar sket wajah-wajah kehairanan di wajah Wafiq..agaknyer dia duk pk..'ibu letak aku atas aper mender nih?' hikhikhik....hujung minggu ni kita gi jalan jalan kat taman yer Wafiq...ibu nak try letak Wafiq dalam stroller...nk tengok nangis ke tak...hikhikhik...jangan nangis sayang nanti tak berbaloi ibu beli...:-)

*skang duk pening mikir praktikal tak nk beli baby walker..org kata banyak buruk dari baiknyer benda alah ni...huhuhu...

Tuesday, February 9, 2010

WahWahWah!!!

Betapa tak lajunya aku menaip!!!kuikuikui!!! But i like this number...sebabnya aku lahir 3 bulan 2..I/C aku last 2 digits also..32..nombor ni dah cam sinonim ngan aku..sbb tu kut aku leh taip stakat 32 patah perkataan je kut...hehehe...

32 perkataan

Speed test

Gambaran Alam Mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10.. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s..) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

Jelingan Ayah...KuaKuaKua!!!

Walaupun citer nie dah lama tp kesannyer tetap membekas..kadang2 tgh solat jemaah aku boleh senyum sorang2...sah ke solat aku ???

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan
latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.
Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

Sunday, February 7, 2010

Jln2 kt Pantai Batu Burok


~Tengku Ahmad Wafiq~



Padahal bukan jauh benor pantai ni ngan rumah..dlm 2 kilmeter gitu jer..tapi ni 1st time bawak Wafiq gi main pasir pantai..main air xleh...dangerrrr...syoknyer Wafiq dapat tengok mende baru sekeliling dia..1st time kaki dia sentuh pasir..Wafiq suka sangat!!! ibu n ayah pun suka gak!!!:-)

Thursday, February 4, 2010

Selamat Ulang Tahun Ibu Wafiq

Nak citer smlam ibu Wafiq celebrate birthday.1st a lot of thanks to my beloved husband coz really make me happy on my 28 yrs old bday..thanks abang..

Dah lama tak lunch sama time ari keje..happy sngt time ayah Wafiq sent msg ajak lunch sama..bday girl la kununnya..hikhik..aku ajak dia mkn KFC jer..dpt la merasa set baru KFC...Shrimp Heart Combo tak silap aku..my hubby lak ngn Zinger Towernya..siap Twister bawak balik tak habis nk makan..ibu n ayah Wafiq mmg suka mkn kt KFC..so no hal even just lunch at KFC on my special day.:-)


Mlmnya kul 8 ayah Wafiq ajak dinner kat Paradise Deluxe..tak pernah lg mkn kat situ..b4 this office mate bnyk kali dah ajak pergi lunch..tapi aku tak berkesempatan nak join diorang..ni ayah Wafiq ajak so kena pergi laa..hmmm..ok tempat ni..baru jer duduk lagu How Do I Live Without You - Celine Dion - berkumandang..nyanyian Bob N Ema..penyanyi kat restoran tu...

Kat atas meja dah terhidang kudapan n chinese tea..(org biasa bg free niee..cam kat hotel...) Smlm kita org order ice lemon tea, teh tarik paradise in cold, stir fried with black pepper sauce, tom yam paradise, fried prawn with butter n omelet...mkn ngn nasik..tp nasik tak cukup la for my hubby..hikhik..bg aku lak muat2 perut jer...hikhik...kita org mkn samapi licin..membazir wo mkn bersisa!!!


After dinner kul 9.15 dah ade kat rumah..time potong memotong kek lak..thanks ayah Wafiq for dis cake..~cheeze choc from secret receipe~ ingat time being preggy mum..slalu aje nk mkn cheese cake...hikhik...kali ni 1st time potong kek bday ngan anak di pangkuan..bahagianya ibu..syukur alhamdulillah...kali ni potong kek ngan Wafiq..td dh tinggalkan dia time gi dinner berdua ngan ayah Wafiq..kononnya nak romantica de amour la gitu!!!hahaha!!!!



Ni gmbar bday cake n blaus come with tudung gitu pemberian ayah Wafiq sempena bday tahun ni.thanks abg..love u so much...aku trus pakai baju n tudung nie time dinner n time potong kek...as per requested actually..hikhik...

~bahagianya hidup punya suami dan anak!!!~
*ni baru anak sorang..kalau ramai sure lg best kan abg???erk...

Wednesday, February 3, 2010

03 . 02 . 2010

Alhamdulillah...infiniti syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dgn limpah kurnia Nya aku masih lg bernyawa pagi ni..masih lg berkesempatan meraikan ulang tahun yang ke 28..syukur aku masih mampu meghirup udara segar ciptaan Allah..syukur masih lagi di beri kesempatan merasakan kebahagiaan hidup di dunia ini yg tidak terhingga...alhamdulillah..

Walaupun Allah memberi ku kesempatan untuk menyambut ulang tahun kelahiran yg ke-28 ni..ini bermakna semakin dekatlah waktu pertemuan aku dengan Allah SWT. Entah sampai bila lagi masih boleh menghirup udara,merasa nikmat hidup berkeluarga,punya suami dan anak,punya emak ayah dan adik2..berulang alik setiap hari ke tempat kerja. Sampai bilakah aku akan sempat merasai semua ini?

Adakah aku akan mati dalam ketaatan? Atau mati dalam keingkaran?
Segala kudrat yang ada, segala tenaga yang masih wujud, dengan umur yang masih berbaki, dengan waktu yang belum luput,akan aku gunakan semuanya di dalam usia yang masih ada ini hingga segalanya kering sekering-keringnya.
Semoga aku dalam redha-Nya. Biar mati dalam keadaan benar-benar menjadi hamba yang tunduk dan taat kepada-Nya.
Doa aku pada pertambahan usia ini...
“Ya Allah, kurniakanlah aku taat..jadikan lah aku hamba yang taat pada segala perintahmu..limpahkan lah aku dgn jutaan kebahagiaan..jadikanlah aku seorang isteri yang solehah,patuh pada perintah suami..jadikan aku seorang anak yang akan terus berbakti pada ibu bapa sehingga ke akhir hayatku..cekal kan hati ku dalam mendidik anak ku..ku pohon agar anak ku Tg Ahmad Wafiq di lahirkan untuk menjadi hamba yg tunduk pada Mu ya Allah..anak yg patuh pada ibu dan ayahnya..amin ya rabbal alamin..”

Tuesday, February 2, 2010

Raya 2009


Gambo ni amik raya tahun 2009. 1st time aku raya ada anak n 2nd time raya ngan suami..so raya tahun ni ber3 aku raya...lain rasanya raya bilal dah ada anak ni...xsabar tunggu raya 2010 sbb time tu Insya Allah Wafiq dah leh jalan..:-)

* tak sabar tunggu Wafiq leh jalan!!!!!

d Faces of Wafiq

~ around 2 to 3 months old ~

:-)



Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...