15 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

15 Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak | Yaya akan berkongsi kesilapan - kesilapan dalam mendidik anak - anak. Mungkin boleh dimanfaat bersama. Bila anak kita dah besar, dah meningkat dewasa mungkin ada perkara yang mereka lakukan tapi tak berkenan dimata kita, susah nak dengar kata. Bagi nasihat pun dah tak jadi apa.Masuk Telinga kanan, keluar telinga kiri. Membebel pun ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada kesan. Mula lah kita rasa nak marah pada mereka.

Tapi pernah tak kita terfikir kenapa mereka jadi macam tu? Mesti ada penyebabnya kan. Lain la seandainya kita merasakan kita sudah memberi didikan dan bimbingan yang secukupnya utk anak - anak kita. Anak yang dilahirkan umpama kain putih..bersih. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kehidupan mereka..

Apa pun jom kita tengok apakah kesilapan yang mungkin kita lakukan tanpa sedar dalam mendidik anak kita sehari - hari.

15 KESILAPAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK


Kesilapan Mendidik Anak


>> Kesilapan 1: Kurang berdoa

Banyakkan lah berdoa untuk anak-anak. [Doa yang paling mustajab adalah doa dari ibu dan bapa]

Dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda:

Tidak ada doa yang tertolak, iaitu doa orang tua, orang yang berpuasa dan doa seorang musafir.

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi, no. 1907)

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :

  • Saidul (penghulu) Istighfar
  • Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) 
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38) 
  • Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)


Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :

  • Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
  • Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
  • Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

>> Kesilapan 2: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

  • menakutkan anak-anak dengan sekolah
  • menakutkan dengan tempat gelap
  • menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
  • menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

 >> Kesilapan 3: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

  • Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
  • Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

>> Kesilapan 4: Menegur anak secara negatif

  • Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
  • Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

>> Kesilapan 5: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

  • Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani


>> Kesilapan 6: Kurang memberi sentuhan


Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


>> Kesilapan 7: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

  • Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

 >> Kesilapan 8: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

  • Susunan rumahtangga yang tidak kemas akan mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

>> Kesilapan 9: Kurang menghidupkan sunnah di rumah

  • Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

>> Kesilapan 10: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

  • Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. Dalam setiap rumah biarlah ada satu rotan. Anak tengok rotan je pun dah tak berani nak buat hal. Bukan kita nak merotan sangat pun. Lebih kepada untuk takutkan saja. Tapi kalau sampai tahap gantung saja tak berkesan, kena guna lah rotan tu.

>> Kesilapan 11: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

  • Dedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. 
  • Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

>> Kesilapan 12: Bertengkar di depan anak-anak.

  • Ibu bapa elakkan bertengkar depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

>> Kesilapan 13: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah

  • Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

>> Kesilapan 14: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton

  • Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

>> Kesilapan 15: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah

  • Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Kesalahan Mendidik Anak


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kita dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik. Mendidik anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah bukan lah hal yang mudah. Sama-samalah ibu dan bapa mainkan peranan. Semoga urusan kita dalam mendidik anak-anak dipermudahkan Allah.






3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Terima kasih perkongsian. Menjadi garis panduan untuk PC pada masa akan datang. In shaa Allah. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing. Tidak dinafikan sedikit sebanyak memang ada kesilapan dalam mendidik.Kena selalu muhasabah diri, dan cuba perbaiki kekurangan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share tip-tips yang bermanfaat buat kita ibubapa dalam mendidik anak2, Betul kata Amie, kita perlu muhasabah diri serta perbaiki segala kekurangan diri kita. Moga kita dianugerahi anak2 yang soleh solehah dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post